my nuff

...:::Selamat Hari Raya:::...

Salam semua,
Hari ni last keje. Pasni cuti 9 hari. Pergh bapok lah bestnya... Mesti tempat keje kengkawan ada yang lengang sekarang sebab orang dah mula balik kampung. Tapi kat opis Ain penuh lagi. Sebab semua yang keje kat sini orang local. So diorang tak kalut nak lik kampung. Walaupun Ain bukan orang sini tapi setakat balik Bahau dari Temerloh lebih kurang dua jam je. Hehehe...
Ain nak ambil kesempatan disini nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Ain minta maaf dari hujung tudung sampai hujung sarung kaki. Sesungguh nya yang baik tu adalah kurniaan Allah SWT dan mana yang kurang adalah dari kelemahan Ain sebagai hambaNYA.


Riang Hati Tidak Terkata
Bulan Syawal Bakal Menjelma
Sepuluh Jari Disusun Keampunan Dipinta
Moga Mensuci Dosa Yang Lama

Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Hamba Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Sembilan Hari Lagi Kita Jumpa Lagi.

...:::Oiii! Tak Puasa Ke?:::...

Salam Ramadhan kengkawan semua. Hari ni Ain tak nak ceghabih panjang. Cuma nak tanya kengkawan lah kan. Kalo nampak orang tak puasa, apa yang kengkawan buat?

a) Terus jerkah orang tu "Oii tak pose ke? " sampai orang sekeliling dengar. Pastu pi citer plak kat orang lain bagi tahu sipulan bin sipulan tak pose.

b) Pergi tanya baik-baik nape tak pose. Pastu bagi nasihat supaya jangan makan depan orang ramai.

c) Hanya pandang dari jauh sebab bersangka baik. Yelah kan kalo pompuan mungkin dia uzur dan kalo lelaki mungkin kena gastrik ke.

Oklah kengkawan. Fikir2kan lah. Bye...

...:::Kanser Oh Kanser Part 2:::...

Sambung lagi citer pasal kanser ni. Jumaat lepas ada orang MAKNA darang opis wat taklimat pasal MAKNA. Diorang nak minta sumbangan untuk MAKNA sekali. Diorang citer lah cikit2 pasal MAKNA dan kemudahan2 yang ada kat MAKNA tu. Jadinya bila dah habis taklimat adalah soal jawab. So Ain tanya lah kut2 orang MAKNA tu ada wat kajian nak tahu punca2 kanser tu.


Diorang kata punca utama kanser tu belum jumpa lagi. Tapi kajian terhadap pesakit kanser yang diorang dah buat, diorang bleh wat rumusan yang punca kanser adalah kerana cara hidup dan makanan. Yang buat kita orang terkejut antara makanan yang disebut ayam (macam ain cite sebelum ni), ikan ngan sayur.

                                           

Ayam tu sebab kena inject bagi besar. Tu semua orang tahu. Ayam kampung je paling selamat dimakan.


                                                 




Sayur sebab baja kimia yang digunakan. Nak bersihkan nya kena rendam ngan air garam 5 minit. Tu pun semua orang tahu.

                                          

Yang orang kurang tahu pasal ikan. Nape ikan pun bleh termasuk dalam kategori tu. Orang MAKNA tu cakap kalo ikan sungai atau ikan yang kita pasti dari laut tempatan tak jadi masalah. Yang kita kena hati2 ialah ikan import. Sebab untuk bagi ikan import ni tahan lama, diorang akan awetkan dulu. Bahan pengawetnya sama ngan bahan yang awet mayat tu. Pastu orang MAKNA tu cakap lagi yang ikan yang jual kat pasar harian tu kebanyakannya ikan tempatan. Ikan import biasanya ada kat pasaraya2 besar.

Aduyai... Payahnya... Nak makan pun kena hati2.

Cara nak mengatasi kanser antaranya
  • minum air masak banyak2
  • bangun tidur sebelum gosok gigi terus minum air masak (sebab air liur basi tu ada enzim yang bleh buang sisa toksik dalam badan
  • lebihkan makanan beralkali macam buah-buahan
  • dan amalkan minum jus brokoli 3 kali seminggu (jus tu pahit tapi jangan letak gula, tapi bleh letak madu atau jus oren)
Ok lah kengkawan.. harap info yang Ain sampai kan ni dapat menambahkan lagi pengetahuan kengkawan semua. Dan di bulan Ramadhan ni sama2lah kita beramal jariah untuk menderma bagi membantu pesakit kanser.

...:::Blogwalking Sebelum Raya:::....

 Cik Lulu wat segmen lagi. So Ain tak lepas kan peluang ni. Kata Cik Lulu, tujuan segmen ni untuk senangkan kita wish Selamat Hari Raya. Klik kat link yang join segmen ni.

So, Ain ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan yang sudi jalan-jalan kat blog Ain ni. Sayang kengkawan semua.

...:::Aku Tak Cantik:::...

Salam Semua.
Hari ni dah masuk 22 hari kita berpuasakan.. Moga diberi kesempatan oleh Nya untuk sampai ke akhir Ramadhan.. Insyaallah.
Tadi Ain ada selak-selak surat khabar. Tertarik ngan satu page ni. Pasal soal jawab. Yang bertanya tu tersangat lah rendah diri. Dia rasa diri dia tak cantik dan tak yakin dia boleh dapat suami. Yang menariknya dia kata dia benci dengan wanita tua yang berwajah muda. Tapi dalam persoalan tu  tak de plak dia citer nape dia benci sangat ngan wanita tua yang berwajah muda tu. Maybe dia ada kenangan pahit tertentu kot.
Mungkin semasa dia menulis surat tu dia berada dalam keadaan yang tertekan. Cuba kalo dia berfikir waras dan tenang. Tak semua lelaki yang memandang pada kecantikan. Kalo lelaki tu lelaki yang baik tentu dia akan memilih hati dan akhlak yang baik. Dan bila dia mengeluh tentang kekurangan diri seolah-olah dia mempertikaikan takdir Allah untuk nya. Sepatutnya dia harus bersyukur sebab ada lagi yang lebih hodoh dari dia.
Tapi Ain rasa sebagai manusia biasa dia mungkin akan tertekan dengan keadaannya tambahan lagi bila manusia JIJIK yang memberi gelaran yang tidak baik kepadanya. Moga Allah SWT membalas semua kata-kata nista manusia JIJIK tu. Mungkin itu semua dugaan Allah untuk menguji sejauh mana kesabarannya dalam memhadapi dugaan Allah.

...:::Terima Kasih Ayah:::...

Salam Semua
Hari ni Ain nak kongsikan sesuatu yang Ain copy dari blog adik Ain. "Adik, Kak Long copy k, nanti Kak Long bagi duit raya lebih... ".

Terima Kasih Ayah

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..
Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa yang kita tak tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

...:::Senyum Cikit:::...

  Semalam Ain cuti sebab Pahang amik cuti Nuzul Quran. So bila dah cuti Ain kena jaga kedai. Bagi can kat TTK berehat. Jadi nya sepanjang jaga kedai tu, macam2 karenah customer yang ada. Ada yang peramah, ada yang pendiam, ada yang manis senyumannya dan ada gak yang muka ketat... Tapi tu tak jadi hal kat Ain as long as diorang berbelanja kat kedai Ain itu pun dah ok. Tak kisah lah kalo diorang datang ngan muka yang macam mana pun.
  Tapi sebagai manusia biasa kekadang tercuit gak rasa hati yang boleh menimbulkan kemarahan, kegeraman, kemeluatan dan kemenyampahan.. (hehehe... ada ke perkataan tu... belasah jelah). Ada antara customer yang datang tapi tak da arah.. Baru nak pikir beli apa.. Dah dekat nak bayar, baru sibuk nak suh potong ayam lah, nak mesin kelapa lah.. Ada gak jenis yang banyak songel, dah potong ayam, tak nak yang ada lemak lah, buang kulit lah... Ada gak yang jenis tak menyempat, datang kemudian tapi nak kita serve dia dulu... Huhuhu...
  Kredit untuk customer yang tahu apa yang dia nak, kalo dia nak barang yang memerlukan khidmat kita macam potong ayam atau mesin kelapa dia akan bagi tau awal2. Pastu dia boleh cari barang lain sendiri. Dah siap semua boleh terus bayar...
   Apa pun, tak bleh complain depan2 customer, sebab customer is the king... So sabar jelah layan karenah diorang...

...:::Risau, Risau, Risau:::...

Salam Semua,
Hari ni ada benda yang bemain dalam kepala otak Ain ni dari celik mata pagi tadi sampai sekarang. Risau ngan keadaan negara sekarang... Cewah macam memteri plak... Tapi betul... Sebagai rakyat biasa yang lebih suku abad duk kat dunia ni, terasa sangat peralihan zaman yang bergerak pantas ni. Tapi kengkawan mesti kata tu perkara biasa. Tapi tak bagi Ain. Banyak benda yang Ain risaukan sejak akhir-akhir ni.

Mula-mula sekali pasal keselamatan. Tiap2 hari mesti ada citer orang kena bunuh. Yang tak best tu, kena bunuh ngan ahli keluarga sekali... Dah trend sekarang kalau bunuh orang memang tak da maaf punya... Dikerat2, dibakar... Huuh  ngeri.. Cite pasal budak hilang, hmmm jangan cakap lah... Kalo dulu masa kecik2 tak da pun citer macam ni. Citer pasal kerat orang jarang sekali.  Kalo ada pun, citer pasal Mona Fendy kerat orang. Tu je.

Pastu pasal penakhlukan plak.. Hak orang melayu mula dah ada yang berani pertikaikan, Ada yang berani nak ubah Perlembagaan. apa semua tu. Dulu mana ada yang berani wat semua tu. Yang paling sedih bila agama Islam juga diperkotak katik kan oleh poliTIKUS-poliTIKUS yang berkeliaran di 'Kabinet Dapur' mereka. Yang terbaru tentang orang Islam di gereja dan larangan menggunakan pembesar suara di Masjid.. Apa semua tu. Kalo semua ni berterusan tak tau lah apa nak jadi ngan Malaysia ni yang kononnya negara ISLAM.

K lah kengkawan, tu je yang mampu terluahkan. Kang lebih2 ada yang kena masuk jail plak.

...:::Rilex Sebentar Mau Promote Blog Anda:::...



Salam Semua... Hari ni untuk permulaan Ain join segmen lagi. Ain tau segmen ni dari Eddy DCE. Saja2 lah klik link yang dia bagi. Tetiba tengok blogger tu orang Temerloh daaa...... Apa lagi Ain join ngan kasi follow sekali le... Pada kengkawan yang nak join sekali bleh klik banner tu k.. Muahhhhhh......

...:::Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan:::...

4.00 pagi Bangun


Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur -
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanaka n juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.


Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

...:::Kanser Oh Kanser:::...

Salam Ramadhan Semua,
Sabtu baru ni Ain ngan family balik Padang Piol untuk buka pose ngan mertua. Kebetulan plak kak chik dan kak da pun ada. So bila dah kumpul ada je lah topik yang dibincangkan. Kali ni citer pasal kanser plak...
Bukan citer pasal sapa yang kena kanser, tapi punca2 kanser.
Kalau sebelum, penyakit kanser dikaitkan dengan keturunan. Tapi sekarang tidak lagi. Kebanyakan punca kanser adalah makanan.
Kak chik kata kita kena lebihkan makanan yang beralkali dan kurangkan makanan berasid. Antara makanan beralkali, sayuran, buahan dan IKAN. Makanan berasid plak macam AYAM dan DAGING. Fuh.... Sib baik Ain tak berapa nak teruja sangat nak makan AYAM tu. Lebih suka makan ikan.
Detail pasal jenis makanan ni, Ain akan bagi tahu kemudian. Tunggu email dari Kak Chik.


Cubitanrasa: TTK suka makan AYAM.. Risau gak ni

...:::Mereka Hanya Menutup Bahagian Pusat Hingga Kaki:::...

Salam semua,
Ain ada beli buku. Bertajuk 'Pengembaraan Ibn Battutah'. Jadinya Ain nak sangat berkongsi ngan kengkawan semua apa yang Ain dapat dari buku ni.. Mana yang menarik, Ain akan tulis dalam blog ni.. Sudi-sudikan lah menimba pengetahuan ini.

Kaum Wanita Kepulauan Maldives
Kaum wanita di sini tidak menutup kepala mereka. Begitu juga sultanah-sultanah kepulauan Maldives yang turut mendedahkan rambut. Rambut mereka disikat dan dikumpulkan di satu sudut. Kebanyakan meraka hanya memakai kain sarung yang menutup bahagian pusat hingga kaki, sementara bahagian badan yang lain dibiarkan terdedah. Dalam keadaan sedemikianlah mereka berjalan di pasar dan ditempat-tempat lain.
Seseorang mudah untuk berkahwin di kepulauan ini kerana nilai mahar atau mas kahwin yang rendah dan juga disebabkan kemesraan kaum wanitanya. Kebanyakan orang tidak menetapkan jumlah mahar terlebih dahulu. Hanya nama-nama saksi yang dicatat dan mahar yang bersesuaian dengan kedudukan wanita tersebut dibayar. Apabila kapal berlabuh diperlabuhan, banyak anak kapal yang berkahwin. Ketika meninggalkan kepulauan itu, mereka pun menceraikan isteri mereka. Perkahwinan sedemikian merupakan sebahagian daripada perkahwinan muta'ah kerana kaum wanita disini tidak akan meninggalkan negeri mereka sama sekali.
Suami akan dilayani oleh isterinya sendiri tanpa mewakilkan tugas tersebut kepada orang lain. Isterilah yang membawa makanan, menghidangkannya sendiri, membasuh tangan suami, menyediakan air untuk berwuduk dan menutup kakinya dengan kain sebelum tidur. Mengikut adat disini, isteri tidak makan bersama-sama suaminya. Suami pula tidak tahu apakah yang dimakan oleh isteri.

Cubitanrasa: Tulisan diatas tidak meliputi keseluruhan tajuk... Hanya yang dirasakan menarik saja yang dikongsikan.

...:::Spontan Di Hari Khamis - "Atuk, Saya Penat Ni".:::...

Salam Semua,
Seperti yang pernah Ain citekan sebelum ni pasal nenek Ain yang telah meninggal dunia Ahad lepas, ada citer menarik rentetan dari kesibukan dalam menguruskan jenazah. Kisah tentang Abang Faiz, hero Ain yang sulung.
Boleh dikatakan hampir setiap proses pengurusan jenazah, Abang Faiz ada. Boleh tahan gak rasa ingin tahu anak kecil itu.
Proses Mandi Jenazah
Memang Abg Faiz sungguh nak tengok jenazah moyangnya dimandikan. Sampai kepala dia berdarah pun dia tak sedar. Huhuhu... Masa dia nak datang tengok kepala nya terkena bucu tingkap. Adik Ain, Dian nampak Faiz kena tingkap tu, tapi Faiz tak nangis. Dia hanya gosok sikit dan terus datang peluk Ain. Mungkin nak dapatkan kasih ibu untuk merawat kesakitan... Cewah... Sebab ketinggian Faiz tak mencukupi untuk dia tengok apa yang jadi dalam takung tempat mandi tu, dia masuk rumah dan panjat kusyen, tengok dari tingkap. Adik Ain, Shirah nampak dan minta Faiz turun dari kusyen tu, masa tu baru perasan, darah mengalir dari kepala. Huhuhu... Punya lah cemas... Tapi Faiz selamba je... Bertuah betul...

Proses Memakai 'Pakaian Baru"
Masa ni Faiz ada terlibat secara langsung. Tolong mak lang dia pegang tirai untuk tutup jenazah semasa proses pakaian baru. Dia pegang dari awal hingga selesai. Sib baik dia tak jerit "Nape moyang jadi pucong"....

Perjalanan Ke Tanah Perkuburan
Pada masa ni Faiz hanya ikut Atuk je. Mana Atuk ada disitu ada Faiz. So, untuk ke kubur, kena jalan kaki lebih kurang 1/2km. Sebelum van jenazah bergerak, Atuk ngan Faiz dah jalan dulu. Belum pun sampai setengah jalan, Faiz cakap kat Atuk, "Atuk, Saya penat ni'... Atuk yang memang paham dah karenah cucu dia tu pun dukung lah cucu tu sampai ke kubur... Bertuah bertuah...


Cubitanrasa: Adik Fahim tak terlibat sama sebab dia tidur,,,

...:::Ben Ashaari Ajak Kenal Blog Ini # 2:::...

Salam Semua,
Wah...... Ain join segmen BA lagi. Seperti tujuan segmen ini diadakan iaitu untuk mendapat kenalan baru sama lah juga ngan tujuan Ain join segmen ni.
Ain dapat tau segmen ni melalui Blog BA sendiri, sebab Ain follow. So kalo kengkawan nak join gak, bleh klik banner kat atas.

Siapa AIN1914
Ain seorang isteri, ibu kepada dua anak, anak sulung dari 5 adik beradik, kakitangan gomen, duk kat Temerloh.
Mula blog pada 22 April 2010. Atas sebab tertentu, berenti tulis blog dan sekarang kembali aktif.. Hahaha..
Blog Ain ni bukan citer pasal hal peribadi je, tapi macam-macam. Apa saja yang terlintas, terbaca, tertengok atau apa-apa ter lagi lah yang Ain rasa boleh dikongsikan dalam blog ni.
Url blog ni - http://www/ibuamirulpunyeblog.blogspot.com
Ibu Amirul adalah kerana Ain ibu kepada Amirul Faiz dan Amirul Fahim....
Ok. Itu serba sedikit tentang Ain yang Ain bleh share ngan kengkawan semua.
Selamat Berkenalan Semua...

Review Blog - Bleh Klik banner atau url untuk terjah blog

1.
Memang comel. Kalo tak tengok sapa yang tulis, mesti ingat pompuan yang empunya blog ni. Tapi yang sebenar blog ni milik seorang lelaki... Pilihan warna yang mendamaikan...

2. http://mhzmc.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html

Cooollllllll.... ala-ala macam laman web radio gitu... tapi jangan keliru... banyak slot yang ada yang boleh dikongsikan... memang coollllll

3. http://www.nadzrie.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html

Background yang mendamai kan... Hijau gitu...
Entry dalam blog ni tak terhad pada 1 topik je... ada macam2...

4. http://laman-ayahsu.blogspot.com/

Blog Ayah Su atau pemilik nya bernama Azam.. Kalo nak tau info pasal alam flora bleh terjah blog ayah su... segala jenis poko yang kita tau rupa tapi tak tau nama dan kebaikannya... blog ayah su best.....

5. http://lulu-pages.blogspot.com/

Antara blog yang Ain paling suka, hampir semua entry dia Ain baca... Sebabnya... Entry Lulu pasal berita semasa... Rugi wooooo... kalo tak baca... Lagi satu blog Lulu memang comel...

6. http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html

Blog yang baru Ain follow.. Background penuh ngan gambar... Baru tau yang mak dara ni artis rupanya...  Salam Perkenalan Mak Dara

7. http://ena-fuzz.blogspot.com/2011/08/segmen-ben-ben-ashaari-ajak-kenal-blog.html

Memang sempoi blog cik adik ni... ringkas ... tak sesak...

Rasa nya tu aje yang termampu... Pada yang sudi jengah blog Ain ni...
Terima Kasih Daun Keladi,
Kalo Sudi Jengok Lah Lagi...

...:::Wordless Wednesday:::...

Salam Semua,
Hari ni Ain nak kongsikan email yang Ain dapat untuk renungan semua...













...:::Pergi Nya Tak Kembali Lagi:::...

Illa ilas tuli firdausi ahla....
Doa taubat berkumandang di corong telefon ku yang telah ku jadikan sebagai deringan untuk kejut ku dari mimpi. Berkumandang untuk kali ke 3 tepat pada jam 5 pagi. Ku matikan deringan itu, dan serentak itu lagu Cukup Sekali nyanyian JJ mengalunkan irama nya menandakan ada panggilan masuk. Rupanya panggilan dari adik Dian. Kusangkakan hanya panggilan biasa untuk mengejut sahur tapi rupa perkhabaran sedih yang ku terima. Satu-satunya nenek yang ku ada telah kembali rahmatullah... Innalillah wa innalillahirajiun...
Suami ku kejut dan ku maklumkan tentang hal itu. Sesudah sahur dan selepas selesai semuanya, kami mulakan perjalanan ke Kg. Seri Sendayan. Dan tepat 9 pagi kami sampai. aku masuk ke rumah dan lihat jenazah nenek terbaring kaku. Dikelilingi adik2 ku serta sanak saudara yang kusyuk membaca surah Yassin. Ku tinggalkan seketika untuk bertemu dengan ibu ku serta sanak saudara yang lain.
Setelah itu, ku kembali untuk menyertai adik2 ku. Kain yang menutup wajah nenek ku singkap. Wajahnya tenang seperti sedang lena diulit mimpi. Tapi ada kain kusam yang menutup lubang hidungnya. Rupanya ada cecair hitam yang tak berhenti keluar. Kapas belum ada lagi. Tunggu sepupu pergi beli kapas. Wajah nenek ku tutup kembali. Surah Yasin ku hadiah kan untuk nenek.
Selesai bacaan Yasin, sepupu lelaki menghulurkan kapas. Wajah nenek ku bersihkan dan hidungnya ku letakkan kapas. Dengan harapan cecair tadi akan berhenti.
Tiba saat jenazah dimandikan, ku hanya membantu mana yang perlu. Selain orang yang diamanahkan untuk memandikan jenazah seramai 4 orang dan ditambah dengan adik beradik perempuan ibu ku seramai empat orang, kukira sudah cukup untuk urusan itu. Ku hanya memerhati dari satu sudut dan menghulurkan keperluan yang diperlukan untuk proses itu. Selesai dimandikan, cucu lelaki dikerah untuk mengangkat jenazah nenek dari tempat mandi ke ruang rumah untuk dipakaikan "pakaian baru".
Sebagai cucu perempuan yang pertama, ku cuba lunaskan tanggungjawab ku dengan sebaiknya. Membantu mana yang perlu dalam proses memakaikan "pakaian baru" nenek. Kapas putih di balut ke seluruh anggota badan. Dibalut dengan sempurna. Setelah itu kain putih disarungkan dari paras pinggang hingga bawah. Kemudian sehelai lagi yang ku lihat telah dibentukkan seperti baju disarungkan. Diikat dengan kemas. Dan tangan dikiamkan semula. Selesai itu, dua helai kain digunakan sebagai penutup kepada. Kain pertama dililitkan dari atas hingga bawah kepala. Dan kain kedua disarungkan. Setelah puas hati, barulah proses terakhir dimulakan. Lapisan pertama dibalut. Selesai itu, air mawar direnjis kan ke jenazah. Setelah itu lapisan kedua yang telah diletakkan kapur barus menutup keseluruhan jenazah. Ku lihat 5 helai kain kecil seperti tali telah tersedia. Mula2 sekali hujung kaki diikat, lutut, punggung, dada dan sebelum tali terakhir iaitu dibahagian kepala diikat, anak-anak dan kaum keluarga yang lain dipanggil untuk menatap dan mengucup nenek untuk terakhir kalinya.
Setelah 3 kali AlFatihah dibacakan bermulalah perjalanan nenek ke alam lain. Dan semoga dengan keberkatan Ramadhan ini, roh nenek tenang bersemadi dan sentiasa dicucuri rahmat... Amin....


...:::Blog Ku Memang Lawa Di Mata Lulu Caldina:::...

Salam Semua,
Hari ni Ain join segmen baru plak... Segmen anjuran Lulu Caldina... So sesapa yang nak join bleh klik kat banner k...
So cakap pasal Lulu ni, Ain tau pasal blog ni bila Ain join segmen Ben Ashaari. So bila dah tukar2 blog ni, Ain follow blog si Lulu Caldina, blog dia memang comel. Part yang paling best sekali, tak yah susah2 nak selak surat khabar sebab kat blog Lulu ni memang citer pasal isu semasa yang terkini... nak citer pasal eksiden, gosip artis, berita sukan pun ada.... Cayalah...
Untuk segmen "Blog Ku Memang Lawa Di Mata Lulu Caldina" ni, saja nak cuba nasib walaupun sedar blog Ain tak lah lawa mana pun... Tapi lepas join banyak segmen ni, fikiran Ain terbuka tentang dunia blog, yang paling best dapat ramai kenalan.
Ok lah, kengkawan sume jangan lupa klik banner tu tau....
Bye...

...:::Jumaat Yang Haru Biru:::...

Assalamualaikum...
Huhuhu, baru dapat jenguk blog semula... Tiga hari tak jenguk rindu plak rasanya... Ekceli hari ni Ain baru naik keje setelah cuti 3 hari... Gulp... Nape plak 3 hari, sebab Jumaat lepas Ain cuti. Kecemasan.
Pagi tu lepas siap2 semua nak keje ngan sekolah, ain start JKX macam biasa, tetiba alarm bunyi. Alamak nape plak ni, bila try start lagi sekali, langsung tak leh... Just kuar bunyi tik tik tik je... Sah bateri kong.. Adus... Pagi2 dah buat hal plak... So Ain call TTK bagi tau apa yang jadi. TTK suh minta tolong sesapa hantar ge kedai. Ain ge umah Kak Ayu, jiran depan umah. Sib baik Kak Ayu tak kuar lagi. Dengan jasa baiknya, Kak Ayu sudi hantar Ain ke kedai.
Sampai je kedai, TTK bawak hero2 Ain balik umah tengok keadaan JKX. Tak lama lepas TTK datang kedai balik ngan bawak beg sekolah hero2 Ain. TTK kata Ain kena cuti. Huhuhu...
TTK hantar hero2 ge sekolah naik van. Ain kena jaga kedai... Uhhh Penatnya...
Lepas hantar hero2 ge sekolah, TTK terus balik rumah tengok JKX. Sib baik lah TTK ada kemahiran pasal kete. Kata TTK kepala bateri penuh ngan karbon. So dia curah air panas ngan tambah air bateri...Syukur JKX dah bleh start... Kalo tak kena tuka bateri baru... Huhuhu...

Cubitanrasa: Mood bercerita agak kureng, serombong tersumbat...

...:::Hilang, Seorang Isteri Perlukan Bantuan:::...

Salam Ramadhan Semua....
Baru sat ni dok tengah BW... Terbaca entry ni dari blog yang yang Ain follow gak... Terdetik dihati untuk sama-sama membantu...
Citer nye camni, seorang isteri mengadu bahawa suami nya hilang. Kejadian berlaku pada 2 Ogos baru ni. Si suami keluar rumah pada jam 3 pagi untuk check kereta. Lepas tu tak masuk rumah balik... Maknanya dia hilang sehelai sepinggang... Jadi pada yang prihatin tolong war-warkan pada yang lain. Nak tau lebih detail klik gambar k.



...:::Segmen - Singgah Sahur Pucukandubi

Salam Semua...
Bulan pose ni aktiviti join segmen tetap diteruskan...
So Ain join le segmen ni..
Hmmm. best gak kalo dapat makan ulam pucuk ubi cicah ngan sambal kicap... Pergh... Pose-pose cite pasal makan plak... Kalo kengkawan nak join sekali klik banner tu k...

...:::Konflik Dalam Jiwanya:::...

Salam Ramadhan...
Segala puji bagi tuhan pencipta alam kerna masih mengizinkan Ain bernafas lagi hari ini. Hari ni ain nak bercerita kisah hero Ain yang dua orang tu.

Adik Fahim
Malam tadi adik Fahim demam. Badan dia panas... Tapi bukan pada tahap yang merisaukan... Telah tuala basah kat kepala, lap sikit badan dia... pastu suh dia tido.. pastu orang yang suh dia tido tu pun tertido gak... Masa tu baru kul 8.30...Hahaha... Sib baik kul 12.30 terbangun balik... Selesaikan yang Wajib, masak nasi ngan masak air. Masa tu adik Fahim pun bangun gak.. Dia nak tengok tv ngan nak susu... sambil dia layan botol.. Ain gantikan pampers ngan pakaikan baju... Sebab masa dia tido awal tadi dia pakai one piece je.. (pampers)... Dah siap semua, ajak dia masuk bilik dan sambung tido...

Abang Faiz
Dari hari pertama kita puasa, tiap hari Faiz kata dia nak pose.. Ok lah kan.. Dia pun dah paham konsep puasa tu macammana... Tapi tak de nya nak pose.. Sebelum ge sekolah singgah kedai papa amik jajan... Hahaha... Tapi yang menjadi kerisauan Ain sekarang setiap pagi Faiz menyatakan hasratnya untuk tidak ke sekolah... Macam ada sesuatu yang jadi kat sekolah... Bila Ain tanya kenapa, dia diam je... Dan sejak akhir2 ni dia selalu pukul adik... Macam lepas geram... Huhuhu... Kena siasat ni...

...:::SMS Ucap Selamat Berpuasa:::...

Segala Puji Bagi Tuhan Pencipta Alam, hari ni hari kedua kita semua mengambut Ramadhan... Ain nak kongsi ngan kengkawan sume beberapa sms yang Ain dapat menjelang Ramadhan Ahad lepas.

1. Salam... Nama saya Syaa'ban... Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda... Insyaallah tak lama lagi besama isterinya iaitu REZEKI dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur & Iftaar... Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan... Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines... Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda! Insyaallah... Amin...

2. Sebelum cahaya syurga terpadam, sebelum hidup ini berakhir, sebelum pintu-pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan menjelang lagi, ku mohon ,maaf zahir & batin. Maaf atas pertuturan ku yang tidak terjaga, janji-janji yang terabaikan, hati yang kadangkala berprasangka, dan sikapku yang pernah menyakitkan, maafkan kekhilafanku. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

3.Doa Jibrail bila tiba Ramadhan, "Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika
i) Tidak memohon maaf pada ibu bapa
ii)Tidak bermaafan suami isteri
iii)Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya."
Rasullullah pun mengaminkan doa tersebut sebanyak 3 kali. Selamat menyambut Ramadhan Almubarak

4. Rasulullah SAW selalu memberi khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan,
"Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka" (HR Ahmad)
Salam Ramadhan Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Rasullullah bersabda lagi :
Sekiranya umatku tahu apa yang terkandung dalam bulan Ramadhan, pasti mereka mahukan sepanjang tahun itu bulan Ramadhan" (riwayat At Tabrani)

5. Bersyukur kerana masih sempat bertemu Ramadhan lagi. Tapi kita tidak tahu apakah kita sempat hingga akhirnya. Sama-samalh kita bermaafan dan selamat berpuasa.

6. Perkataan yang cantik "Allah", lagu yang merdu "Azan", Novel yang menarik "Al-Quran", Senaman yang baik "Sembahyang", Diet yang mujarab "Puasa", Selamat menyambut Ramadhan.

7. Sentiasalah SETTING niat, UPGRADE Iman, DOWNLOAD sabar, UPLOAD usaha, DELETE dosa, UPDATE doa & TOP UP Ilmu supaya dapatlah REDEEM pahala banyak-banyak. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa

Sama-samalah kita hayati....

...:::1 Ramadhan 1432H:::...

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan Semua... Segala Puji Bagi Tuhan Pencipta Alam sebab Ain masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan mulia ni... Dengan Izin Allah, Ain akan cuba ambil kesempatan dibulan mulia ni sebaik-baiknya...
K lah, Ain nak citer apa yang jadi hari Jumaat malam, Sabtu ngan Ahad baru ni.

Jumaat Malam Sabtu
Kak Mie n family ngan Dik Ji n family singgah rumah. Sebab diorang dalam perjalanan nak balik Padang Piol. Diorang bagi tau dah last minute so Ain masak jelah yang biasa2 je. Mi Goreng Basah. Risau gak takut masakan tak sedap. Tambahan plak yang makan tu Kak Mie, pakar masak tu. Alhamdulillah sib baik sedap... (hahaha diorang yang kata).

Sabtu
Seperti yang dirancang Sabtu lepas Ain sekeluarga balik ke rumah mertua untuk berkumpul dengan adik beradik yang lain.  Tapi Ain balik dah petang le.. Sebab paginya TTK nak buka kedai dulu... So dalam kul 4 baru sampai Padang Piol... Sampai kat sana, nampak Kak Chik tengah ajar Along (anak Kak Mie) matematik. Sebab tahun ni Along nak PMR. Jadinya untuk perjumpaan  kali ini itulah antara isu yang hangat dibincangkan. Tentang persediaan Along untuk PMR. Bila nampak kesungguhan ibunya, Ain plak yang naik gerun, takut Along tertekan.
Dalam kul 5 lebih Kak Da n family plak yang datang... Baru start wat bakar2 ayam.... Kak Bani tak sampai lagi sebab dia kena balik rumah nak packing baju hubby dia. Hubby dia nak ge perak malam tu. Jadinya bila dah ada 3 akak ipar (K.Da, K.mie, K.chik) yang bakar ayam, Ain ngan Nuri (bibik k.chik) duk dalam rumah wat air asam ngan kerabu tembikai.. So, tak de lah sesak sangat kat luar tu kan..
Malam tu Ain bermalam diPadang Piol... Sebelum tidur, semua kerumun tengok gelagat Adik Fahim ngan Adik Amani (anak Dik Ji).... Memang mencuit hati, bila kedua anak lucu tu tidur baru semua masuk ke tempat tidur masing2.

Ahad
Pagi tu, kul 6.15 pagi Ain n family dah gerak balik ke Temerloh sebab TTK nak buka kedai. Tu pun kira lambat sebab ikut plan kami nak kuar awal lagi... tapi ngantuk punya pasal... huhuhu... Sib baik mood TTK ok... So bila sampai rumah, TTK amik van untuk ke pasar, Ain plak terus ge amik surat khabar, pastu ge buka kedai...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff