my nuff

Trip To Kedah.....part 1

Last week aku n family ikut mertua ge Kedah..... Tujuan asal nya sebab kena bawa pak mertua ge pejabat agama atas urusan tanah... Tapi misi utama Mertua aku ialah nak bawak menantu dia ni balik kampung halaman depa. Yelah kan dah 6 tahun aku kawin ngan anak depa tak penah sekali pun aku pi sana. Dah anak jantan depa tak nak bawak aku pi, takkan aku plak terlompat2 nak pi sana kan.
Mulanya TTK bercadang nak pi ari senin balik selasa....... Tapi mesti penat nya.... Dah le nak pi kena panjat bukit genting tu...... Akhir nya setelah dicongak2 ngan ada bantuan kak lang yang sudi jaga kedai, TTK setuju nak balik ari rabu.... Yeehaa seronok nya...
Pagi senin tu (tak pagi sangat lah....) kami bertolak dari temerloh. Lalu ikut Genting turun ikut Batang Kali, terus kuar Exit Tanjung Malim. Pastu berenti rehat kat R&R Sungai Perak.... Bila sampai je Kat Kedah, terserlah kegayatan aku sebab excited sangat tengok sawah padi.... best nye

Anak-anak ku

Tak sedar masa berlalu, anak-anak yang dulu dalam kendongan dah berlari sendiri... dah mula mencari kawan.... Huhuhu.... Nape aku tetiba citer pasal tu....? Rutin harian ku setiap pagi aku akan hantar anak-anak ke taska. Dulu masa mula-mula hantar, Faiz nangis tak nak duduk kat taska, Fahim plak aku dukung masuk sampai bilik tempat dia diasuh... Masa berlalu, Faiz dah sekolah Tabika 5 tahun, Fahim dah 2 tahun lebih.... Sekarang bila aku hantar diorang, turun dari kereta, Faiz dah lari dulu, tak sabar nak jumpa kawan2, tak sabar nak tunjukkan benda baru pada kawan2. Fahim plak jalan sendiri dengan menggalas beg di belakang. Tanggal kasut sendiri, letak di rak, masuk ke bilik asuhan dan letak beg. Pastu keluar balik tengok tv dengan kawan2 yang lain.... Dari kejauhan dia hanya melambai kepada ku..... Hmmmm...... Ini lah kehidupan......






Cubitanrasa: Tengah berkira-kira untuk menambah lagi ahli keluarga...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff