my nuff

ZAMAN KECIL KU SEBELUM SEKOLAH

Masa aku lahir..... mak ayah aku duk kat kampung umah mak kepada ayah aku. Dalam erti kata lain wan aku ler. Menurut citer mak aku, wan aku ni tak berapa berkenan ngan mak aku sebab dia dah calon menantu lain untuk ayah aku. Tapi alih-alih ayah aku balik bawak bini dia. So macammana baik pun mak aku tu wan aku tetap tak suka. So dengan aku aku sekali jadi mangsa. Dulu aku kena sawan kat kepala. So wan aku ni yang kononnya nak bagi baik kudis kat kepala aku ni ge cakar kepala aku ngan sikat. Berdarah-darah mak aku citer. Sampai lah satu hari mak ayah aku bawak ge klinik dan doktor bagi ubat sapu baru lah baik. Huhuhu. Tapi itu wan aku masa dia muda2 dulu. Tapi lama-lama dia ok. Nanti aku citer pasal wan aku ni kat entry yang lain.
Masa aku 4 bulan, kami 3 beranak pindah felda. So bleh lah duk sendiri. Masa tu felda tempat aku duduk tu baru buka. So semua peneroka bergotong royong menanam pokok getah. Untuk menambah pendapatan peneroka2 ni akan pergi noreh kat kebun orang lain yang berdekatan ngan Felda tenpat aku tu.
Tapi siyes aku nak bagi tau, aku tak ingat langsung apa yang jadi masa umur aku dari satu hari sampai lah ke hari pertama aku nak ge sekolah Tadika. Apa yang ku tau pasal citer aku sebelum hari pertama aku masuk Tadika sume mak ayah aku yang citer. Masa tu aku dah ada seorang adik umur 3 tahun. Dan mak aku plak tengah tunggu hari untuk melahirkan adik aku yang ketiga.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff