my nuff

Very Important Person (VIP)....

Dulu masa kanak-kanak, kalau pergi mana-mana majlis tak kisah lah kat sekolah atau kat mana-mana, bila masa makan aku selalu teringin nak makan kat meja VIP... Tak payah nak beratur panjang ambil makanan... Dan kebiasaannya hidangan kat meja VIP lagi special dari yang disediakan untuk orang biasa... Tapi sekarang berkat kebijaksanaan yang Allah SWT kurniakan ngan usaha aku dapat makan kat meja VIP... Semeja dengan Dato'-dato' ngan datin-datin... Bangga tak terkata...... Hahaha....
Meh nak citer cikit... aku sebenarnya baru balik dari mesyuarat satu kesatuan ni..... Aku bukanlah ahli kesatuan tu pun.... Cuma dijemput..Dan mesyuarat ni dirasmikan oleh Ahli Parlimen kat sini lah.... Yang nak dijadikan cerita bila ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan..... Belum pun sempat ahli parlimen nak duk makan, dah ada yang datang minta tandatangan surat sokongan dan segala mak nenek jenis surat.... Tu belum lagi nak kena jawab telefon lagi..... Habis bab masa nak makan..... Bila tiba masa nak perasmian, seperti biasa pengerusi kesatuan bagi kata-kata aluan.... Dalam kata-kata aluan tu sempat lagi minta itu ini kat YB.... YB yang mendengar hanya mampu senyum dalam sengsara..... Dan bila tiba masa YB berucap..... Yb pun setujulah untuk bagi apa yang diminta, malah menambah lagi sumbangan untuk kesatuan tu..... Apa lagi bersorak lah satu dewan dengar janji-janji YB......( Dalam hati YB...... hmmmmmmm..... boleh bagi nya tak berapa sen pun...... yang penting tempoh akan datang aku boleh jadi YB lagi kat sini...... HAHAHAHAHA).........

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff