my nuff

...:::Bila Harga Diri Telah Tergadai:::...

Situasi Petang Ahad..
Mr.TTK datang kedai dengan budak gomok. Tadi Mr.TTK balik rumah rehat makan tengahari. Yang jaga kedai Mrs.TTK dengan budak kurus.

Mr.TTK: Bu, gas tukar semua ke?
Mrs.TTK : Ye rrrr.......
Mr.TTK: Tadi rasanya 3 tong je yang kosong.  Tak tengok ke tadi masa budak tu tukar.
Mrs.TTK: Tengah potong ayam Kak Emy tadi. Dah budak tu kata tukar semua, ingatkan betullah semua kosong. Takkan dia nak tipu plak..

Keadaan makin hangat disitu. Mr. TTK mula mengomel sorang diri. Mrs. TTK hanya diamkan diri. Nak wat camna dah salah sendiri tak check betul-betul. Mrs. TTK ambik kunci kete terus cabut ngan anak-anak balik rumah. Lagi lama kat kedai lagi buruk padahnya. Huhuhu.

Situasi Tengahari Selasa

Dari dalam kedai sambil mesin kelapa, Mr.TTK nampak budak gas tu datang nak tukar tong gas. Cepat-cepat Mr. TTK pergi check baki gas yang tinggal, hmm ada tinggal satu lagi yang penuh, lepas tu sambung balik mesin kelapa.

Budak gas: Bang, tukar semua ye.
Mr. TTK : Hmm.. Tengok lah bape yang kosong.

Lepas proses tukar selesai budak gas datang bawak bil. Mr. TTK mula pasang perangkap.

Mr. TTK: Kenapa 5 tong, bukan ke 4 tong je yang kosong. Aku dah check tadi. Ari tu masa bini aku jaga pun ko buat macam ni.

Cepat2 budak gas tu tukar bil lain dan terus blah..... Mana tak nya kena sound depan orang ramai plak tu...

Ntahlah kan, betullah kata orang, sekarang ni Tuhan bayar cash je. Kalo ari tu budak tu tipu aku, semalam plak dia dimalukan.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff