my nuff

ayah oh ayah

ayah,
kak long sayang sangat ayah,
walaupun ayah selalu marah-marah,
walaupun kak long selalu kecik ati ngan ayah,
tapi kak long tetap sayang ayah
sebab ayah ialah ayah kak long,
ayah,
dulu masa kak long sekolah,
ayah selalu tak da masa nak pegi mesyuarat PIBG sekolah,
bila datang sekolah cikgu mesti tanya
"norain, kenapa ayah kamu tak datang mesyuarat semalam"
"ayah saya pergi cari ikan cikgu"
lepas tu cikgu tu membebel-bebel kata ayah tak nak amik tau pasal anak
satu kelas dengar,
kak long diam je...
ayah,
masa tu kak long darjah nam...
dah pertengahan tahun,
kasut sekolah yang ayah belikan awal tahun ari tu dah koyak kat depan...
dah macam mulut buaya,
mana taknya kasut tulah wat ge sekolah,
kasut tu gak yang wat ge sukan,
orang lain kasut dua pasang,
kawan kak long tegur,
"eh ain, kasut ko koyak, ayah ko tak beli baru ke?"
kak long diam je...
ayah,
masuk tingkatan 1 ayah anta kak long masuk asrama
kat asrama kena sembahyang....
camna kak long nak sembahyang..
kat umah ayah tak pernah suh kak long sembahyang
kak long belajar sembahyang pon kat sekolah ngan ustaz ngan ustazah
kak long teruk kena toucher ngan senior
sebab bacaan sembayang banyak yang kak long tak tau
masa tingkatan 1 baru kak long hafal doa qunut
tiap kali kena marah ngan senior, diorang kata
'hey ain, kenapa ko tak tau baca doa qunut, ko tak sembahyang ke?
ayah ko tak suh sembahyang ke?'
kak long diam je.....
tapi sekarang bila ayah menafikan hak mak sebagai seorang isteri
dan hak kak long ngan adik2 sebagai anak
kak long tak boleh diam lagi....
tak mengapa kalo ayah kata kak long kurang ajar...
sebab kalo kak long kurang ajar maknanya ayah lah yang tak ajar kak long..
maaf kan kak long ayah andai suatu hari nanti dendam anak ini tak terbendung lagi
maafkan kak long andai kata-kata kak long nanti
tidak selayaknya bagi seorang anak kepada ayah...
maafkan kak long... maafkan kak long

1 comment:

deelira said...

sabar la kak ain. setiap manusia tu..ada hitungannya.ada perjanjiannya..ada pengorbanan yang perlu dibuat tanpa kehendak.sejarah silam jadikan 1 panduan utk kita mendidik anak2 kita pula.sifat dendam x baik tp sy xde hak nak menghalang kerana apa yg kak ain lalui..hanyala kak ain saje yg tau.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff