my nuff

KAT LUAR KE KAT DALAM


Tengahari tadi aku balik rumah kejap sebelum pergi kedai untuk bergilir ngan hubby aku. Tujuannya adalah satu, nak sidai kain baju yang dibasuh pagi tadi. Biasanya aku basuh kain waktu malam tapi disebabkan malam tadi balik umah mentua so jadual kerja rumah ku sedikit tergendala. Al maklum lah kalo dah balik umah mentua, sampai umah semula kul 11 malam. Masa tu akak dah ngantuk dik. Nak tido. Konon pagi besok dalam kul 4.30 pagi masda hubby nak ge pasar bleh le bangun basuh kain. Alih-alih kul 5 baru aku sedo, hubby aku pun baru bangun. Apa lagi tak sempat lah aku nak wat mende-mende bagi hubby aku wat bekal. Tambahan pulak, malam tadi Fahim dok nangis je. Lepas tu kul 1 pagi muntah kat atas tilam. Wat aku hangin je di pagi hari. Hmmm.... anak-anak.. Tu je lah yang mampu aku cakap.
Balik pasal cite basuh kain tadi, kul 6 baru aku basuh kain. So sempat basuh ngan bilas je lah. Masa sidai kain, rasa macam nak tarik ampaian baju tu keluar sikit bagi baju cepat kering. Memang waktu tu tengah panas. Tapi bila aku jenguk ke atas, aku batalkan niat nak sidai kain kat luar, aku tarik ke dalam duk bawah awning. Kang kalo ujan naya je.. So itulah citer aku pasal kain yang nak disidai.





,

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff