my nuff

Trip To Kedah.....part 1

Last week aku n family ikut mertua ge Kedah..... Tujuan asal nya sebab kena bawa pak mertua ge pejabat agama atas urusan tanah... Tapi misi utama Mertua aku ialah nak bawak menantu dia ni balik kampung halaman depa. Yelah kan dah 6 tahun aku kawin ngan anak depa tak penah sekali pun aku pi sana. Dah anak jantan depa tak nak bawak aku pi, takkan aku plak terlompat2 nak pi sana kan.
Mulanya TTK bercadang nak pi ari senin balik selasa....... Tapi mesti penat nya.... Dah le nak pi kena panjat bukit genting tu...... Akhir nya setelah dicongak2 ngan ada bantuan kak lang yang sudi jaga kedai, TTK setuju nak balik ari rabu.... Yeehaa seronok nya...
Pagi senin tu (tak pagi sangat lah....) kami bertolak dari temerloh. Lalu ikut Genting turun ikut Batang Kali, terus kuar Exit Tanjung Malim. Pastu berenti rehat kat R&R Sungai Perak.... Bila sampai je Kat Kedah, terserlah kegayatan aku sebab excited sangat tengok sawah padi.... best nye

Anak-anak ku

Tak sedar masa berlalu, anak-anak yang dulu dalam kendongan dah berlari sendiri... dah mula mencari kawan.... Huhuhu.... Nape aku tetiba citer pasal tu....? Rutin harian ku setiap pagi aku akan hantar anak-anak ke taska. Dulu masa mula-mula hantar, Faiz nangis tak nak duduk kat taska, Fahim plak aku dukung masuk sampai bilik tempat dia diasuh... Masa berlalu, Faiz dah sekolah Tabika 5 tahun, Fahim dah 2 tahun lebih.... Sekarang bila aku hantar diorang, turun dari kereta, Faiz dah lari dulu, tak sabar nak jumpa kawan2, tak sabar nak tunjukkan benda baru pada kawan2. Fahim plak jalan sendiri dengan menggalas beg di belakang. Tanggal kasut sendiri, letak di rak, masuk ke bilik asuhan dan letak beg. Pastu keluar balik tengok tv dengan kawan2 yang lain.... Dari kejauhan dia hanya melambai kepada ku..... Hmmmm...... Ini lah kehidupan......






Cubitanrasa: Tengah berkira-kira untuk menambah lagi ahli keluarga...

Minggu Yang Memenatkan... - Trip KL..

Dalam masa dua minggu ni aku asyik travel je.. 15-16 Jun ge KL ada kursus. 20-22 Jun ge Kedah plak melawat sedara mara kat sana. Memang memenatkan. Kalo ikutkan macam-macam aku nak citer kat sini.. Tapi kena ambik masa sikit. Ini pun break kejap dari wat keje yang berlambak tu sebab pen nak signature tak de. (hahaha alasan semata-mata).

First, aku nak citer pasal trip ke kl. Bukan jalan-jalan tapi sebab kena ge kursus. Pegi 2 hari 1 malam. Stay kat Hotel Midah sebab dekat ngan HQ aku tempat aku berkursus. Jalan kaki ke....

Perjalanan dari Temerloh ke KL. -LPT-
Kiri kanan masih dipenuhi hutan rimba


Tebing batu tepi highway
Hahaha.... nak masuk terowong Genting Sempah
HUHUHU mesti sedih bila lalu sini sebab teringatkan tragedi pesawat nuri yang terhempas kat sini. Tak tau nape begitu meninggalkan kesan kat aku.
Dalam terowong.....
Sampai sudah kat KL yang penuh ngan Hutan Batu...... Sesat sejam sebab driver terlepas jalan... hahaha
apa lagi shopping lah kat sini dan sekitarnya..... abis kopak duit aku... huhuhu

Sib baik lah aku tak kerja kat KL ni. Memang pening kepala duk sini..... Masa perjalanan balik aku tak snap apa2 gambar pun sebab aku Zzzzzzzzzzzzz................. hahahaha


cubitanrasa: Cuak gak bila naik ngan driver ni.. beberapa kali nak terbabas... huhuhu

Penat, Tension, Banyak Kerja

Asslamualaikum....
Hari ni aku baru balik ofis sebab dua hari lepas aku ge KL. Nanti kalau ada masa aku citer wat apa aku ge KL. So sekarang ni banyak keje kena settle kan sebab next week aku nak cuti plak..... hehehe.. so chow dulu.....

Putrajaya Rasa Gegaran Gempa Bumi????

Ari ni member-member blogger yang duk kat Putrajaya sume cite pasal gegaran. Bleh tengok dalam ni ngan yang ini. Teringat masa zaman bujang2 masa duk kat Putrajaya 7-8 tahun lepas. Masa tu duk tingkat 10 Apartment mampu milik presint 9. Ada gak jadi gempa bumi kat Sumatera utara dan gegaran nya sampai ke Putrajaya. Waktu kejadian tu dalam kul 11-12 tgh malam. Aku tengah baring-baring nak amik feel tidur. Memang terasa macam kena buai sampai kepala aku naik pening. Dalam keadaan Alpha nak ke Beta (Peringkat tidur) tetiba dengar orang berlari-lari. Pastu housemate pun ketuk pintu kejut aku, bagi tau apa yang jadi. Apa lagi masing-masing amik langkah seribu. Masa tu tak rasa penat pun turun tangga dari tingkat 10 sampai bawah. Huhuhu... Bila sampai bawah tengok orang rama dah berkumpul... Macam-macam pesen baju tidur. Hahaha.. duk lah kat bawah tu sampai kul 1 pagi (ye kot, tak ingat dah).


Cubitanrasa: Kecik ati ngan fiance  masa tu.... Pasal apa? Raazzzzzzzzz........

Coretan Untuk Adik Kakak2...

Aku terpanggil untuk menjawab semula warkah seorang adik untuk kakak yang u ollss boleh baca dari sini. Bukanlah bertujuan untuk menghebahkan apa yang telah berlaku, tapi berharap bagi yang sudi yang mengintai blog aku ni, dapat iktibar dan pedoman.

Buat adikku Norshahirah,
Kak Long dah baca semua luahan hati adik. Mula-mula sekali Kak Long nak minta maaf kerana kurang beri perhatian kepada adik. Tapi bukan Kak Long tak ambil tahu langsung pasa adik. Kak Lang ngan Yan selalu update pasal adik kat Kak Long. Mak pun sama gak.

Adik,
Apa yang dah terjadi tahun lepas memang menjadi tamparan hebat untuk family kita. Tapi banyak faktor yang menyebabkan adik jadi macam tu. Kak Long tahu semuanya. Sebab tu Kak Long lebih banyak berdiam dari bertindak memarahi adik. Cukuplah Kak Lang yang marah adik. Tapi adik, diam Kak Long tak bermakna Kak Long setuju dengan apa yang adik lakukan. Cuma Kak Long tak nak tambah tekanan dalah hidup adik lagi. Kak Long faham perasaan adik sebab darah yang mengalir dalam tubuh adik adalah darah yang sama mengalir dalam badan Kak Long.

Adik,
Mungkin adik merasakan tindakan kami membawa perkara tersebut ke muka pengadilan membuatkan adik memberontak. Apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan dan masa depan adik. Kami sayangkan adik. Tak salah untuk berkasih sayang tapi belum sampai masanya untuk usia semuda adik.

Adik,
Adik mesti susah nak lupa dia. Kalau tak takkan adik wat entry yang ini. Kak Lang dah citer ngan Kak Long pasal entry tu dan Kak Long dah pun baca. Pada Kak Long mungkin tak ada apa. Yelah jodoh dan maut di tangan Tuhan. Biar bercacak koghih dan lombing, kalau dah takdir dia untuk adik tak da sapa boleh halang. Tapi tidak bagi Kak Lang. Adik kena paham hati kak lang yang bersusah payah mempertahankan adik. Mana je yang dia tak pergi, balai, JKM, hospital, mahkamah. Semua nya untuk adik. Kalo dia marah adik sebab wat entry tu, adik kena paham kenapa. Sebab Kak Lang dah penat.

Adik,
PMR dah dekat. Tumpukan pada subjek yang adik boleh score. Jangan tertekan ngan subjek Mate tu. Memang subjek Mate menjadi kepakaran kakak2 adik, tapi tak semesti nya adik kena terror gak Mate. Buat mana yang termampu. Jangan paksa. Mungkin adik dilahirkan bukan untuk expert dalam Mate tapi subjek lain. Sapa tau kan. Jangan sampai nangis bila tak dapat buat. Bila tak dapat buat, tinggalkan dulu wat yang lain. Apapun good luck untuk PMR ni.

Akhir sekali adik, ingat pesan Kak Long, walau apapun yang jadi hidup mesti diteruskan. Jangan disebabkan secebis kesengsaraan adik hilang semangat dan berhenti berjuang. Tuhan tu Maha Besar. Tak terjangkau dek fikiran kita hambanya untuk mengetahui apa yang telah diaturkan dalam hidup kita. Janganlah mengharapkan hidup kita sentiasa manis seperti gula-gula kapas, kadang-kadang kita kena telan gak peria katak yang pahit tu...

Adik dah minta maaf pada kami semua dan kami semua memang dah maaf kan adik. Bcoz we are family. Tapi adik kena minta maaf dengan dengan diri adik sendiri. Ketahuilah wahai adikku, di dalam diri adik tu ada roh yang meronta-ronta mohon dikasihani agar adik tidak lagi melakukan kesilapan.

Sekian buat kali ini,

Salam sayang dari Kak Long yang mewakili kakak2mu yang lain.

Akhirnya Tamat Sudah...... Akademi Fantasia..

"Yes yes yes, Fina dapat nombor 3"... tu lah jeritan kami sekeluarga bila diumumkan Fina dapat nombor 3... memang we ollss tak berkenan betul ngan budak kerempeng tu... Sib baik dia ada imuniti ke Final, kalo tak dah terkeluar pun...... okeh tutup citer pasal budak poyo tu....
Akhirnye AF abis gak untuk selama-lamanya. Aku bukan lah peminat tegar AF ni, start tengok masa AF musim kedua. Atas sebab tertentu aku adalah gak berabis top up sms student peberet masa second AF tu. Tapi tak dapat masuk final pun..... sapa dia tunggu......
Malam tadi Hazama dah dinobatkan sebagai Juara AF yang terakhir. Ingat lagi masa prelude untuk AF4, si Hazama ni pun ada gak. Maybe nak tarik perhatian pengetua masa tu (Ramli Sarip) dia nyanyi lagu Zakiah. Tapi tak dapat masuk gak AF masa tu. Tapi mungkin Tuhan ada percaturan sendiri untuk Hazama. Yelah mana tau kalo dia masuk AF4 belum tentu dia jadi juara kan. So bila masuk AF9 terus dapat jadi champion walaupun masuk tengah2.
Secara keseluruhan persembahan malam tadi boleh dikatakan ok lah.. Sebab ada lagi malam final yang lagi best. Kredit untuk Pengetua Amy ngan kumpulan Search. Memang terbaik dari ladang.
Apapun memang puas hati ngan keputusan malam tadi.

cubitanrasa: sib baik student peberet aku menang kereta persona tu.... ahaks.

Bahaya ni...... Kena jaga2 ni.......

pagi-pagi lagi aku baca entry ni. Mulanya macam tak da perasaan. Tapi bila kenang balik aku terpaksa setuju ngan cadangan PEKIDA supaya filem KONGSI di tapis balik. Bukan pasal rahsia sulit diorang dalam filem tu, aku pun tak tau apa mendenya tapi ada adegan dalam filem KONGSI tu yang perlu ditapis.. Adegan bila Tumulak puleh tetet Mikail.... Kalau bagi orang dewasa memang adegan tu lucu tapi tidak bagi kanak-kanak bawah umur...
Citernya camni, bila je citer KONGSi tu kuar kat astro first aku ngan tak suman-suman terus langgan. Yelah kan tengok kat astro first jelah... mana sempat nak tengok kat wayang, kalau ge tengok kena bawak hero yang diorang tu..... huhuhu..... janganlah berharap hero-hero tu bleh duk senyap...... Bila dah kuar kat tibi semua leh tengok le termasuk lah hero-hero aku..... second hero tu aku tak risau sangat tapi yang sulung tu... bagi yang pernah langgan tau lah filem tu akan tayang selama 48 jam tanpa henti.... takda iklan..... so selama beberapa tayangan tu yang paling tekun tengok tak lain tak bukan Faiz.. sampai dia hafal dialog ngan adegan yang ada dalam citer.... mula nya aku tak heran sangat... dah faham sangat taksubnya dia kalo ada adegan kereta drift ni.... tapi yang jadi masalah nya tang adegan Tumulak puleh tetet Mikail tu, abih sume tetet dia nak puleh, yang selalu jadi mangsa tetet adik dia yang gebu tu ngan aku nye lah sekali.. yang merisaukan aku sekarang kalo2 dia ge puleh orang lain punya.... huhuhu parah aku camni..

cubitanrasa: agak2 lpf tu layan ke???????

Falsafah Lelaki Murahan.....

Yang ni pun aku dapat dari Berita Minggu ari tu....

Isteri itu ibarat TV dan skandal (teman wanita) itu ibarat telefon bimbit (HP).
Di rumah tengok TV, jalan-jalan bawa HP
Tak da duit tengok TV, banyak duit cari HP baru
TV tak perlu bayar tapi HP kena top up selalu
TV bentuknya besar, gendut dan tua sikit tapi HP biasanya cute, design bagus dan sedap dipegang dan diperagakan.
Tv tak boleh disembunyikan tapi HP bila-bila masa boleh boleh sorok
Program TV pun ada kala bosan tapi HP tak kan?

Memang kurang asam.........

Cubitan Rasa: Lelaki dikurniakan 9 akal dan satu nafsu iaitu wanita... tapi dek kerana wanita lelaki boleh jadi bodoh, bangang dan bongok (pergh... agak kasar bahasaku kali ni.)

Lelaki Oh Lelaki

Tetiba hari ni aku nak cite pasal insan bernama lelaki ni.... Lelaki ni boleh jadi suami kita, ayah dan anak kita. Kalau nak dicerita pasal lelaki ni memang takkan habis. Tapi aku nak berkongsi rasa tentang lelaki yang berpoligami. Ni semua tercetus bila baca artikel yang ada dalam Berita Minggu 5.6.2011. Apa lagi kalau bukan cerita tentang Salih Yaacob yang telah mencukupkan kuota isterinya. Dan semestinya dia menjadi idola semua lelaki yang bercita-cita nak tambah koleksi isteri mereka. Tapi ada ke wanita-wanita  yang sanggup menjadikan isteri-isteri Saleh Yaacob sebagai idola.

Janji Allah SWT kepada isteri yang merelakan suami berkahwin lagi ialah payung emas di hari kemudian kelak. Tapi boleh ke isteri tu dapat payung emas bila hari-hari menyumpah suaminya sebab terlampau sibuk dengan isteri baru, bila beras dan susu anak keputusan, bila segala mak nenek bil tertunggak......

Wahai lelaki, janganlah jadikan Sunnah Rasullah sebagai alasan untuk berpoligami sedangkan sunnah yang lain dipandang sepi..


Coretan Rasa: Memang teringin nak dapat payung emas dan menjadi kesayangan Allah SWT tapi hati belum kuat untuk semua itu.

Ulangtahun yang penuh kejutan.....

4 Jun yang lepas genap lah 6 tahun usia perkahwinan aku dan dia.... sebagai tanda ingatan ku hadiahkan jam tangan buat suami tercinta.... dan seperti tahun-tahun lepas aku tidak mengharapkan sebarang pemberian daripadanya.... tapi mungkin kerana penangan drama siri Nora Elena telah memberi idea kepada nya untuk membuat kejutan kepada ku... dan sejambak bunga ros telah ku terima.....

cubitan rasa:- sebenarnya tidak lah terkejut sangat sebab adik dah bocorkan rahsia..... apa pun usaha abang untuk memeriahkan cinta kita, amat ayang hargai..... terima kasih sayang.

Bunga Angkasa

Bunga Angkasa

Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa

Suka sangat lagu ni...........

Very Important Person (VIP)....

Dulu masa kanak-kanak, kalau pergi mana-mana majlis tak kisah lah kat sekolah atau kat mana-mana, bila masa makan aku selalu teringin nak makan kat meja VIP... Tak payah nak beratur panjang ambil makanan... Dan kebiasaannya hidangan kat meja VIP lagi special dari yang disediakan untuk orang biasa... Tapi sekarang berkat kebijaksanaan yang Allah SWT kurniakan ngan usaha aku dapat makan kat meja VIP... Semeja dengan Dato'-dato' ngan datin-datin... Bangga tak terkata...... Hahaha....
Meh nak citer cikit... aku sebenarnya baru balik dari mesyuarat satu kesatuan ni..... Aku bukanlah ahli kesatuan tu pun.... Cuma dijemput..Dan mesyuarat ni dirasmikan oleh Ahli Parlimen kat sini lah.... Yang nak dijadikan cerita bila ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan..... Belum pun sempat ahli parlimen nak duk makan, dah ada yang datang minta tandatangan surat sokongan dan segala mak nenek jenis surat.... Tu belum lagi nak kena jawab telefon lagi..... Habis bab masa nak makan..... Bila tiba masa nak perasmian, seperti biasa pengerusi kesatuan bagi kata-kata aluan.... Dalam kata-kata aluan tu sempat lagi minta itu ini kat YB.... YB yang mendengar hanya mampu senyum dalam sengsara..... Dan bila tiba masa YB berucap..... Yb pun setujulah untuk bagi apa yang diminta, malah menambah lagi sumbangan untuk kesatuan tu..... Apa lagi bersorak lah satu dewan dengar janji-janji YB......( Dalam hati YB...... hmmmmmmm..... boleh bagi nya tak berapa sen pun...... yang penting tempoh akan datang aku boleh jadi YB lagi kat sini...... HAHAHAHAHA).........

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff