my nuff

Putrajaya Rasa Gegaran Gempa Bumi????

Ari ni member-member blogger yang duk kat Putrajaya sume cite pasal gegaran. Bleh tengok dalam ni ngan yang ini. Teringat masa zaman bujang2 masa duk kat Putrajaya 7-8 tahun lepas. Masa tu duk tingkat 10 Apartment mampu milik presint 9. Ada gak jadi gempa bumi kat Sumatera utara dan gegaran nya sampai ke Putrajaya. Waktu kejadian tu dalam kul 11-12 tgh malam. Aku tengah baring-baring nak amik feel tidur. Memang terasa macam kena buai sampai kepala aku naik pening. Dalam keadaan Alpha nak ke Beta (Peringkat tidur) tetiba dengar orang berlari-lari. Pastu housemate pun ketuk pintu kejut aku, bagi tau apa yang jadi. Apa lagi masing-masing amik langkah seribu. Masa tu tak rasa penat pun turun tangga dari tingkat 10 sampai bawah. Huhuhu... Bila sampai bawah tengok orang rama dah berkumpul... Macam-macam pesen baju tidur. Hahaha.. duk lah kat bawah tu sampai kul 1 pagi (ye kot, tak ingat dah).


Cubitanrasa: Kecik ati ngan fiance  masa tu.... Pasal apa? Raazzzzzzzzz........

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff