my nuff

...:::Faiz Oh Faiz:::...

Salam Jumaat semua,
Hari ni macam biasa kul 5 pagi aku dah bangun. Wat keje rutin tiap pagi, sidai kain, lipat kain, wat sarapan, iron baju sambil layan ulangan citer Wadi Unung kat Astro Prima (Entah kali berapa aku tengok pun tak tau, tapi tiap kali ada ulangan mesti aku tengok gak). Jadinya seperti biasa bila aku bangun, Adik Fahim mesti bangun gak, minta susu pastu layan tengok tv gak.
Dalam kul 6.30 sambil aku bersiap dan siapkan adik Fahim, mulut aku dah start bising kejutkan Abang Faiz. Masa tu memang tak da respon. Kul 7 aku dah mula ugut2 nak tinggalkan dia sorang-sorang kat umah. Masa tu baru nak bangun. Tu pun bleh plak ge tengok kartun kat tibi. Huhuhu... Dah menyirap dah ni. Aku mula angkat beg dan ajak adik Fahim kuar umah. Masa tu baru terhegeh nak ge mandi. Yang tak tahan tu "Mama mandikan"... Sabar sabar...
Dah siap semua, nak masuk kete plak jadi masalah. Gaduh plak ngan adik Fahim... Sabar lagi...
Pastu singgah kedai hantar sarapan kat TTK. Kat kedai hal lain plak, mentang2 lah tu kedai bapak diorang macam2 di amik nya.. Sabar lagi....
Masa tu dah kul 7.30. Nak masuk keje kul 8 ni. Mana nak anta diorang ge Taska lagi.  Dah le orang yang bawak kete kat sini macam nak wat lawatan YB. 7.45 sampai taska. Kat Taska abang Faiz wat hal lagi. Nak bawak bolot air lah apa lah.. Masa tu kesabaran dah sampai ke puncaknya... Tapp... sedas kepitan ibu jari dan telunjuk kena kat pinggang Faiz... Apa lagi... Kuar lah air mata anak bujang itu...


Cubitanrasa: Huhuhu.. Tak best nye ari ni.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff