my nuff

SeLaMaT HaRi LaHiR

Hari ini 25 Jun genap usia seorang insan yang paling kuhormati yang ke 41. Seorang insan yang kuanggap kakak,ibu, pakar rujuk bagi segala serbi perihal dan guru (itulah profesyennya). Dia yang ku kenali lebih 5 tahun lalu sentiasa berada dibelakang sesiapa saja yang memerlukan bantuan sama ada wang ringgit, tenaga dan nasihatnya. Dia bagi ku seorang yang sempurna, sempurna sebagai guru, ibu , kakak, isteri dan anak. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Sentiasa menjadi penunjuk jalan bagi yang dalam kebuntuan. Kata-katanya dan tingkahlakunya semua dalam penuh hikmah. Baik dengan yang tua mahupun dengan kanak-kanak seusia setahun jagung. Sentuhannya penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
Apa saja yang dilakukan semuanya menjadi. Kreativitinya, hasil kerja tangannya, semua nya kena dalam apa jua keadaan. Penampilannya, gayanya sentiasa menjadi inspirasiku.
Dialah ibu kegembiraan, dialah penawar kedukaan, Dialah NORHAIMI BINTI HJ SAID.... kakak iparku..
Selamat Hari Lahir Kak Mie.. Semoga kebahgiaan dan kegembiraan sentiasa berada disamping Kak Mie..

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff