my nuff

...:::Pergi Nya Tak Kembali Lagi:::...

Illa ilas tuli firdausi ahla....
Doa taubat berkumandang di corong telefon ku yang telah ku jadikan sebagai deringan untuk kejut ku dari mimpi. Berkumandang untuk kali ke 3 tepat pada jam 5 pagi. Ku matikan deringan itu, dan serentak itu lagu Cukup Sekali nyanyian JJ mengalunkan irama nya menandakan ada panggilan masuk. Rupanya panggilan dari adik Dian. Kusangkakan hanya panggilan biasa untuk mengejut sahur tapi rupa perkhabaran sedih yang ku terima. Satu-satunya nenek yang ku ada telah kembali rahmatullah... Innalillah wa innalillahirajiun...
Suami ku kejut dan ku maklumkan tentang hal itu. Sesudah sahur dan selepas selesai semuanya, kami mulakan perjalanan ke Kg. Seri Sendayan. Dan tepat 9 pagi kami sampai. aku masuk ke rumah dan lihat jenazah nenek terbaring kaku. Dikelilingi adik2 ku serta sanak saudara yang kusyuk membaca surah Yassin. Ku tinggalkan seketika untuk bertemu dengan ibu ku serta sanak saudara yang lain.
Setelah itu, ku kembali untuk menyertai adik2 ku. Kain yang menutup wajah nenek ku singkap. Wajahnya tenang seperti sedang lena diulit mimpi. Tapi ada kain kusam yang menutup lubang hidungnya. Rupanya ada cecair hitam yang tak berhenti keluar. Kapas belum ada lagi. Tunggu sepupu pergi beli kapas. Wajah nenek ku tutup kembali. Surah Yasin ku hadiah kan untuk nenek.
Selesai bacaan Yasin, sepupu lelaki menghulurkan kapas. Wajah nenek ku bersihkan dan hidungnya ku letakkan kapas. Dengan harapan cecair tadi akan berhenti.
Tiba saat jenazah dimandikan, ku hanya membantu mana yang perlu. Selain orang yang diamanahkan untuk memandikan jenazah seramai 4 orang dan ditambah dengan adik beradik perempuan ibu ku seramai empat orang, kukira sudah cukup untuk urusan itu. Ku hanya memerhati dari satu sudut dan menghulurkan keperluan yang diperlukan untuk proses itu. Selesai dimandikan, cucu lelaki dikerah untuk mengangkat jenazah nenek dari tempat mandi ke ruang rumah untuk dipakaikan "pakaian baru".
Sebagai cucu perempuan yang pertama, ku cuba lunaskan tanggungjawab ku dengan sebaiknya. Membantu mana yang perlu dalam proses memakaikan "pakaian baru" nenek. Kapas putih di balut ke seluruh anggota badan. Dibalut dengan sempurna. Setelah itu kain putih disarungkan dari paras pinggang hingga bawah. Kemudian sehelai lagi yang ku lihat telah dibentukkan seperti baju disarungkan. Diikat dengan kemas. Dan tangan dikiamkan semula. Selesai itu, dua helai kain digunakan sebagai penutup kepada. Kain pertama dililitkan dari atas hingga bawah kepala. Dan kain kedua disarungkan. Setelah puas hati, barulah proses terakhir dimulakan. Lapisan pertama dibalut. Selesai itu, air mawar direnjis kan ke jenazah. Setelah itu lapisan kedua yang telah diletakkan kapur barus menutup keseluruhan jenazah. Ku lihat 5 helai kain kecil seperti tali telah tersedia. Mula2 sekali hujung kaki diikat, lutut, punggung, dada dan sebelum tali terakhir iaitu dibahagian kepala diikat, anak-anak dan kaum keluarga yang lain dipanggil untuk menatap dan mengucup nenek untuk terakhir kalinya.
Setelah 3 kali AlFatihah dibacakan bermulalah perjalanan nenek ke alam lain. Dan semoga dengan keberkatan Ramadhan ini, roh nenek tenang bersemadi dan sentiasa dicucuri rahmat... Amin....


3 comments:

hyazz said...

innalillahhiwainnailaihirajiun...
bersabar ain.. insyaalah dia ditempatkan bersama org2 yg beriman..

ain1914 said...

Insyaallah Hyazz

Gen2Merah said...

al-fatihah.. semoga rohnya bersama orang2 yang beriman ya..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff