my nuff

AkU tErLuKa LaGI.........

Kenapa dia mesti lukakan hatiku lagi, tak cukupkah apa yang dia lakukan pada aku sebelum ni, sampai bila aku boleh bertahan. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk nya, tapi aku berusaha untuk berubah mengikut kehendaknya.
Lepas apa yang berlaku dua tahun lepas, membuatkan aku terjaga dari 'lena'. Tapi aku masih bertahan, bertahan, bertahan hingga kini. Sehingga aku menyedari bahawa hatiku kini menjadi kering, tiada rasa.
Dan kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku yang boleh menghambat rasa kecewa, sedih dan hampa. Tapi aku tak terusik langsung dengan semua itu, mereka kata aku kuat dan tabah. Tidak..... Aku tahu diri aku, aku bukan kuat atau tabah. Tapi hati aku dah kering, hati aku dah hampir mati, tiada perasaan, aku hanya batu yang bernyawa......
Cuma aku berharap masih ada secebis kasih dan sayang dalam hati ini untuk permata hatiku Faiz dan Fahim. Maafkan ibu sayang.........
Kadangkala anak-anak ibu ini menjadi mangsa untuk ibu melampiaskan rasa marah......... Maafkan ibu, maafkan ibu, maafkan ibu......

RintihanHati: Kerana dia aku tak dapat jadi diri ku yang sebenar..........

2 comments:

~aSHa~ said...

semoga ko tabah ye...tuhan menduga manusia mengikut kemampuan manusia itu..dia tidak akan memberatkan manusia dgn sesuatu yg di luar kemampuan umatNya...Dia lebih mengetahui..

ain sebaya je dgn asha kan....

kerabu jantung said...

Dimanakah Ibu Amirul yang begitu ceria sebelum ini, yang komen itu, komen ini, dan try masakan baru and successful?

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff