my nuff

APA YANG TERJADI BIARKAN TERJADI

SALAM....
DAH LAMA IBU TAK MENULIS DALAM BLOG NI.. BUKANNYA SIBUK SANGAT... JUST TIDAK ADA BENDA YANG HENDAK DIKONGSIKAN BERSAMA....
APA YANG IBU NAK NOTAKAN KALI NI ADALAH SESUATU YANG BURUK TELAH BERLAKU DALAM FAMILY IBU.. DAN PADA PERKIRAAN IBU, KALAU ORANG TAHU AKAN PERIHAL NI PASTI RAMAI YANG TERKEJUT DAN TIDAK KURANG JUGA YANG AKAN MEMANDANG HINA DAN MENCACI.. TAK PERLULAH IBU NYATAKAN SECARA DETAIL APA YANG TELAH BERLAKU.... CUMA YANG IBU KESALKAN BILA TELAH BERLAKU SESUATU YANG BURUK ITU, MASING-MASING CUBA MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN TANPA MENYEDARI KESILAPAN SENDIRI....
BAGI IBU SEKARANG BUKANNYA MASA UNTUK MENCARI SALAH SIAPA TETAPI MENCARI JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK UNTUK MASALAH YANG DIHADAPI... JUGA BUKAN MASANYA UNTUK MENGHUKUM SIPERSALAH SEBALIK MEMBANTU SIPERSALAH MEMBETULKAN KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN... ENTAHLAH.. BUKAN SENANG HENDAK BUAT ORANG FIKIR SAMA DENGAN APA YANG KITA FIKIR KAN... APA YANG IBU HARAPKAN SEKARANG BIAR LAH SEMUA NYA SELESAI DENGAN BAIK TANPA MENJEJASKAN SESIAPA PUN....
"... TOLAKLAH (KEJAHATAN ITU)DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK, MAKA TIBA-TIBA ORANG YANG ANTARAMU DAN ANTARA DIA ADA PERMUSUHAN SEOLAH-OLAH MENJADI TEMAN YANG SANGAT SETIA. (FUSHILAT: 34)"

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff