my nuff

...:::Adab-Adab Berdoa:::...




Salam Jumaat Semua... Hari ni Ain nak kongsi sikit ilmu untuk panduan kita semua...

Antara adab berdoa uang perlu dijaga untuk mendapat doa yang makbul

1. Berdoa dengan penuh keikhlasan pada Allah
2. Memulakan dengan pujian kepada Alllah dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi s.a.w. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah.
3. Menutup doa dengan pujian kepada Allah san selawat kepada Nabi s.a.w juga.
4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri bahawa Allah akan memakbulkannya.
5. Berdoa dengan kusyuk, tadharru' dan disertai perasaan rahbah dan raghbat.
6.. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua belah tangan.
7. Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah. Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak.
8. Sentiasa berdoa dalam apa jua situasi sama ada ketika senang atau susah.
9. Tidak berdoa untuk kecelakaan dan memutuskan silaturahim.
10. Tidak berdoa di tempat maksiat.
11. Merendahkan suara
12. Berdoa dengan mengucapkan 'Ya Rabb' sebanyak 3 kali.
13. Menghadap kiblat.
14. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
15. Berdoa dalam keadaan wuduk.
16. Mengakui dosa yang dibuat, menyesalinya dan bertaubat serta beristigfar kepada Allah.
17. Tidak bersajak ketika berdoa jika hanya bertujuan untuk memperindahkannya kepada pendengar,
18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna.
19. Menyeru Allah swt dengan nama-nama Nya yang mulia iaitu al- Asmaul Husna.
20. Bertawasul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.
21. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram.
22. Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil mungkar.
23. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain.
24. Menghimpunkan kesemua anak jari melainkan ibu jari.
25. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
26. Mengaminkan doa yang dibaca.

...::: Duit nya Seratus Je Tapi Kecoh nya Macam Nak Dapat 1 Juta:::...

Salam semua...
Wah wah wah... dah le lama tak jenguk blog... tetiba nak buka isu plak kan... kengkawan mesti tau pasal pemberian RM100 untuk pelajar sekolah... Ari tu kan ada kuar kat berita pasal duit tu akan diberikan.. Yang menjadi isunya ada plak surat dari JPN kat pemberian tu ditangguhkan dulu... Pastu tak sampai dua hari lain plak citernya... Dah boleh diagihkan plak...
Tapi bukan isunya... Tapi pasal karenah mak bapak ni... Ini dari apa yang Ain perhatikan kat opis Ain ni lah... Diorang lagi kecohnya... Dah le telepon opis berdering tak henti-henti... sebab sekolah telepon tanya macam mana nak serahkan duit tu (al maklumlah... opis Ain ni kan tempat rujukan diorang walaupun ada tempat lain yang lebih afdal lagi untuk dirujuk). Yang best nya... cara sekolah nak maklumkan kepada ibu bapa tentang pemberian tu pakai SMS je... hahaha... moden  moden...
Tapi kenapa awal sangat nak bagi.... kata duit tu digunakan untuk persediaan persekolahan tahun depan... orang kata sebab pilihanan raya tak lama lagi... sebab tu bagi awal2 kononnya nak pancing undi... ntah lah sekarang ni apa yang kerajaan buat semua orang akan kata tu hanya agenda politik sebab PRU dah dekat... oppsss... tak nak komen lebih2....
K lah kengkawan, sampai sini dulu... nanti kalo panjang2 dah merapik meraban plak kang...
Bye.... cayang semua... muahhhhhhhh.......

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff