my nuff

Lelaki Oh Lelaki

Tetiba hari ni aku nak cite pasal insan bernama lelaki ni.... Lelaki ni boleh jadi suami kita, ayah dan anak kita. Kalau nak dicerita pasal lelaki ni memang takkan habis. Tapi aku nak berkongsi rasa tentang lelaki yang berpoligami. Ni semua tercetus bila baca artikel yang ada dalam Berita Minggu 5.6.2011. Apa lagi kalau bukan cerita tentang Salih Yaacob yang telah mencukupkan kuota isterinya. Dan semestinya dia menjadi idola semua lelaki yang bercita-cita nak tambah koleksi isteri mereka. Tapi ada ke wanita-wanita  yang sanggup menjadikan isteri-isteri Saleh Yaacob sebagai idola.

Janji Allah SWT kepada isteri yang merelakan suami berkahwin lagi ialah payung emas di hari kemudian kelak. Tapi boleh ke isteri tu dapat payung emas bila hari-hari menyumpah suaminya sebab terlampau sibuk dengan isteri baru, bila beras dan susu anak keputusan, bila segala mak nenek bil tertunggak......

Wahai lelaki, janganlah jadikan Sunnah Rasullah sebagai alasan untuk berpoligami sedangkan sunnah yang lain dipandang sepi..


Coretan Rasa: Memang teringin nak dapat payung emas dan menjadi kesayangan Allah SWT tapi hati belum kuat untuk semua itu.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff