my nuff

...:::Huhuhu Sedihnya:::...

Salam Jumaat semua,
Seperti yang semua sedia maklum HM gagal layak ke peringkat seterusnya selepas sekadar seri 1 sama ngan Singapura. Huhuhu... Tak tau lah kenapa macam sedih sangat... Mungkin sebab excited sangat ngan match kali ni... Dan mungkin perasaan ini yang dirasakan oleh TTK bila pasukan kesayangannya Arsenal kalah.
Kalau ikutkan malam tadi Ain tak tengok game tu tapi hanya sekadar mendengar dari bilik. Nak tau sebab apa tak tengok, sebab TTK kata kalau Ain tengok sure kalah. So Ain tak da lah duduk depan tv tengok bola. Just dengar ulasan pengulas bola ngan ulasan TTK kat luar... Hahaha... Kalo ulasan TTK banyak lah perkataan yang tak sedap didengarkan.... Nama2 yang disebut2 TTK macam Ismail Faruqi, Mahali, Amaredan ngan player India tu (tak ingat apa namanya). Dan biasanya bila nama tu disebut oleh TTK, makna player tu main tak betul lah...
Apa pun, syabas untuk HM dan walaupun kalah... Kalian tetap di hatiku (hahaha boleh tak macam tu).

...:::Malam Ni Penentu Segalanya:::...

Salam semua,
Tetiba kali ani ain macam excited sangat nak tengok game malam ni. Berdebar plak. Apapun sama2 kita doakan kan agar Harimau Malaya menang besar malam ni.

...:::Ben Ashaari Cari Blog... Cepat:::...

Teringin gak nak cuba nasib.... Mana tau boleh menangkan... Pada yang lain jom lah join contest ni... Ge kat sini k...

...:::Pentingkan Diri Sendiri Ke Dia Ni:::...


Semua orang kenal dia ni kan. (maksud Ain orang yang amik tau pasal bola sepak Malaysia.)
Menjelang perlawanan kedua Malaysia vs Singapura esok, ramai yang bagi pandangan supaya K.R perkemaskan barisan pertahanan. Maybe ada yang suggestkan untuk gunakan khidmat Norhafiz Zamani Misbah. 
Yalah kan berdasarkan persembahan N.Z.M masa lawan Chelsea ari tu memang patut N.M ditarik masuk untuk bantu H.M. Sebab dua match yang sebelum tu lawan Arsenal ngan Liverpool memang nampak sangat bahagian defend lemah. (Wah Ain tengok bola. Huhuhu tak minat bola tapi terpaksa tengok).
Tapi kalo baca kenyataan K.R dalam akhbar semalam, dia tetap mahu mengekalkan barisan yang sedia ada. Dia tidak perlukan khidmat N.Z.M. Kedengaran macam satu kenyataan yang mementingkan diri sendiri kerana mahu jaga air muka daripada menaikan nama negara. Ye lah kan ce tengok Singapura, sanggup import player luar, bagi kerakyatan pulak tu, semata-mata nak naikkan nama negara diorang. Kenapa K.R tak nak wat camtu, bukan suh import player dari luar negara, just import player dari luar team je.
Tapi Ain tak salahkan K.R kalo dia masih nak kekalkan team yang sedia ada. Dia kena jaga pulak hati anak buah nya. Takkan dia nak ketepikan player yang selama ini bertungkus lumus menaikan nama H.M dan seterusnya membuka mata peminat bola Malaysia untuk sokong H.M.
Apapun good luck untuk H.M. semoga berjaya melangkah untuk peringkat seterusnya. Esok H.M kena menang sekurang-kurangnya 2-0.


K.R - K.Rajagopal
N.Z.M - Norhafiz Zamani Misbah
H.M - Harimau Malaya


...:::Ben Ashaari Ajak Join Bloglist Blogger Baru:::...

En. Ben buat segmen baru lagi . So Ain pun nak join gak. Pada member2 blogger sume, selamat berkenalan...

...:::Panas...Panas:::...

Huhuhu, hahaha, hehehe.... Apa lah kena ngan Ain ari ni. Tak betul kot... ahaks....  Dua hari ni, terasa kerjaya Ain ni mencabar dan dicabar... Hok aloh ape citer cabar mencabar ni.
Semalam naziran datang opis check fail kewangan... Banyaklah plak query dari naziran tu.. Dah le yang tukang buat tak de... yang ada tukang tenyeh kat kertas je... So Ain ngan MML jawab jelah mana yang boleh.... Tapi kira hangat lah gak... B4 ni ok je... Tiba kena kat Pn. PA tu banyak plak yang tak kena nya... Last2 kul 5.30 baru settle..
Hari ni plak ada exit ngan sekolah yang banyak problem... Sekolah tu punya problem menyebabkan sekolah tu dapat Sijil Berteguran... Tapi pengetua tu tak leh terima plak... Siap tuduh audit tak membantu lah, tak bagi peluang lah... Pehal lah ngan pengetua tu, rasa nya dah banyak peluang bagi kat sekolah tu... Bila peluang tak digunakan sebaiknya, abis lah citernya... Tapi Ain malas nak layan orang yang tengah marah2 ni. Lebih baik angkat punggung, blah dari situ, sebelum api kemarahan mula tercetus..
Ntah lah kan, kita sebagai manusia biasa ni selalu kalah ngan keadaan... Mungkin kita rasa kita boleh handle semua yang ada disekeliling kita... Macam naziran yang datang buat check, Ain terima jelah segala teguran. Dah itu kerja dia dan dia buat kerja ikut peraturan yang ada... Sama lah juga ngan Ain, kami sebagai auditor semak ikut peraturan yang ada. Bila tak ikut peraturan, kami akan bangkitkan... Jadi kami pun mengharapkan pihak yang kena audit terima dengan hati terbuka....
Tapi tu lah kan... Bila kita wat baik tak semestinya orang akan wat balik ngan kita kan.......

 Cubitanrasa: Tengah layan KL Gangters... Hahaha Bleh tak?

...:::Selesai Sudah:::...

Akhirnya selesai sudah urusan pembayaran dialam maya. Al maklumlah hari ni kan dah gajjjjj.... hehehe.. Tapi jenuh gak, Tak tau nape maybank2u macam sangkut2 hari ni. Apapun semua dah settle. Alhamdullillah,
Yang tak best nya... penyewa rumah Ain yang kat Pasir Gudang tu dah 2 bulan tak bayar. Kalo ikut kan TTK dia nak suh je diorang tu kuar umah. Tapi Ain rasa bagi diorang masa sampai 3 bulan. Kalo lepas bulan ke3 tak bayar gak, baru suh kuar kan. So tak yah pikir nak pulang balik duit deposit kan...
Tapi tu lah kan, ada sedikit ketidaksampaian hati disitu, kita tak tau apa masalah diorang yang menyebabkan diorang tak leh bayar sewa kan. Tapi kalau baik sangat takut diorang amik kesempatan plak... Apapun Ain serahkan pada Dia yang esa untuk tentukan semua. Sebab Dia lagi mengetahui apa yang tidak kita ketahui kan...
Apapun hero2 Ain dah balik Temerloh. Alamatnya satu taman lah dengar tarzan menjerit. Ahakss... Dah seminggu tak dengarkan... Faizzzzzzzzzzz........ Adikkkkkkkkkkkk......


cubitanrasa: malam tadi mimpi ngeri... eee serammm

...:::Tak Sabarnye:::...

Tak sabar nya nak balik kepis nak ge jemput hero2 Ain tu. Petang ni paling lewat pun kul 7 Ain akan bertolak dari temerloh ke kepis. Puas cari akal macam mana nak balik kepis ari ni. setelah dicongak2 dan dihitung, akhir nya alasan yang Ain berikan pada TTK boleh diterima. Dan kali janji mesti ditepati. Mesti sampai ke Temerloh sebelum tengahari esok. Huhuhu. Tak da hal lah tu.. Yang penting dapat jumpa anak2 cepat.

...:::Huhuhu Rindunya:::....

Assalamualaikum semua,
Pagi ni Ain rasa rindu sangat dengan hero Ain yang dua orang tu. Dah 5 hari tak jumpa. Sebabnya diorang ni ada kat Kepis. Ahad lepas kan Ain kena ge kursus, so sebab kan tak da orang yang leh jaga Ain hantar hero berdua tu ke kampung. Patutnya semalam atuk diorang nak hantar balik, tapi atas sebab yang tak dapat nak elak, atuk tak boleh hantar. Lepas bincang2 ngan TTK akhirnya Ahad ni baru nak jemput diorang. Argggggggghh.... Lama lagi tu. Dah termimpi2 dah kat hero yang berdua tu.
Cite pasal hero berdua tu, semalam Ain call nenek diorang tanyakan perihal hero berdua tu. Hahaha... Nenek cerita tentang kenakalan hero berdua tu. Akuarium ikan atuk penuh dengan batu. Kejar ayam dengan kayu. Gunting bunga nenek. Huhuhu.. Nenek ngan atuk hanya mampu urut dada bila tengok tingkah cucu.
Kalau ikut kan lepas ni memang tak nak ge kursus lagi. Asyik kena tinggalkan hero berdua tu je.

Cubitanrasa: Abg Faiz, Adik Fahim, mama rindu sangat....

...:::Kursus Oh Kursus:::...

Assalamualaikum semua....
Akhir nya dapat duduk ngan selesa untuk conteng2 kat blog ni. Yelah kan 3 hari sebelum ni kena ge kursus kat Marang. Kursus yang Ain kena ge kali ni Kursus ePerolehan. Tak tau lah kenapa Ain kena panggil ge kursus ni. Sebabnya bukan tak tau pun pasal eP tu. Dah buat pun. Bila dirisik2, rupanya penggunaan eP kat tempat Ain ni masih belum sampai tahap yang dikehendaki. Dalam erti kata lain kira kurang gunalah. Bis tu nak guna macam mana kalau tak de keperluan kan... Oklah tak pelah. Ge jelah kursus tu. Bukan kena bayar apa2 pun. Bayar sewa cadar je RM8 sebab duk kat hostel BTPN tu.
Sesuatu yang menarik perhatian Ain masa kursus tu. Attitude orang-orang yang keje Gomen ni. Memang lah majoriti peserta kursus orang2 yang kategori senior yang lagi 5-6 tahun nak bersara. Tapi semuanya lemah je. Ain tak nak lah komen lebih2 sebab mungkin Ain belum sampai ke tahap itu, so Ain tak paham apa yang mereka rasa. Tapi bukan ke sebagai kakitangan awam kena lah bersedia terima semua perubahan. Tapi rata2 nya diorang ni selesa ngan situasi lama. Tak nak terima perubahan.
Bila ditanya kenapa " Hmmm malas lah, dah tua2 ni nak buat semua tu",. Huhuhu tapi gaji nak tiap2 bulan.
So, secara keseluruhannya kursus tu memang menariklah walaupun Ain dah tau.

Cubitanrasa: Mulai ari ni tak nak guna perkataan 'aku' lagi.

...:::Kursus:::...

Ada kat BTPN Marang Terengganu... Kursus eperolehan 17-19.07.2011. nanti aku update lagi

...:::Bila Hormon Adrenalin Terlampau Tinggi:::...

Salam Petang Jumaat
Waktu rehat tengahari tadi aku singgah kat Tunas Manja sebab nak beli Pampers ngan susu adik Fahim. Lepas siap beli barang, aku singgah kat medan selera dalam Tunas Manja tu sebab nak beli nasi ayam untuk aku ngan TTK. So bila dah order, sambil tunggu siap adalah makcik 2 orang ni datang gak nak beli nasi ayam. Makcik2 tu nampak up to date lah. Tak macam makcik2 yang biasa tengok kat Temerloh ni.
Yang aku nak kaitkan dengan hormon adrenalin pasal makcik2 tu le. Dah le suara sikit punya kuat macam nak bagi tau satu Tunas Manja tu diorang nak makan nasi ayam. Dah tu bila diorang punya order dah siap, bising2 nak sayur lah, apa lah. Dah sah2 le kat dalam cermin kaca tu ada ayam kena gantung, tomato ngan timun je. Mana ada salad. aku hanya perhatikan je. Sebab aku nye order lambat siap. Tauke nasi ayam tu dahulukan orang nak makan dulu. Tak da hal lah tu.
Tapi lah kan korang penah tak hadapi situasi yang mana paras hormon adrenalin korang terlalu tinggi. Bersemangat semacam je. Sebab bila dah jadi maca tu, memang tak pikir orang lain dah. Aku bukan nak kutuk2 makcik tu, cuma aku rasa aku pun penah gak dalam keadaan macam tu. Terutama sekali bila terlampau seronok sangat.

Cubitanrasa: Selalu pogang prinsip borsodorhano dalam apo juo keadaan, tapi kengkadang terbabeh juo..

...:::BEN ASHAARI DAN SEKOLAH:::...

Kalo cakap pasal sekolah mestilah yang paling best dapat Rancangan Makanan Tambahan (makan free) ngan biasiswa.

...:::Faiz Oh Faiz:::...

Salam Jumaat semua,
Hari ni macam biasa kul 5 pagi aku dah bangun. Wat keje rutin tiap pagi, sidai kain, lipat kain, wat sarapan, iron baju sambil layan ulangan citer Wadi Unung kat Astro Prima (Entah kali berapa aku tengok pun tak tau, tapi tiap kali ada ulangan mesti aku tengok gak). Jadinya seperti biasa bila aku bangun, Adik Fahim mesti bangun gak, minta susu pastu layan tengok tv gak.
Dalam kul 6.30 sambil aku bersiap dan siapkan adik Fahim, mulut aku dah start bising kejutkan Abang Faiz. Masa tu memang tak da respon. Kul 7 aku dah mula ugut2 nak tinggalkan dia sorang-sorang kat umah. Masa tu baru nak bangun. Tu pun bleh plak ge tengok kartun kat tibi. Huhuhu... Dah menyirap dah ni. Aku mula angkat beg dan ajak adik Fahim kuar umah. Masa tu baru terhegeh nak ge mandi. Yang tak tahan tu "Mama mandikan"... Sabar sabar...
Dah siap semua, nak masuk kete plak jadi masalah. Gaduh plak ngan adik Fahim... Sabar lagi...
Pastu singgah kedai hantar sarapan kat TTK. Kat kedai hal lain plak, mentang2 lah tu kedai bapak diorang macam2 di amik nya.. Sabar lagi....
Masa tu dah kul 7.30. Nak masuk keje kul 8 ni. Mana nak anta diorang ge Taska lagi.  Dah le orang yang bawak kete kat sini macam nak wat lawatan YB. 7.45 sampai taska. Kat Taska abang Faiz wat hal lagi. Nak bawak bolot air lah apa lah.. Masa tu kesabaran dah sampai ke puncaknya... Tapp... sedas kepitan ibu jari dan telunjuk kena kat pinggang Faiz... Apa lagi... Kuar lah air mata anak bujang itu...


Cubitanrasa: Huhuhu.. Tak best nye ari ni.

Yana Yassin I Birthday Giveaway

Member aku wat GA sempena besday dia. Bleh tengok kat sini. Soalan nya hadiah apa yang paling kita nak dan dari siapa.
So aku jawab ni.
Hariah yang paling diimpikan - Tiket tengok teater.
Dari siapa - Sesiapa saja yang sudi bagi.

 So nak tag insan-insan ini.

...:::Meh Layan Hindustan Jap:::...

Malam tadi aku layan citer ni ngan Faiz. Boleh tahan lah citernya. Santai je walaupun ada sedikit mengarut. Tapi tak penting semua tu, yang paling penting pengajaran yang kita dapat dari cerita tu. Apa yang ditekan kan dalah citer tu ialah:
1) Bila kita buat baik pasti balasannya pun baik juga
2) Kita jangan membalas kejahatan yang orang buat pada kita tapi balas lah dengan baik dan kasih sayang.


Sinopsis cikit:
Kisah seorang lelaki (Ranbeer) yang dijatuhkan hukuman menjaga 4 orang kanak2 kerana ibu bapa kanak2 itu telah meninggal akibat kemalangan yang disebabkan lelaki itu. Sekiranya kanak2 itu tidak dijaga dengan baik maka, Ranbeer akan dipenjara 20 tahun.
Kanak2 itu mengambil kesempatan untuk membalas dendam kerana kematian ibu bapa mereka. Pelbagai cara yang dilakukan agar Ranbeer marah dan dengan alasan itu Ranbeer akan dipenjarakan. Bagaimana pun disebalik itu, semua kanak2 itu tidak gembira dan meminta pada Tuhan agar diberi kebahgiaan.
Bermulalah ketidak logikan citer tu. Konon nya Tuhan yang mendengar rintihan mereka telah mengarahkan salah seorang malaikat nya (geeta) turun ke bumi untuk menyatukan Ranbeer dan kanak2 itu.
Banyak kisah suka duka yang dilalui mereka dan pelbagai magik yang digunakan oleh geeta untuk menyatukan mereka.
Seperti biasa citer ni happy ending. Dan Geeta ambil keputusan untuk menjadi manusia dan tinggal bersama mereka untuk selamanya...


Cubitanrasa: Cian kat TTK sebab tak dapat tengok bola Arsenal vs Malaysia. Sebab tak da live. HUHUHU

...:::Yea yea dah boleh bagi komen:::...

Yeehaa... Andre Andre....
Punyalah seronok sebab dah boleh bagi komen kat blog orang lain. Sebab sejak bape lama ni tak leh nak komen...

...:::Bila Harga Diri Telah Tergadai:::...

Situasi Petang Ahad..
Mr.TTK datang kedai dengan budak gomok. Tadi Mr.TTK balik rumah rehat makan tengahari. Yang jaga kedai Mrs.TTK dengan budak kurus.

Mr.TTK: Bu, gas tukar semua ke?
Mrs.TTK : Ye rrrr.......
Mr.TTK: Tadi rasanya 3 tong je yang kosong.  Tak tengok ke tadi masa budak tu tukar.
Mrs.TTK: Tengah potong ayam Kak Emy tadi. Dah budak tu kata tukar semua, ingatkan betullah semua kosong. Takkan dia nak tipu plak..

Keadaan makin hangat disitu. Mr. TTK mula mengomel sorang diri. Mrs. TTK hanya diamkan diri. Nak wat camna dah salah sendiri tak check betul-betul. Mrs. TTK ambik kunci kete terus cabut ngan anak-anak balik rumah. Lagi lama kat kedai lagi buruk padahnya. Huhuhu.

Situasi Tengahari Selasa

Dari dalam kedai sambil mesin kelapa, Mr.TTK nampak budak gas tu datang nak tukar tong gas. Cepat-cepat Mr. TTK pergi check baki gas yang tinggal, hmm ada tinggal satu lagi yang penuh, lepas tu sambung balik mesin kelapa.

Budak gas: Bang, tukar semua ye.
Mr. TTK : Hmm.. Tengok lah bape yang kosong.

Lepas proses tukar selesai budak gas datang bawak bil. Mr. TTK mula pasang perangkap.

Mr. TTK: Kenapa 5 tong, bukan ke 4 tong je yang kosong. Aku dah check tadi. Ari tu masa bini aku jaga pun ko buat macam ni.

Cepat2 budak gas tu tukar bil lain dan terus blah..... Mana tak nya kena sound depan orang ramai plak tu...

Ntahlah kan, betullah kata orang, sekarang ni Tuhan bayar cash je. Kalo ari tu budak tu tipu aku, semalam plak dia dimalukan.

...:::BERSIH yang kotor:::...

Assalamualaikum..
Hmmm.... semua dah sedia maklum dengan perhimpunan haram yang diadakan kat KL Sabtu lepas. Ramai yang dithan polis termasuk kanak-kanak... Wah kanak-kanak pun terlibat juga... Bagi aku itu semua adalah agenda politik busuk pihak tertentu.... Dan yang jadi mangsa ialah rakyat.... Aku tak faham apa yang mereka dapat dari perhimpunan tu... Yang pasti nama baik Malaysia dah tercemar.... Juga yang paling sedih bila majoriti yang terlibat adalah orang-orang Islam yang melaung-laungkan kalimah Allah....
Tak kisah lah siapa dalangnya tapi perbuatan tu betul-betul memalukan... Orang-orang kafir kat Barat nun duduk bersilang panggung sambil bertepuk tangan..."Hahaha tengok tu, kalau dah namanya orang Islam, kat mana-mana pun sama, perangai macam pengganas.".....

Cubitanrasa: Teringat kata2 sorang pakcik yang datang beli surat khabar mengutuk orang2 yang berkenaan,"orang lain sibuk nak maju kedepan, diorang sibuk nak mundur ke belakang".

...:::Haaaaa... Lega Rasanya:::....

sekadar gambar hiasan

Segala puji bagi Allah SWT... Setelah hampir berbulan-bulan bertungkus lumus menyiapkan kerja tu, akhirnya hari selesai juga. Macam-macam dugaan yang datang dalam waktu nak menyiapkan tugas tu. Dengan campur tangan pelbagai pihak yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses kerja tersebut.
Untuk sampai pada tarikh Exit Conference hari ni banyak pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. Berkali-kali brainstorming diadakan bagi mendapatkan satu keputusan yang jitu beserta bukti yang lengkap agar tiada pertikaian dimasa akan datang. Berlandaskan prinsip Win win situation, laporan yang dikeluarkan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Berkat rujukan yang dibuat dengan pihak yang lebih pakar serta nasihat agar sentiasa play saved supaya laporan yang dikeluarkan tidak menjerat leher sendiri.
Puji-pujian bagi Mu Tuhan pentadbir alam ini, kerana pihak yang diaudit dapat terima segala pandangan dengan terbuka.

Cubitanrasa: Inilah kerja aku sebagai pegawai audit... 

...:::Aku Minat Kat Diorang Ni:::...

Tetiba hari aku nak cerita pasal orang-orang seni ni. Aku suka tengok lakonan mereka berdua ni.


Beto Kusyairi
Aku mula minat dengan dia bila aku tengok drama Warkah Terakhir - Rosli Dhobi. Memang best cerita tu. Beto pegang watak utama sebagai Rosli Dhobi. Sekarang ni aku sentiasa mengikut perkembangannya. Dan drama lakonan yang sedang aku ikut sekarang cerita Juvana dan Cita dan Cinta (betul kot tajuk tu).


Ramli Hassan
Mesti tertanya-tanya kenapa aku boleh minat dengan pak cik ni. Sebab aku suka lakonannya. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut nya pasti meninggalkan kesan. Walaupun tak banyak drama atau filem dia, tapi setiap kali dia muncul, mesti besar impaknya.

...:::Faiz Cabut Gigi:::...

Assalamualaikum.
Semalam aku bawa Faiz ge klinik gigi... Seban dia selalu mengadu sakit gigi...... Kalau tengok pun memang ada bengkak kat gusi atas... Bila bawa ge jumpa doktor, doktor tu kata punca bengkak tu sebab kesan dari gigi reput Faiz yag rongak tu.... Lagi satu pesannya agar Faiz tak minum susu botol lagi..... Kalau ikut kan memang lah Faiz dah tak minum susu botol lagi tapi Faiz suka minum air milo pakai botol.... Huhuhu.... Dah banyak kali larang.....
Lepas doktor check gigi Faiz, dia menyarankan agar gigi Faiz dicabut. Tapi dia minta seseorang yang kuat untuk pegang Faiz bimbang dia akan meronta semasa proses rawatan bermula. Aku pun telefon TTK minta dia datang ke klinik. 10 minit kemudian, TTK sampai.
Maka proses rawatan akan dimulakan. Faiz diminta berkumur dulu sebelum rawatan. Mula-mula sekali, doktor tu sapu sejenis krim pada gusi Faiz, lepas tu Faiz disuruh berkumur lagi sebanyak 3 kali. Lepas 30 saat, Faiz dibaringkan atas kerusi. Doktor minta TTK pegang bahu Faiz dan aku diminta pegang kepala Faiz. Doktor mula menyuntik bius pada keliling gigi yang hendak dicabut. Selesai suntikan Faiz diarahkan berkumur lagi. Dan bermula proses cabutan gigi. Aku dan TTK diarahkan berada di posisi yang sama seperti tadi. Dalam masa 5 minit, kedua-dua batang gigi Faiz selesai dicabut. Tiada setitik air mata pun yang keluar dari mata Faiz, mungkin kesan dari bius tadi yang buatkan dia tak rasa sakit. Sebagai ganjaran aku bungkuskan Ayamas untuk Faiz.


cubitanrasa: kesian tengok Faiz nangis bila dia dah mula rasa sakit bila bius hilang...

...:::STANZA CINTA:::...


Malam tadi tengok citer Stanza Cinta kat TV3... Dah episod ke2 pun.. Dalam pada masa yang sama aku pun baca buku citer Stanza Cinta yang baru ku miliki..... Saja nak buat perbandingan... hehehe... Ada yang sama ada yang tak. Beza yang paling ketara sekali bila Cik Ainon ge jumpa bomoh untuk kenakan Amni... Kalau ikut citer dalam buku tak pun.... Tapi tak kisah lah tu.... Aku layan je citer tu....

Tapi.... Kalau ikutkan ending citer ni yang buku punya, si Irfan (Aaron Aziz) meninggal dunia.. Huhuhu...... Tapi tak pelah, nanti kita tengok kan aje apa kesudahannya....

cubitanrasa: Tak sabar nak tunggu citer Tahajjud Cinta jumaat ni...

Trip To Kedah.....part 2

k...... kita  sambung balik citer pasal ge Kedah..... Kami sampai Kak Kiah tempat kami tumpang tidur kul 5 lebih.... Kak Kiah tu sepupu TTK tapi mertua aku jaga dia dari kecik. Kira close gak r ngan dia. Bila samapi umah, dia ngan somi dia tak balik dari keje. Yang ada anak dara dia ngan sorang budak kecik. Rupa nya budak kecik tu anak jiran diorang. Tapi selalu tidur kat umah Kak Kiah.
Bila kak kiah balik, dia ngan somi dia terus prepare untuk makan malam kami. Yang buat aku terpegun bila tengok somi dia wat keje dapur. Memang cekap. Aku diharamkan menjejakkan kaki di dapur. Diorang suh aku duk je..... Huih...... Bapok boring nye.... Ape pun aku tinjau2 sat apa yang diorang nak masak... Pegh..... bila Kak Kiah citer pasal menu makan malam memang le aku terliur tapi lauk ayam tak da plak... TTK tu tak makan lauk ikan. So, sebelum aku kena temankan TTK makan kat luar, aku ngan selamber je minta Kak Kiah goreng ayam. Atas alasan anak-anak aku suka makan lauk ayam. Apa lagi somi Kak Kiah terus kuarkan ayam dari peti. Dia ingatkan tak da yang nak makan ayam.
Lepas selesai makan malam TTK ajak anak bujang Kak Kiah kuar tunjukkan jalan nak ge bank. Apa lagi kami pun nak ikut gak le, bleh pusing2 tengok bandar alor setar waktu malam. Kami ge Istana Anak Bukit. Bila nak bergambar je bateri plak kong. Spoil betullah......
Balik dari jenjalan ingatkan nak tengok tibi, tapi mertua aku dah buat port tido depan tibi. Dah tu tido awal plak tu. So kami anak beranak pun masuk bilik gak untuk beradu....Zzzzzzz....

cubitanrasa: tak leh nak tido malam tu, anak meragam.... Panasssssss......

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff