my nuff

...:::Bila Hormon Adrenalin Terlampau Tinggi:::...

Salam Petang Jumaat
Waktu rehat tengahari tadi aku singgah kat Tunas Manja sebab nak beli Pampers ngan susu adik Fahim. Lepas siap beli barang, aku singgah kat medan selera dalam Tunas Manja tu sebab nak beli nasi ayam untuk aku ngan TTK. So bila dah order, sambil tunggu siap adalah makcik 2 orang ni datang gak nak beli nasi ayam. Makcik2 tu nampak up to date lah. Tak macam makcik2 yang biasa tengok kat Temerloh ni.
Yang aku nak kaitkan dengan hormon adrenalin pasal makcik2 tu le. Dah le suara sikit punya kuat macam nak bagi tau satu Tunas Manja tu diorang nak makan nasi ayam. Dah tu bila diorang punya order dah siap, bising2 nak sayur lah, apa lah. Dah sah2 le kat dalam cermin kaca tu ada ayam kena gantung, tomato ngan timun je. Mana ada salad. aku hanya perhatikan je. Sebab aku nye order lambat siap. Tauke nasi ayam tu dahulukan orang nak makan dulu. Tak da hal lah tu.
Tapi lah kan korang penah tak hadapi situasi yang mana paras hormon adrenalin korang terlalu tinggi. Bersemangat semacam je. Sebab bila dah jadi maca tu, memang tak pikir orang lain dah. Aku bukan nak kutuk2 makcik tu, cuma aku rasa aku pun penah gak dalam keadaan macam tu. Terutama sekali bila terlampau seronok sangat.

Cubitanrasa: Selalu pogang prinsip borsodorhano dalam apo juo keadaan, tapi kengkadang terbabeh juo..

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff