my nuff

Coretan Untuk Adik Kakak2...

Aku terpanggil untuk menjawab semula warkah seorang adik untuk kakak yang u ollss boleh baca dari sini. Bukanlah bertujuan untuk menghebahkan apa yang telah berlaku, tapi berharap bagi yang sudi yang mengintai blog aku ni, dapat iktibar dan pedoman.

Buat adikku Norshahirah,
Kak Long dah baca semua luahan hati adik. Mula-mula sekali Kak Long nak minta maaf kerana kurang beri perhatian kepada adik. Tapi bukan Kak Long tak ambil tahu langsung pasa adik. Kak Lang ngan Yan selalu update pasal adik kat Kak Long. Mak pun sama gak.

Adik,
Apa yang dah terjadi tahun lepas memang menjadi tamparan hebat untuk family kita. Tapi banyak faktor yang menyebabkan adik jadi macam tu. Kak Long tahu semuanya. Sebab tu Kak Long lebih banyak berdiam dari bertindak memarahi adik. Cukuplah Kak Lang yang marah adik. Tapi adik, diam Kak Long tak bermakna Kak Long setuju dengan apa yang adik lakukan. Cuma Kak Long tak nak tambah tekanan dalah hidup adik lagi. Kak Long faham perasaan adik sebab darah yang mengalir dalam tubuh adik adalah darah yang sama mengalir dalam badan Kak Long.

Adik,
Mungkin adik merasakan tindakan kami membawa perkara tersebut ke muka pengadilan membuatkan adik memberontak. Apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan dan masa depan adik. Kami sayangkan adik. Tak salah untuk berkasih sayang tapi belum sampai masanya untuk usia semuda adik.

Adik,
Adik mesti susah nak lupa dia. Kalau tak takkan adik wat entry yang ini. Kak Lang dah citer ngan Kak Long pasal entry tu dan Kak Long dah pun baca. Pada Kak Long mungkin tak ada apa. Yelah jodoh dan maut di tangan Tuhan. Biar bercacak koghih dan lombing, kalau dah takdir dia untuk adik tak da sapa boleh halang. Tapi tidak bagi Kak Lang. Adik kena paham hati kak lang yang bersusah payah mempertahankan adik. Mana je yang dia tak pergi, balai, JKM, hospital, mahkamah. Semua nya untuk adik. Kalo dia marah adik sebab wat entry tu, adik kena paham kenapa. Sebab Kak Lang dah penat.

Adik,
PMR dah dekat. Tumpukan pada subjek yang adik boleh score. Jangan tertekan ngan subjek Mate tu. Memang subjek Mate menjadi kepakaran kakak2 adik, tapi tak semesti nya adik kena terror gak Mate. Buat mana yang termampu. Jangan paksa. Mungkin adik dilahirkan bukan untuk expert dalam Mate tapi subjek lain. Sapa tau kan. Jangan sampai nangis bila tak dapat buat. Bila tak dapat buat, tinggalkan dulu wat yang lain. Apapun good luck untuk PMR ni.

Akhir sekali adik, ingat pesan Kak Long, walau apapun yang jadi hidup mesti diteruskan. Jangan disebabkan secebis kesengsaraan adik hilang semangat dan berhenti berjuang. Tuhan tu Maha Besar. Tak terjangkau dek fikiran kita hambanya untuk mengetahui apa yang telah diaturkan dalam hidup kita. Janganlah mengharapkan hidup kita sentiasa manis seperti gula-gula kapas, kadang-kadang kita kena telan gak peria katak yang pahit tu...

Adik dah minta maaf pada kami semua dan kami semua memang dah maaf kan adik. Bcoz we are family. Tapi adik kena minta maaf dengan dengan diri adik sendiri. Ketahuilah wahai adikku, di dalam diri adik tu ada roh yang meronta-ronta mohon dikasihani agar adik tidak lagi melakukan kesilapan.

Sekian buat kali ini,

Salam sayang dari Kak Long yang mewakili kakak2mu yang lain.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff