my nuff

Anak-anak ku

Tak sedar masa berlalu, anak-anak yang dulu dalam kendongan dah berlari sendiri... dah mula mencari kawan.... Huhuhu.... Nape aku tetiba citer pasal tu....? Rutin harian ku setiap pagi aku akan hantar anak-anak ke taska. Dulu masa mula-mula hantar, Faiz nangis tak nak duduk kat taska, Fahim plak aku dukung masuk sampai bilik tempat dia diasuh... Masa berlalu, Faiz dah sekolah Tabika 5 tahun, Fahim dah 2 tahun lebih.... Sekarang bila aku hantar diorang, turun dari kereta, Faiz dah lari dulu, tak sabar nak jumpa kawan2, tak sabar nak tunjukkan benda baru pada kawan2. Fahim plak jalan sendiri dengan menggalas beg di belakang. Tanggal kasut sendiri, letak di rak, masuk ke bilik asuhan dan letak beg. Pastu keluar balik tengok tv dengan kawan2 yang lain.... Dari kejauhan dia hanya melambai kepada ku..... Hmmmm...... Ini lah kehidupan......






Cubitanrasa: Tengah berkira-kira untuk menambah lagi ahli keluarga...

1 comment:

kak nora said...

anak2 kalu dah biasa dgn rutin harian lama2 dia akan faham dan terbiasa..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff