my nuff

TeNsIoN NyE....



Semalam tengah syok-syok tengok citer Ilusi tiba2 tak de siaran plak. Aku bengang giler ngan Astro ni. Bayar mahal tapi bila ujan je dah tak de siaran. Menyumpah-nyumpah aku semalam. Sib baik bleh tengok kat web.

SeNyUm CiKiT.....

hari ni kebanyakan member blog sume nye tengah sedih n tension..... hmmmm... so ini untuk bacaan sume..... moga dapat wat kengkawan sume tersenyum

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?
...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish...ish...

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa.........?
Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa didalam laut paling tua.
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--

Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
jawapannye tapak kaki la......

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Giveaway- Cik Puan Mimi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aku dapat benda ni dari seseorang.. comel dan tetiba terpikir nak suruh korang teka apa objek ni.. so jangan malu2 sila la teka...

nak teka jugak...
pemadam pensel

ayah oh ayah

ayah,
kak long sayang sangat ayah,
walaupun ayah selalu marah-marah,
walaupun kak long selalu kecik ati ngan ayah,
tapi kak long tetap sayang ayah
sebab ayah ialah ayah kak long,
ayah,
dulu masa kak long sekolah,
ayah selalu tak da masa nak pegi mesyuarat PIBG sekolah,
bila datang sekolah cikgu mesti tanya
"norain, kenapa ayah kamu tak datang mesyuarat semalam"
"ayah saya pergi cari ikan cikgu"
lepas tu cikgu tu membebel-bebel kata ayah tak nak amik tau pasal anak
satu kelas dengar,
kak long diam je...
ayah,
masa tu kak long darjah nam...
dah pertengahan tahun,
kasut sekolah yang ayah belikan awal tahun ari tu dah koyak kat depan...
dah macam mulut buaya,
mana taknya kasut tulah wat ge sekolah,
kasut tu gak yang wat ge sukan,
orang lain kasut dua pasang,
kawan kak long tegur,
"eh ain, kasut ko koyak, ayah ko tak beli baru ke?"
kak long diam je...
ayah,
masuk tingkatan 1 ayah anta kak long masuk asrama
kat asrama kena sembahyang....
camna kak long nak sembahyang..
kat umah ayah tak pernah suh kak long sembahyang
kak long belajar sembahyang pon kat sekolah ngan ustaz ngan ustazah
kak long teruk kena toucher ngan senior
sebab bacaan sembayang banyak yang kak long tak tau
masa tingkatan 1 baru kak long hafal doa qunut
tiap kali kena marah ngan senior, diorang kata
'hey ain, kenapa ko tak tau baca doa qunut, ko tak sembahyang ke?
ayah ko tak suh sembahyang ke?'
kak long diam je.....
tapi sekarang bila ayah menafikan hak mak sebagai seorang isteri
dan hak kak long ngan adik2 sebagai anak
kak long tak boleh diam lagi....
tak mengapa kalo ayah kata kak long kurang ajar...
sebab kalo kak long kurang ajar maknanya ayah lah yang tak ajar kak long..
maaf kan kak long ayah andai suatu hari nanti dendam anak ini tak terbendung lagi
maafkan kak long andai kata-kata kak long nanti
tidak selayaknya bagi seorang anak kepada ayah...
maafkan kak long... maafkan kak long

MAK AKU NANGIS LAGI....

baru kejap tadi aku tipon mak aku... setelah seminggu lebih aku tak tipon mak aku (bukan lupa tapi sengaja atas sebab2 tertentu)... seperti biasa bila tipon bertanya khabar... tanya resepi baru (tak ler baru cuma aku tak tau cam na nak masak rendang kacang campur hati ayam)...
lepas tu mak aku bagi tau ayah aku dah kuar.... hmmmmm....... bermula luahan rasa rintihan jiwa mak aku terhadap ayah aku..... seperti aku penah citer dalam entry aku sebelum ni, family aku baru lepas dilanda masalah besar angkara siadik bongsu.... so mak aku salah kan ayah aku, ayah aku salahkan mak aku... aku tau sepanjang aku hidup kat dunia ni orang yang paling ego yang pernah aku tau... ayah aku... hari ni aku akan citer perihal lelaki bergelar ayah aku ni.... dia bukan setakat ego ngan manusia je ngan Tuhan sekali.... kalo dah tak sembahyang tu dah le... jangan lah kutuk orang lain sembahyang gak..... mak aku lah yang selalu jadi mangsa... bila gaduh je mesti cakap " ko doalah minta turun dari langit"..... dulu tak lah teruk sangat tapi sejak ayah aku ada skandal ngan janda tu yang buat dia lagi tambah teruk..... bleh ke dia suh mak aku ge keje kalo nak duit... mana tanggungjawab dia sebagai suami... dia boleh membeza-bezakan mak aku ngan janda tu.... janda tu dah tentu lah janda kena keje cari duit untuk hidup.... aku tak tau lah apa nak jadi ngan family aku ni..... yang paling aku risaukan adik bongsu aku... dah tentu dia yang duk kat umah.. hari-hari dengar suara ayah aku yang macam petir tu gaduh ngan mak aku..... kadang-kadang aku rasa macam malas nak balik umah..... kalo aku balik pun sebab kenangkan mak aku je......tadi mak aku bagi tau kalo dah dapat duit tebang pokok nanti ayah aku nak blah dari umah tu..... bagi aku nak blah blah lah..... Ya Allah ampunkan dosa si anak ini kerana terlanjur kata atas perbuatan si ayah..... sekarang ni aku hanya anggap dia ayah sekadar pada nama saja sebab selagi nama aku berbinti kan nama nya.. dia tetap ayah... kepada yang sudi membaca bantu lah anak ini.......

AKU YANG MARAH

sejak 2 3 hari kebelakangan ni aku nak hangin je... tak tau lah kenapa? takkan pasal 'bendera jepun' tengah berkibar kot? dah dua malam dah aku tido dalam keadaan yang marah... kata Dato Dr. Fadzilah Kamsah sebelum tido kena maafkan orang baru boleh cemerlang. eee tak cemerlang lah aku gamak nye.... yang menjadi masalahnya, orang yang selalu menimbulkan kemarahan aku tak lain tak bukan, laki aku ler..... adoi..yai..... poning palo acik.....

TRAGEDI HUJUNG MINGGU

"Ibu... Goreng naget bleh tak.... Faiz nak makan". Pinta si anak. "Jap ye, ibu panaskan minyak dulu". Jawab siibu. "Ibu, dah boleh masak." kata si anak sambil terjenguk-jenguk minyak didalam kuali. "Belum lagi lah," sahut si ibu tanpa menoleh ke anak kerana sibuk membasuh ayam untuk dimasak. Tiba-tiba.... "Aduh!!!!!!!'' jerit si anak menangis sambil menekup mukanya. Ibu yang terkejut terus menoleh melihat sianak. "Astagfirlahnalazim". Tu je yang mampu ibu kata dan terus mendapatkan sianak untuk melihat keadaannya. Sambil menutup api dapur kuali yang didalam nya ada seketul naget yang dibaling oleh faiz ke dalamnya.
Tu lah citer nye dihujung minggu. Muka anak aku kena minyak panas. Nasib baik tak kena mata.. Huhuhu faiz faiz....



"ibu, abang dah tak mensem dah.".....

Hari Yang Sedih....

Hari ini Jumaat 23 Julai 2010.. aku dihambat kesedihan...pagi tadi on the way nak ke office aku buka Hot FM. Hari ni topik derang perkara yang mendebarkan. Ada seorang caller, seorang suami, nama nya Ari. Dia kata dia sedang berdebar sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau menamatkannya. Aku yang pernah terluka dek tingkah si suami mengandaikan mesti ada orang ketiga dalam hubungan derang. Ternyata dugaan ku salah sama sekali. Ari kata tiada orang ketiga dan mereka suami isteri percaya antara satu sama lain. Kesudahannya setelah berbincang hati ke hati dengan isteri nya, Ari mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya demi anak-anak dan berusaha untuk berubah sikap demi kebaikan semua. Dalam sendu tangis seorang lelaki bergelar suami, Ari berjanji akan membuang sikap egonya. Lepas tu Hot FM bleh plak main lagu Tercipta UntukMu - Ungu. Pergh...... lagi lah aku rasa macam nak nangis. Tapi terpaksa tahan, takut kantoi ngan Faiz ngan Fahim.
Sampai je office aku buka PC, buka blog. Hati aku aku macam dijentik-jentik untuk baca blog deelira sebab nak tau pasal apa dia tersentuh sangat. Lepas baca entry tu aku terus buka blog ayu mayo, ambik kau.... terus air mata aku berjurai-jurai...... adui yai.. entry dia citer pasal arwah anak dia.... siap ada gambar ngan puisi nye ditambah pulak dengan suara merdu Tok Ti... Hati aku yang bergelar ibu ni terus terusik.... sambil berdoa janganlah dugaan ini menimpa hidup aku.... Akak tak sanggup dik....

APA SUDAH JADI?

Apa lah nak jadi ngan orang zaman sekarang.


"Ibu dihalau anak kandung". "Bapa Jahiliah - Tampar bayi perempuan 5 bulan.". Wei apa dah jadi ngan dunia sekarang ni. Dah macam tak da pegangan hidup. Mana silapnya sampai semua ni berlaku. Kalo kita tengok berita semasa sejak akhir-akhir ni semua berceritakan tentang kerapuhan institusi keluarga. Aku tak kata family aku bagus sebab family aku sekarang pun tangah dalam keadaan yang terumbang ambing nak cari jalan keluar untuk selesai masalah yang satu tu.
Ibu dihalau anak kandung.
Kenapa lah si anak sanggup buat macam tu. Mungkin ada salah si ibu pada si anak. Tapi sewajarnya si anak maaf kesalahan ibu kerana walau apapun yang terjadi itu ibu si anak buat selama-lamanya. Pembalasan bagi anak derhaka bukan saja di akhirat nanti malah di dunia ini telah dibalas keran tingkahnya sebagai anak derhaka. Kalo korang nak tau aku juga pernah menghadapi dilema bila ayah yang kita sanjungi berubah sikap dan perilakunya banyak melukakan banyak pihak terutama sekali mak aku. Pernah satu ketika aku merasa amat membencinya tapi ku pujuk hati untuk menerimanya. Sebab dia lah ayah ku sampai bila-bila. Huhuhu macam sedih plak. Tapi citer dalam metro hari ni buat aku terfikir, mesti ada yang tak kena dalam keluarga itu. Bila siibu wat report polis aku mula rasa tak sedap. Kalo dia ibu yang baik kenapa mesti wat report polis. Hmmmmm... ntah le.
Bapa Jahiliah
Yang ni lagi lah wat aku rasa macam nak pijak-pijak je lelaki tu. Bleh plak anak yang baru 5 bulan dibuat macam tu. Tak da hati perut langsung. Tak kesian ke kat anak tu. Ntah kenapa naluri keibuan ku benar-benar terusik. Tu lah kalo dah setan duk dalam badan memang macam tu jadi nya. EEEEEEEEEEEEE...... Geramnya.....

KAT LUAR KE KAT DALAM


Tengahari tadi aku balik rumah kejap sebelum pergi kedai untuk bergilir ngan hubby aku. Tujuannya adalah satu, nak sidai kain baju yang dibasuh pagi tadi. Biasanya aku basuh kain waktu malam tapi disebabkan malam tadi balik umah mentua so jadual kerja rumah ku sedikit tergendala. Al maklum lah kalo dah balik umah mentua, sampai umah semula kul 11 malam. Masa tu akak dah ngantuk dik. Nak tido. Konon pagi besok dalam kul 4.30 pagi masda hubby nak ge pasar bleh le bangun basuh kain. Alih-alih kul 5 baru aku sedo, hubby aku pun baru bangun. Apa lagi tak sempat lah aku nak wat mende-mende bagi hubby aku wat bekal. Tambahan pulak, malam tadi Fahim dok nangis je. Lepas tu kul 1 pagi muntah kat atas tilam. Wat aku hangin je di pagi hari. Hmmm.... anak-anak.. Tu je lah yang mampu aku cakap.
Balik pasal cite basuh kain tadi, kul 6 baru aku basuh kain. So sempat basuh ngan bilas je lah. Masa sidai kain, rasa macam nak tarik ampaian baju tu keluar sikit bagi baju cepat kering. Memang waktu tu tengah panas. Tapi bila aku jenguk ke atas, aku batalkan niat nak sidai kain kat luar, aku tarik ke dalam duk bawah awning. Kang kalo ujan naya je.. So itulah citer aku pasal kain yang nak disidai.





,

ZAMAN KECIL KU SEBELUM SEKOLAH

Masa aku lahir..... mak ayah aku duk kat kampung umah mak kepada ayah aku. Dalam erti kata lain wan aku ler. Menurut citer mak aku, wan aku ni tak berapa berkenan ngan mak aku sebab dia dah calon menantu lain untuk ayah aku. Tapi alih-alih ayah aku balik bawak bini dia. So macammana baik pun mak aku tu wan aku tetap tak suka. So dengan aku aku sekali jadi mangsa. Dulu aku kena sawan kat kepala. So wan aku ni yang kononnya nak bagi baik kudis kat kepala aku ni ge cakar kepala aku ngan sikat. Berdarah-darah mak aku citer. Sampai lah satu hari mak ayah aku bawak ge klinik dan doktor bagi ubat sapu baru lah baik. Huhuhu. Tapi itu wan aku masa dia muda2 dulu. Tapi lama-lama dia ok. Nanti aku citer pasal wan aku ni kat entry yang lain.
Masa aku 4 bulan, kami 3 beranak pindah felda. So bleh lah duk sendiri. Masa tu felda tempat aku duduk tu baru buka. So semua peneroka bergotong royong menanam pokok getah. Untuk menambah pendapatan peneroka2 ni akan pergi noreh kat kebun orang lain yang berdekatan ngan Felda tenpat aku tu.
Tapi siyes aku nak bagi tau, aku tak ingat langsung apa yang jadi masa umur aku dari satu hari sampai lah ke hari pertama aku nak ge sekolah Tadika. Apa yang ku tau pasal citer aku sebelum hari pertama aku masuk Tadika sume mak ayah aku yang citer. Masa tu aku dah ada seorang adik umur 3 tahun. Dan mak aku plak tengah tunggu hari untuk melahirkan adik aku yang ketiga.

AKU, POS LAJU DAN TOYOTA CAMRY

Waktu rehat tengah hari kul 1 sampai kul 2 aku ge kedai hubby tolong jaga kedai jap sebab dia nak makan ngan wat apa yang patut buat...
dah dekat nak kul dua aku nak balik ofis balik... tapi ari ni aku singgah kat pos laju sebab nak pos hadiah tukar2.... masa kat pos laju tu ada citer yang aku nak kongsikan kat sini... masa duk sibuk-sibuk isi borang pos laju tu, hidung ku terbau sesuatu yang kurang menyenangkan.... bau petai.... pergh.. memang tak tahan.... aku ingat minah cun kat sebelah aku yang makan petai rupanya tak... bila dia dah blah ada lagi bau petai.... rupa-rupa bau tu datang dari akak yang duk kat kaunter tu.... alamak..... apasal lah akak makan petai.. dah tau duk kat kaunter jumpa ngan ramai orang agak-agak lah sikit.... ge gosok gigi ke.. makan dentine ke.... huhuhu


tu cite pasal akak pos laju makan petai..... on the way nak balik, aku follow belakang kete toyota camry ni..... tau lah kete beso.... dia bleh duk kat tengah2.... dah le ketepi ketengah.... adoi ai... tertokan idup den......


BIAR BETUL.....


Ish ish ish.... biar betul pemandu wanita lagi ganas..... ye ke? aku pun lady driver gak.... hmmmmm tapi betul kot... sebab bila pegang stereng kete tu hilang keayuan aku (hahaha ayu ke). Macam ada aura yang membuat kan aku bawak kete ala-ala macam F1. hahaha.. tapi betul sih. sebelum ni aku duk kat bandar. so semua orang tak kira laki ke pompuan ke... sume bawak kete laju... nak kejar masa..... tapi bila aku duk kat sini ( tempat yang bukan bandar) aku jadi macam terkena kejutan budaya jap... diorang bawak kete ala-ala makan angin gitu walaupun duk kat lane kanan... aku ngaku memang aku suka bawak kete laju2..... tapi aku bawak kete laju2 bila aku sensorang je..... kalo aku bawak orang terutama sekali bawak anak2, aku bawak kete slow je mengikut had laju ditetapkan...

tapi nape baru sekarang diorang nak bangkitkan isu pemandu wanita ganas.... mungkin sebab sekarang hampir semua wanita boleh memandu..... mungkin gak kerana tercabar ngan kutukan orang lelaki yang mengatakan pompuan bawak kete lembap.... tapi tak jugak wei.... ada gak pemandu lelaki yang lembap...... tapi betul lah kata Maznah Zulkifli tu... bawak kete laju bukan spesifik kepada sesuatu gender je..... nak tau lebih lanjut baca sisipan Mega kat Utusan 14.07.2010 (hari ni lah tu)....

Oklah wei... samalah kita pikirkan.......

KEJE OH KEJE

Keje banyak lagi tapi mata ku dihambat kengantukkan....... huhuhu...... bila nak siap ni..... banyak lagi fail nak disemak ni....
meh aku cite cikit pasal keje aku ni....... aku keje kat bahagian audit sekolah...... so keje nya mengaudit akaun sekolah ler..... orang selalu tak paham..... diorang selalu tanya sekolah pun kena audit ke.... diorang ingat kita orang ni macam naziran.... naziran lain..... audit sekolah lain......
audit sekolah ni mengaudit kewangan sekolah...... sekolah pun ada duit tau... duit yang gomen bagi ngan duit yuran sekolah yang dikutip (ala yuran sekolah yang orang kaya bleh bayar tapi liat nak bayar) mentang-mentang le ada kelepasan......ops....... malas nak citer lebih-lebih pasal tu.....
so keje aku sebagai penyemak fail kertas kerja audit yang disediakan oleh auditor.... dalam erti kata lain aku tak ler pergi mengaudit terus..... yang audit orang lain...... aku just semak je kertas kerja yang dah siap.....
oklah wei....... nak wat keje dulu........


ه تاكربو ﷲا تمحرو مکيلع مﻼسلا


Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan selalu.
Amalkan selalu.......

IBARAT MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG

macammana aku nak mulakan citer ni....... dan bilah dah citer macam mana aku nak selesai masalah ni.... aku terima surat dari seorang adik...... seorang adik yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya..... seorang adik yang baru saja menginjak ke alam remaja.... seorang adik yang baru sahaja nak mengenali erti kata hidup.....
telah terang dan jelas hubungan cinta diawal usia tidak mendatangkan faedah malah mendatangkan musibah.... telah terbukti apa yang dilakukan adalah salah..... tapi dia masih minta diberi peluang 1 lagi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi..... patutkah diberi peluang sekali lagi.... bolehkah janji itu dikotakan...... adik oh adik.....kenapa singkat sangat pemikiran kau.... kenapa mata kau buta dengan cinta palsu lelaki itu..... tolonglah....tolonglah......

INILAH KEHIDUPAN 1-KELAHIRANKU

AKU DILAHIRKAN PADA 20 OKTOBER 1981 PADA JAM 10.33PAGI SETELAH SATU HARI SUNTUK MAK KU MENANGGUNG KESAKITAN. BILA AKU DILAHIRKAN AKU TIDAK MENANGIS. BIDAN YANG MENYAMBUT KU MENGATAKAN AKU DAH LEMAS KERANA TERLALU LAMA. MEREKA BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN KU DAN AKHIR KELUARLAH SUARA TANGISAN SI ANAK KECIL YANG MELEGAKAN HATI SIIBU YANG CEMAS DALAM KESAKITAN...

BILA KEKASIH LAMA MENJELMA KEMBALI

Pergh....... tajuk tak ingat..... tapi betul wei.... ntah angin apa yang datang tetiba pakwe lama aku tipon aku.... terkojut kongkang aku... mana tak nya punya bertahun tak contact, tiba-tiba muncul kembali..... so aku yang berjiwa waja ni (adeh....perasan la plak) layan je lah macam kawan biasa je..... bukan rugi pun...lagipun dia yang call aku......
tapi patut ke aku layan dia balik.... nanti berlaku kecurangan yang tak diingini nanti.... almaklumlah aku dah kawin.... dia pun dah kawin.... aku tak nak main kayu tiga... tak cium bau syurga wei.... eee.. nauzubillah min zalik.... walaupun aku pernah dicurangi biarlah itu urusan laki aku ngan Tuhan...... tapi untuk aku berlaku tidak setia..... huhuhu minta dijauhkan......tak baik....... lagipun untuk apa cari dosa free....
so aku buat keputusan..selagi hubungan kami tidak lebih dari seorang kawan aku akan proceed..... tapi kalo dia menunjukkan bunga-bunga yang boleh mengarahkan aku kepada kecurangan baik cabut......... akak takut dik...........
oklah cau dulu.... kalo ada hot story aku citer lagi...... aku nak bergosip ni.....tapi nantilah.kat entry yang lain plak.....

WARIS JARI HANTU


assalamualaikum...... sihat?????? aku je yang tak sihat-sihat.. dah makan seminggu lebih dah ni tapi tak ok lagi..... huhuhu..... wit.... jangan comeh bonar....... batuk solsomo jo........ huhuhu

berbalik pada posting aku ari ni....... korang penah tak tengok citer waris jari hantu...... ala citer pasal harimau jadian tu...... hehehe....... buat pengetahuan korang yang tak berapa nak tau citer ni dah lebih 10 kali aku tengok...tak muak...... agak nya sebab citer ni dekat ngan aku kot....... al maklumlah an kan anak jati nogri sombilan...... hahaha...... so tak yah tgk subtitle kek bawah tu an dah paham apa tok wan (arzean erdawati) tu cakap....... memang admire gile ngan gaya lakonan kak yan dalam ni....... lagi sorang yang aku rasa slanga n9 nye perfect liza othman....perghhhhhhh memang best...... bila tengok cite tu rasa macam ada kat kampung plak......
untuk pengetahuan korang yang juga tak berapa tak tau....... citer pasal harimau jadian ni memang wujud..... ayah aku penah bagi tau orang dulu2 memang suka 'bela-membela' ni tapi bukan untuk kejahatan tapi untuk sebagai penjaga...... orang lelaki zaman dulu2 suka berdagang dan tinggalkan family diorang berbulan-bulan lamanya.... so dirang tinggalkan belaan diorang ni untuk jaga family dari sebarang niat tak baik manusia, binatang mahupun iblis.....


tapi skarang aku tak tahu sama ada bela-belaan ni masih wujud atau tak..... sebab nya kebanyakan dah dibuang.......
oklah..... taknak citer lebih-lebih.... nanti mendorong kearah syirik plak...... walau apapun...... kalau kita percaya adanya Allah maka kita akan selamat....... kerana sesungguhnya Allah Maha Melindungi........

JOM MAKAN DURIAN

PETANG SEMALAM ANAK-ANAKKU MENGERJA SEBIJI DURIAN..AKU TAK SANGGUP NAK MAKAN SEBAB NYAWA DAH TINGGAL SEPARUH... HUHUHU... (BATUK, SELSEMA, DEMAM)... SERONOK TGK DIORANG MAKAN DURIAN..... YANG PALING SUKA MAKAN SI FAIZLAH..... DIA MENGGELARKAN DIRINYA OPET HANTU DURIAN DALAM CITER UPIN IPIN TU...... HEHEHE....... YANG ADIK PLAK BARU NAK BELAJAR MAKAN DURIAN....




IBU NAK...... HMMMMM..... SEDAP...

IBU...... MEH LAH MAKAN SAMA-SAMA

' JAP DIK..... ABANG BUKAKAN DULU OK'





BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff