my nuff

Ikhlas.........

Lumrah manusia biasa bila aku terima sesuatu seringkali mengharapkan keikhlasan seiring dengan pemberian... Macam tu juga  bila aku memberikan sesuatu kepada orang lain yang kononnya ku kata ikhlas tapi hakikat sebenarnya semua yang diberi perlu dibalas...

Aku tak ikhlas dengan semua orang yang ada disekeliling ku...

Aku tak ikhlas dengan kerjaku...... bila aku buat kerja aku nak kan APC, aku nak naik pangkat, aku nak gaji tinggi......

Aku tak ikhlas dengan kawanku..... bila aku belanja makan, suatu hari nanti aku nak dia belanja aku makan plak...

Aku tak ikhlas dengan suamiku.... bila aku cinta, sayang dan setia padanya, aku nak dia cinta, sayang dan setia pada aku...

Aku tak ikhlas dengan anak2ku..... bila aku curahkan kasihsayang dan beri kemanjaan pada mereka, aku mahukan mereka hormat dan dengar segala arahanku....

Aku tak ikhlas dengan ibu bapa dan adik2 ku..... bila aku selalu bagi duit pada mereka, suatu hari nanti aku harapkan mereka pun akan bagi balik kat aku bila aku tengah sesak.........

Aku tak ikhlas dengan Allah swt.... bila segala amalan yang kulakukan... ku harapkan pembalasan yang baik-baik... diberi kesenangan.....

Ya Allah Ya Tuhan ku.... betapa payahnya untuk ku memacakkan tiang keihklasan di hati ku ini.....

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff