my nuff

APA SUDAH JADI?

Apa lah nak jadi ngan orang zaman sekarang.


"Ibu dihalau anak kandung". "Bapa Jahiliah - Tampar bayi perempuan 5 bulan.". Wei apa dah jadi ngan dunia sekarang ni. Dah macam tak da pegangan hidup. Mana silapnya sampai semua ni berlaku. Kalo kita tengok berita semasa sejak akhir-akhir ni semua berceritakan tentang kerapuhan institusi keluarga. Aku tak kata family aku bagus sebab family aku sekarang pun tangah dalam keadaan yang terumbang ambing nak cari jalan keluar untuk selesai masalah yang satu tu.
Ibu dihalau anak kandung.
Kenapa lah si anak sanggup buat macam tu. Mungkin ada salah si ibu pada si anak. Tapi sewajarnya si anak maaf kesalahan ibu kerana walau apapun yang terjadi itu ibu si anak buat selama-lamanya. Pembalasan bagi anak derhaka bukan saja di akhirat nanti malah di dunia ini telah dibalas keran tingkahnya sebagai anak derhaka. Kalo korang nak tau aku juga pernah menghadapi dilema bila ayah yang kita sanjungi berubah sikap dan perilakunya banyak melukakan banyak pihak terutama sekali mak aku. Pernah satu ketika aku merasa amat membencinya tapi ku pujuk hati untuk menerimanya. Sebab dia lah ayah ku sampai bila-bila. Huhuhu macam sedih plak. Tapi citer dalam metro hari ni buat aku terfikir, mesti ada yang tak kena dalam keluarga itu. Bila siibu wat report polis aku mula rasa tak sedap. Kalo dia ibu yang baik kenapa mesti wat report polis. Hmmmmm... ntah le.
Bapa Jahiliah
Yang ni lagi lah wat aku rasa macam nak pijak-pijak je lelaki tu. Bleh plak anak yang baru 5 bulan dibuat macam tu. Tak da hati perut langsung. Tak kesian ke kat anak tu. Ntah kenapa naluri keibuan ku benar-benar terusik. Tu lah kalo dah setan duk dalam badan memang macam tu jadi nya. EEEEEEEEEEEEE...... Geramnya.....

2 comments:

deelira said...

saya pon sedih jugak..kenapa erk dunia skrg macam ni..dah la baca entry sedih ni..lagu background blog awk ni..buat sy tambah sedey la..

note : tq coz jadi follower sy :) salam perkenalan

ibu amirul said...

salam perkenalan jugak

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff