my nuff

...:::Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR:::...



Salam semua, ni segmen pertama Ain join lepas raya ni. Pengalaman semasa hadapi peperiksaan UPSR.
Mula2 sekali nak ucap terima kasih banyak pada Cikgu Norafizan Abu Bakar - Cikgu BM, Cikgu Shaharudin Said -Cikgu Mate dan Cikgu Khairizah (ye kot. tak bape nak ingat) - Cikgu BI.
Ain amik UPSR tahun 1993 (hahaha, bleh kira bape umur Ain sekarang) kat Sekolah Kebangsaan Kepis Felda. Serius cakap masa amik peksa masa tu tak de apa2 perasaan. Biasa je. Mungkin sebab cikgu masa tu bagi kelas tambahan gile2 punya. Ada je masa terluang mesti ada kelas tambahan. Pagi petang siang malam ada kelas. Latihan tubi ngan ujian rasanya hari2 buat. Begitu lah usaha dan kerja keras cikgu masa tu untuk memastikan anak murid berjaya.
Jadinya bila sampai hari peperiksaan, apa yang perlu dipastikan kelengkapan alat tulis cukup. Yang specialnya masa tu sebelum masuk dewan peksa cikgu bagi pensil 2B seorang 2 batang. Siap asah tajam2 lagi. Slip peksa pun cikgu yang pegang. Masuk je dewan, slip peksa dah ada atas meja masing2.
Selalunya bila dapat kertas jawapan yang kena tanda ngan pensil 2B tu, kita kena tandakan angka giliran dan maklumat lain kat atas kertas tu kan. Tapi masa Ain nak amik UPSR tu, tak yah sibuk nak wat semua tu. Kertas jawapan yang ada atas meja tu dah siap bertanda ngan Angka Giliran. Begitu lah rajinnya cikgu2 masa tu.
Alhamdulillah berkat usaha dan doa ibubapa dan cikgu2, Ain dapat 4A dalam UPSR. Masa tu ada 5 orang yang dapat 4A. Selain Ain tahniah juga buat Iruan Shah Sohaimi, Ainul Aizat Ghazali, Norsharin Azmi dan Latifah Abd Rahman.

5 comments:

Kancil 8349 said...

As Salam,

terima kasih kerana sudi join segmen Kancil..

wah...bestnya guru Ain...mereka penuh bertanggungjawab menjaga anak - anak muridnya...

tahniah dari Kancil

Eera Shera said...

salam kenal. saya join gak segmen ni. bagus ek cikgu2 tu. senang keje anak2 murid.yela budak2 lagi kan. bukan peka sangat..hehe

http://eerashera.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html

yayath said...

wahh:)tahniah dapat 4 A kak:)hehe

Kancil 8349 said...

Assalamualaikum...

Kancil dah buat entri khas untuk blog ini...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/entri-khas-mereka-yang-menghargai-jasa.html

ciK LyndaWawa said...

oo kakak la ni...tahniah2...we wit...=]

saya terjah di sini..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff