my nuff

Hari Yang Sedih....

Hari ini Jumaat 23 Julai 2010.. aku dihambat kesedihan...pagi tadi on the way nak ke office aku buka Hot FM. Hari ni topik derang perkara yang mendebarkan. Ada seorang caller, seorang suami, nama nya Ari. Dia kata dia sedang berdebar sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau menamatkannya. Aku yang pernah terluka dek tingkah si suami mengandaikan mesti ada orang ketiga dalam hubungan derang. Ternyata dugaan ku salah sama sekali. Ari kata tiada orang ketiga dan mereka suami isteri percaya antara satu sama lain. Kesudahannya setelah berbincang hati ke hati dengan isteri nya, Ari mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya demi anak-anak dan berusaha untuk berubah sikap demi kebaikan semua. Dalam sendu tangis seorang lelaki bergelar suami, Ari berjanji akan membuang sikap egonya. Lepas tu Hot FM bleh plak main lagu Tercipta UntukMu - Ungu. Pergh...... lagi lah aku rasa macam nak nangis. Tapi terpaksa tahan, takut kantoi ngan Faiz ngan Fahim.
Sampai je office aku buka PC, buka blog. Hati aku aku macam dijentik-jentik untuk baca blog deelira sebab nak tau pasal apa dia tersentuh sangat. Lepas baca entry tu aku terus buka blog ayu mayo, ambik kau.... terus air mata aku berjurai-jurai...... adui yai.. entry dia citer pasal arwah anak dia.... siap ada gambar ngan puisi nye ditambah pulak dengan suara merdu Tok Ti... Hati aku yang bergelar ibu ni terus terusik.... sambil berdoa janganlah dugaan ini menimpa hidup aku.... Akak tak sanggup dik....

4 comments:

deelira said...

hari ni seme menda leh wat kita menangis.dari radio bawak ke blog.sendu sedan sore lelaki bernama somi tu.bnyak sgt memikir dan pendam kut.

ibu amirul pernah terluka? cerita la sket..

ibu amirul said...

hehehe.... nanti lah... akan diceritakan satu hari nanti...

deelira said...

ok.apa pon yang berlaku dalam hidup kita.tabahla menghadapinya ye kak.x semua impian kita akan tercapai.

~aSHa~ said...

byk dugaan dlm kehidupan...byk hati perlu dijaga..byk hati yg terluka tanpa sedar...(me too)

mlm nisfu syaaban..buku lama sudah diangkat..buku baru sedang dibuka...alahai buku lama sy tak smpt nak bersihkan yg kotor2...sob sob...

salam ziarah...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff