my nuff

...::: Ko Kalo Nak Mati Pun, Mati Sorang-sorang Lah:::...

Salam semua...
Malam tadi Ain kuar makan ngan TTK... So bila dah duduk pastu pelayan kedai tu pun dah amik order... adalah datang satu brader ni... dia ge kat satu family yang tengah duk makan tak jauh dari meja kami makan... masa tu dia tengah hisap rokok... tak de hal lah tu... dia duk jauh sikit... lepas family tadi tu blah... dia duk kat meja sebelah meja kami makan... brader tu hisap sambung hisap sebatang rokok lagi... bila member dia datang dia borak jap... dia hisap rokok lagi...
Yang buat ain panas tu... bila dia tak sedut asap rokok tu, rokok tu dia pegang pastu tangan dia arah ke meja kami... Dah macam reaksi yang Ain buat nak tunjukkan yang asap rokok tu mengganggu kami nak makan... Tapi brader tu buat bangang jer... Nak je Ain sound jer brader tu... Tapi TTK suh sabar je... Huh... Bleh plak kan... sudah nya makan malam kami terasa hambar sangat dek kerana asap rokok lelaki kurang ajar tu... nak menambahkan kekurang ajaran brader tu... selamber badak dia je buang puntung rokok tu bawah meja tempat dia duduk... Eeeee... memang jenis tak sekolah punya manusia....

...:::Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform:::...



Salam semua,
Hari ni Ain nak mulakan entry Ain ngan join segmen cikgu Kancil ni... Dah nama pun cikgukan... mestilah segmen pun pasal sekolah gak kan.... kuikuikui...
So kali ni segmen pasal pengalaman semasa perkhemahan unit beruniform...
Ain ada dua pengalaman... satu masa sekolah rendah... satu lagi masa sekolah menengah

Sekolah rendah

Nama sekolah : Sek. Keb.Kepis (F), Negeri Sembilan
Badan Uniform : Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
(Sekolah yang tentukan, tak best langsung... masa tu nak sangat masuk pengakap)
Tempat perkhemahan : Kat padang sekolah je
Tahun :1993 (Tahun 6)
Kenangan perkhemahan : Kena wat persembahan, menari lagu hindustan.... hehehe

Sekolah Menengah

Nama sekolah : Sek. Men. Batu Kikir, Negeri Sembilan
Badan Uniform : Pengakap
(Masa ni bleh pilih sendiri badan uniform, hehehe, best sangat)
Tempat perkhemahan : Serting Hilir ngan Jeram Tengkek
Tahun : 1995 (Tingkatan 2)
Kenangan Perkhemahan : Kena jerit bagi arahan kawat, bagi satu padang dengar... sib baik suara memang kuat...

Kalo masa sekolah tu jelah perkhemahan yang ain join... kalo zaman politeknik....hhmmmm.... berlambak... kekekeke

...:::Alahan Ketika Hamil:::...


Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira. Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian. Sekiranya alahan kita serius sila dapat rawatan doktor.


contohnya muntah yg berterusan dan teruk ... akan menyebabkan badan kehilangan air yg banyak..doktor akan memasukkan air jika perlu.

Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal. Kebanyakan wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya.

contoh alahan.

1. Muntah-Muntah Dan Loya Di peringkat awal kehamilan,
kebanyakan wanita mengalami loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit. Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja. Pada kebiasaannya ia reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya. Ketika keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil. Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu dengan segera. Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak benar.Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

Ain - Sedang mengalami nya sekarang... Bukan waktu pagi je. Tapi kali ni sepanjang hari,, huhuhu penatnya...

2. Kulit Perut Pecah Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur.
Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak. bagi mengataasi masalah ini saya gunakan cocoa butter yg boleh diperolehi di farmasi seluruh negara. amalkan menyapu cream ini setiap kali selepas mandi di seluruh kawasan perut terutama bahagian ari ari. kalau boleh sapu semasa usia kandungan masih kecil supaya rekahan dapat dielakkan. dan elakan dr menggaru perut. kerana perut selalu rasa gatal. ini akan menyebabkan kesan strech akan kekal.

Ain - Kena cari cocoa butter tu cepat.... Yang dua sebelum ni memang jadi macam tu...

3. Bisa Hati /pedih ulu hati
Seringkali juga wanita yang hamil mengalami bias hati atau gastric. Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perutnya. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati. Masalah ini mudah diatasi dengan meminum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan berdikit-dikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.
masalah ini nampak kecil..tapi bila dia datng .. fuhh memang sakit betul... seperti luka yg diperah asam limau. memang saya bergantung pada ubat klinik dari usia kandungan 6 bulan hingga sekarang. makan sikit pun tidak memberi kesan....

Ain - Untuk yang dua sebelum ni tak penah lak rasa... minta2 yang kali ni pun tak juga lah

4. Urat Kaki Timbul
Masalah urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua factor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan salurand arah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat. Masalah ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku dalam varicose veins dan ini adalah membahayakan kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita memakai elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika menjalankan tugasnya juga dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil. Jika boleh ia dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.

Ain - Yang ni pun tak penah jadi... sebab jarang biarkan kaki tergantung... kalo duk kat ofis ada kotak bawah kaki, kalo tido pun mesti ada bantal bawah kaki...

5. Bengkak Kaki
Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau anda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.

Ain - penah kena sekali masa ngandung Faiz. Tu pun sebab duk lama sangat dalam kete... tapi kejap je bengkak kaki tu


6. Tangan Kebas
Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.

Ain - Pun tak penah kena gak yang ni

7. Sakit Pinggang Dan Belakang
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Ain - Huhuhu yang ni dari awal ari tu dah kena... sakit wooo... tak leh duk atas lantai....

8. Tegang Otot Cramps
atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

Ain - Yang ni biasa kena masa tido dalam keadaan sejuk... sakit sangat sampai nangis huhuhu..

9. Sembelit
Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.

Ain : Yang ni tak bape pasti, tapi tak da kot sebab suka makan buah ngan minum air banyak2 masa pregnant...

rujukan dari sini

...:::Spontan Di Hari Khamis:::...

Yang ni Ain dengar kat radio masa on the way nak ge keje tadi...

" Perempuan Jatuh Cinta Dengan Apa yang Didengar
Lelaki Jatuh Cinta Dengan Apa Yang Dilihat
Sebab tu lah
Perempuan Menipu Dengan Make Up
Lelaki Menipu Dengan Kata-kata"

Kengkawan setuju ke?????

...:::Sonang Kojo Den:::...

Dari pagi tadi berkira2 nak masak apa petang ni... Hmmm... Plan nak wat ayam masak kicap, air asam tomato, goreng tauge cikit pastu nak wat sambal ikan kembung (tekak teringin nak makan). So baru sat ni tipon TTK. Tanya dia balik awal ke ari ni... Sudah semestinya... ada game kan... Malaysia lawan Jepun kul 7..
So ingatkan nak terus pesan barang untuk masak petang ni.... Tapi TTK kata petang ni nak makan Nasi Goreng Kampung je... Hahaha... Sonang bai tu...



Tapi nak wat gak sambal ikan kembung tu sebab teringin sangat... Sebab time2 macam ni apa saja yang terlintas di fikiran untuk ditelan, mesti dicari atau suh orang buat atau buat sendiri... hahaha...

...:::Rabu Tanpa Kata:::...


RAYA 2011

...:::Anak Nak Masuk Lapan Tapi....:::...

Selamat Petang Semua,
Tengahari tadi Ain dengar ulang Sinar Pagi kat radio Sinar lah kan... Ada sorang caller ni, dia kata dia tengah risau sebab laki dia nak kawin lagi satu... Pastu Ain ingatkan dia sedih ke kecewa ke sebab laki dia nak kawin lain rupa nya dia ok je. siap cakap bakal bini laki dia tu cantik... apa lagi K.E yang tak bape nak suke ngan isu tu tanya lah anak dia dah bape orang... Akak tu cakap anak dia nak masuk 8 orang. Maknanya dia tengah pregnant lah kan...

Mulanya Ain menyumpah gak. "Tak guno punyo jantan... Anak dah meghombik pun nak kawin lain... Tak konang jaso bini langsung,"

Pastu pujuk diri sendiri "Ntah2 laki ea tu goma 'main kudo' gak eh, tu yang bini eh dah lotih, sobab tu bagi laki eh kawin lain... kikikiki..",

Kalo camtu lah keadaannya... maknanya laki dia tu ikutkan sangat nafsu gajah dia tu... Huhuhu...

...:::Kalo Rasa Dah Tak Sayang Nyawa Sekali Pun... Jangan Mati Depan Kete Aku:::...

P/S - Penggunaan bahasa dibawah adalah diluar kebiasaan... Harap Maaf....

Pergh...... Ko baik punya cilok... kejap kiri kejap kanan, kejap tepi kejap tengah, selamber mak labu ko je lalu celah2 lori tu... kot ye pun ko bawak cia tak yah nak tunjuk ex sangat... yang cia kat belakang ko tu pun satu hal gak... dah le pakai suar ketat baju sendat tak cukup kain... sengaja je lentik2 badan sampai nampak segala lurah... bukannya naik RXZ pun... EX5 je... nampak sangat bagi jantan ko tu rasa semua...

Kengkawan penah tak nampak situasi camtu... Ain selalu nampak... Yang jadi isu nya sekarang yang tengok tu bukan Ain sorang je... Penumpang2 kecil Ain ni pun nampak gak...

"Eee... Mama, nampak B***** dia. Tak malu..."

...:::Prihatin ke Menyibuk:::...

amik dari google
 Balik dari Seremban semalam lalu ikut PLUS pastu KL.
 Kuar dari tol Seremban dah jem.  Rupa2nya ada eksiden tapi kete yang eksiden tu dah ke tepi pun... Jalan still jem lagi... Semua pakat slow nak tengok kete apa yang eksiden...
Sampai Nilai jem lagi... pun disebabkan eksiden gak dan kete yang kena pun dah ketepi... tapi macam tadi gak... Semua pakat nak tengok... Yang herannya kete yang eksiden tu kat laluan lagi satu.... Tapi "prihatin" punya pasal... semua nak tengok... Bencinya...

...:::Jalan-Jalan Hujung Minggu:::...

Salam Semua,
Apa yang kengkawan buat masa cuti hujung minggu baru ni. Cuti 3 hari kan. Takkan tak de aktiviti yang menarik... Walaupun duduk rumah... mesti ada benda yang kengkawan buat kan...
Cuti tiga hati baru ni, Ain ge jalan-jalan...Kuikuikui...

Hari Jumaat
Hari berehat2 dan kemas umah cikit2, jaga kedai.

Hari Sabtu
Pagi tu kena jaga kedai dulu, bagi TTK rehat kat umah a.k.a jaga anak kat umah. Sebab lepas ni TTK kena drive. Petang tu dalam kul 3.30 kami nak bergerak ke Sendayan sebab kenduri tahlil arwah nenek. Tetiba adik Ain, Nadia call tanya bleh tak amik dia ngan Yan kat Kepis sebab kete ayah rosak, so ayah guna kete kancil diorang balik sendayan... Agak tegang seketika masa tu... Sebab Ain plan nak ge Sendayan ikut KL. Lepas bincang ngan TTK, TTK setuju untuk pusing ikut Kepis dulu baru ke Sendayan... So perjalanan agak panjang lah... Bertambah panjang lagi bila jalan jem dari Kg Serting ke Batu Kikir sebab ada orang buat jalan... Jadinya dekat kul 6 baru sampai Kepis. Rehat kejap solat ngan makan. Sib baik ada lauk kenduri orang sebelah umah... Kalo tak memang le adik2 Ain kena ge beli something untuk dimente... Sebab kita orang memang lapar masa tu... Hehehe... Lepas gitu gini kul 6.30 baru gerak ke Sendayan.. Kat kul 8 baru sampai. Tapi tahlil tak mula lagi.... Lepas abis tahlil kul 10.00 sepeti yang dirancang Ain, TTK, anak2, Yan, Shirah ngan kawan dia gerak nak ge I-City Shah Alam... Yang best semua orang yang dalam kete tu tak tau jalan nak ge tempat tu. So bila dah sampai Shah Alam masing-masing mula bersms ngan kengkawan masing tanya direction... Bila dah buntu TTK berenti dan tanya orang kat situ... Masa tu dah kul 11 lebih dah... Bila dah confirm kami terus ge I-City.. Walaupun dah tengah malam still ramai orang dan berpusing-pusing cari parking. Bila dah dapat parking bermula aktiviti jalan-jalan di I-City. Cadangnya nak pergi snow walk tapi dah lewat sebab dah nak tutup. Lagi pun kena bayar lain... Huhuhu...Tak mo lah... Kopak poket i... Hehehe... So kami pergi ke tempat permainan kanak-kanak.. TTK cuba nasib nak tangkap itik.. Ain plak layan anak-anak naik ketapi... Diorang jelah yang naik ngan maksu n friend.. Ain ngan Yan tunggu kat luar...
Lepas 2 3 mainan yang anak2 main ain ajak diorang ge tengok lampu plak.... dan berjalan untuk ke parking kete... sempat gak belikan anak-anak barang mainan.. On the way nak ge parking kete ada plak orang main burung kakak tua... nampak macam garang burung tu... tapi Si Fahim sibuk nak bagi burung tu makan naget.. Huhuhu... Jenuh gak pujuk dia.. Sebab dia nak gak bagi 'ayam' tu makan...
Lepas amik gambar kat replika binatang kami terus balik... Tapi Fahim still tak leh lupa kan 'ayam' dia tu... Huhuhu... masa tu dah kul 1 pagi... So sepanjang perjalanan balik hanya TTK yang masih celik sebab dia kena bawa kete... yang lain termasuk Ain.. Hmmmm dah sampai umah adik Ain kat Labu baru celik mata... hehehe...

Hari Ahad
Sebelum Ain nak balik Temerloh, kami satu family ge beraya kat umah Mak Ngah (kakak ayah) kat Taman Angsamas kat Mambau. So ramai lah yang pergi.. Mak, Ayah, Ain, TTK, Faiz, Fahim, Ima, SK (Suami Ima), Aniq, Yan, Shirah n Friend. Yang tak de Nadia je. Sebab dia keje... Huhuhu.. Pas makan tengahari Ain, TTK n anak2 balik dulu sebab perjalanan kami masih jauh... Huhuhu...

Cubitanrasa: Kempunan nak makan set breakfast Mcd, huhuhu

...:::Tom Yum Goong Buatkan Membuatkan Adrenalin Bertambah Pada Tahap Maksimum:::...

Salam semua,
Malam tadi Ain ngan TTK tengok cite Tony Jaa ni kat Astro Citra... Perhgg... Memang gile lah.... aksi dalam tu buat jantung berdebar-debar. Pastu susah nak tido. Hehehe. Bila dah dapat tido asyik mimpi pasal gajah sampai pagi.
Pada yang tak sempat tengok kat bawah ni ada sinopsis citer tu. Tapi dalam bahasa omputih lah. Sebab Ain cedok dari google. Kuikuikui... Yang pasti pasni mesti cari DVD citer ni....








Kham is the last of a family line of guards who once watched over the King of Thailand's war elephants. He grows up forming close relations to his elephant, Por Yai and his calf, Kohrn. During Songkran festival, the elephants are stolen with help from Mr. Suthep, a local MP and his son who are collaborating with elephant poachers. Kham discovers that they are in the hands of Johnny, a Vietnamese gangster who runs a Thai restaurant named Tom Yum Goong Otob in Sydney, Australia.


Kham arrives in Sydney, and is stalked by the police as soon as he leaves the airport. He is eventually caught by Inspector Vincent and driven away in Mark's car. When the car stops outside Tom Yum Goong Otob, Kham sees Johnny leaving. He escapes and finds Johnny talking to Pla, a prostitute. Kham follows a minion as he jumps off a bridge. He takes that gangster out and manages to coerce another to lead him to Johnny's hideout, interrupting a drug deal. Outraged, Johnny summons countless extreme sports enthusiasts, who arrive to fight Kham. Kham defeats them one by one, and finally faces a quad bike rider, whom he takes down as well.

Exhausted, Kham falls asleep in an alley. Pla brings him to her apartment. In his sleep, he dreams of an epic battle involving war elephants and the Jaturangkabart, the elephant protectors. When Pla leaves, Kham wakes up to the sound of police sirens, and climbs down a pipe to make his escape.

Mark and Rick are taken off the case and re-assigned to provide security for the Police Commissioner's meeting with Mr. Sim. In that meeting, Pla acted as a hostess girl to the two men. During the meeting, Mr. Sim and the Commissioner are murdered. The murder is instigated by Vincent, who kills Rick and puts the blame on Mark. Mark escapes, but is later captured. Pla manages to escape, taking a camera phone that contains evidence of the murder with her. She is saved from the police by Kham. Pla reveals that she used to be a waitress at Tom Yum Goong Otob. Since Johnny and his men took over the management, it has been awful for all those who work there. She reveals a secret VIP area in the back of the restaurant.

With Pla's help, Kham enters Tom Yum Goong Otob. He fights his way into the VIP area and reaches the dining hall at the top. Kham demands, "Where are my elephants?" and is met with the laughter of Johnny and his men. Johnny taunts Kham with Kohrn's bell. This enrages Kham and he fights and defeats his opponents. He enters the storage area, containing various exotic animals ready to be butchered and eaten. Kham finds and frees Mark and Kohrn, escaping minutes before the police arrive. Meanwhile, Madame Rose is made the new leader of the Chinese gang after she murders two other possible successors.

Inspector Vincent initiates a search for Kham and Mark, who are hiding in a Buddhist monastery. Soon after their departure, the monastery is set on fire. But then Kham returns, and he defeats a fierce Capoeira fighter and a Wushu sword fighter. However, his third opponent, a giant wrestler, proves way too much for Kham. When the police arrive, he flees with Mark. By morning, Kham goes on his way. Mark is discovered by several policemen and sent to deal with Inspector Vincent, whom Pla has revealed to be the murderer.

Kham arrives at a conference hall where Madame Rose is having a press conference. Kohrn runs in, scaring off everyone while Kham engages the gangsters. He later finds Kohrn in an elevator lobby, where Vincent threatens to shoot him. Mark suddenly arrives on the floor in an elevator and disarms Vincent, killing his men. He beats Vincent up while insulting him. Suddenly, Johnny enters and kills Vincent, telling Mark that he has come to settle the score before leaving.

Kham finds himself with Kohrn in a huge room, and he is shown the skeleton of Por Yai, encrusted with jewels as a gift to Madame Rose. Her men then attack Kham, and he attacks them more brutally than previously seen, by breaking many of the men's arms and legs. The wrestler from the monastery is called in, along with three others. Kohrn is thrown through a glass wall, and Kham is knocked into the elephant ornament, causing two leg bones to fall off. Kham ties them around his arms and uses them as clubs to knock the wrestlers out. The two bones then splinter into two sharp fragments. Remembering something his father told him, Kham uses the splinters to sever the tendons of the wrestlers, who fall quickly. He stops Madame Rose before she can escape in a helicopter, and the two crash through the roof and land in the room. Madame Rose is knocked unconscious, while Kham's fall is cushioned by the tusks of Por Yai.

Back in the lobby, Mark is shown Pla, and forgiven by his boss, Inspector Lamond. He is given a new partner who speaks Thai. Mark is then interviewed by a reporter about Kham. Finally, a narration from Mark is heard, with scenes of Kham's childhood shown. Mark explains that Thai people treat elephants like they are their brothers, and they hate people who hurt them. Thais love peace, but dislike people who take liberties. Kham is finally reunited with Kohrn.

...:::Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR:::...



Salam semua, ni segmen pertama Ain join lepas raya ni. Pengalaman semasa hadapi peperiksaan UPSR.
Mula2 sekali nak ucap terima kasih banyak pada Cikgu Norafizan Abu Bakar - Cikgu BM, Cikgu Shaharudin Said -Cikgu Mate dan Cikgu Khairizah (ye kot. tak bape nak ingat) - Cikgu BI.
Ain amik UPSR tahun 1993 (hahaha, bleh kira bape umur Ain sekarang) kat Sekolah Kebangsaan Kepis Felda. Serius cakap masa amik peksa masa tu tak de apa2 perasaan. Biasa je. Mungkin sebab cikgu masa tu bagi kelas tambahan gile2 punya. Ada je masa terluang mesti ada kelas tambahan. Pagi petang siang malam ada kelas. Latihan tubi ngan ujian rasanya hari2 buat. Begitu lah usaha dan kerja keras cikgu masa tu untuk memastikan anak murid berjaya.
Jadinya bila sampai hari peperiksaan, apa yang perlu dipastikan kelengkapan alat tulis cukup. Yang specialnya masa tu sebelum masuk dewan peksa cikgu bagi pensil 2B seorang 2 batang. Siap asah tajam2 lagi. Slip peksa pun cikgu yang pegang. Masuk je dewan, slip peksa dah ada atas meja masing2.
Selalunya bila dapat kertas jawapan yang kena tanda ngan pensil 2B tu, kita kena tandakan angka giliran dan maklumat lain kat atas kertas tu kan. Tapi masa Ain nak amik UPSR tu, tak yah sibuk nak wat semua tu. Kertas jawapan yang ada atas meja tu dah siap bertanda ngan Angka Giliran. Begitu lah rajinnya cikgu2 masa tu.
Alhamdulillah berkat usaha dan doa ibubapa dan cikgu2, Ain dapat 4A dalam UPSR. Masa tu ada 5 orang yang dapat 4A. Selain Ain tahniah juga buat Iruan Shah Sohaimi, Ainul Aizat Ghazali, Norsharin Azmi dan Latifah Abd Rahman.

...:::Hargai Mereka Ketika Masih Ada - Kisah 1:::...

Di suatu sudut di ruang dapur.
Kak Non sedang sibuk menyiang ikan patin dan ditemani anak saudara Ila yang membantu menyiapkan bahan untuk menyediakan hidangan ikan patin masak tempoyak. Dicelah-celah bunyi ketukan parang di papan pemotong dan alu bertemu lesung, Kak Non memulakan perbualan.
"Kak dah abis belaja kan, lepas ni kak nak sambung lagi ke terus keje?"
Ila tidak terus menjawab, mata nya tertancap pada susuk tubuh yang terbaring kaku diatas katil diruang tamu rumah.
" Kak tak pikir lagi  Mak Tam, sekarang ni Kak nak jaga mama dulu. Kalo kak keje ke sambung belajar ke sapa nak jaga mama, papa keje, adik2 sekolah lagi'
Tergenang air mata Kak Non mendengarkan luahan anak saudara nya.
" Kalo camtu tak pelah kak. Kak jaga mama tu. Keje bila2 masa bleh minta kan. Mungkin berkat kak jaga mama tu ada rahmat besar yang tunggu kan, sabar ye kak"
"Aaaaaargh...... aaaargh......!!!!" terdengar erangan dari ruang tamu rumah.
"Jap Mak Tam ea, Kak nak tengok mama jap. Mama nak minum air kot."
Terkocoh-kocoh Ila bangun sambil menyapu punggung nya dan pergi memdapatkan mamanya. Dan Kak Non hanya menghantar dengan ekor matanya disamping hatinya berdoa agar anak sebaik Ila mendapat keberkatan dari Allah SWT.

...:::Moga Begitu Adanya Buat Selamanya:::...

Semalam, masa nak balik rumah ngan anak2, adalah orang jual aiskrim selang 2 buah rumah dari rumah Ain. Alaaa... orang yang jual aiskrim naik moto tu. Mula nya Ain nak slow kan kete bagi penjual aiskrim berlalu dulu. Tapi ada plak suara halus kat belakang. "Mama, nak elim,". Rupanya adik fahim nampak penjual aiskrim. So, nak tak nak kena lah beli aiskrim tu. Tapi bukan Ain yang pegi beli tapi abang Faiz. Bagi duit kat dia. Malangnya bila abang Faiz nak ge beli, penjual tu kata, aiskrim dah abis. Tapi abang Faiz tak berganjak dari tempat tu. Tambahan plak adik Fahim pun ikut abang dia sekali. Mungkin kesian tengok wajah anak2 kecil tu, penjual aiskrim sedaya upaya mengorek aiskrim dengan skop aiskrim, bila dah penuh satu, dihulurkan pada abang Faiz. Ain sangkakan bila dah dapat aiskrim tu abang Faiz akan terus makan tapi sebaliknya telah berlaku. Aiskrim yang pertama tu dihulurkan kepada adik Fahim. Terkedu seketika Ain pada masa tu. Bila dapat aiskrim yang kedua, kuantiti aiskrim yang ada dalam dalam kon tu kurang sedikit dari adik Fahim punya. Tapi abang Faiz tak merungut pun. Terima kasih kepada penjual aiskrim tu sebab aiskrim tu tak perlu dibayar.
Jauh disudut hati Ain mendoakan kasih sayang antara dua beradik ni takkan putus hingga akhir hayat mereka.

...:::Dah Salah... Mintak Maaf Je Lah Kan:::...

Opppsss... Apa cer... tetiba cite pasal salah ngan maaf plak ni... Huhuhu...
Sebenar benda ni baru jadi kat Ain tadi... Citer nye cenggini...
Ain kena anta anak sedara ge stesen bas. Dia nak naik bas kul 11. Punya lah leka kat ofis, tengok jam dah kul 10.30. Cuak gak.. Sempat ke nak anta ni.  Nak ge amik dia kat kedai pastu nak anta ge stesen bas plak. Jadi nya dalam terkocoh2 tu bila kuar dari kawasan ofis  Ain langgar laluan 'No Entry' sebab dekat ngan pintu kuar. Hanya angkat tangan ngan sengih je kat guard tu.
Bila dah selesai semua (sib baik sempat sampai stesen bas sebelum kul 11), Ain balik ofis semula. Bila dah siap parking kete, pastu nak naik ofis lah kan. Nampak ada guard datang. Ingat kan dia nak wat lawatan biasa kat tempat parking tu, rupanya nak sound Ain sebab langgar No Entry. Guard tu mula lah baca kitab kat Ain. Kata nanti bleh langgar ngan kete lain lah, pastu dia kata Ain bawak laju lah. So, apa yang Ain bleh wat, diam jelah. Bila dia dah abis, Ain minta maaf je lah. Tak guna pun bagi tau dia kenapa Ain buat salah tadi kan. Sebab bagi Ain kalau dah salah tetap salah lah. Tak kira apa alasan yang sebabkan kita wat salah kan...
So sebagai pengajarannya Ain tak nak lalu No Entry lagi... Huhuhu

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff