my nuff

...:::Faiz Cabut Gigi:::...

Assalamualaikum.
Semalam aku bawa Faiz ge klinik gigi... Seban dia selalu mengadu sakit gigi...... Kalau tengok pun memang ada bengkak kat gusi atas... Bila bawa ge jumpa doktor, doktor tu kata punca bengkak tu sebab kesan dari gigi reput Faiz yag rongak tu.... Lagi satu pesannya agar Faiz tak minum susu botol lagi..... Kalau ikut kan memang lah Faiz dah tak minum susu botol lagi tapi Faiz suka minum air milo pakai botol.... Huhuhu.... Dah banyak kali larang.....
Lepas doktor check gigi Faiz, dia menyarankan agar gigi Faiz dicabut. Tapi dia minta seseorang yang kuat untuk pegang Faiz bimbang dia akan meronta semasa proses rawatan bermula. Aku pun telefon TTK minta dia datang ke klinik. 10 minit kemudian, TTK sampai.
Maka proses rawatan akan dimulakan. Faiz diminta berkumur dulu sebelum rawatan. Mula-mula sekali, doktor tu sapu sejenis krim pada gusi Faiz, lepas tu Faiz disuruh berkumur lagi sebanyak 3 kali. Lepas 30 saat, Faiz dibaringkan atas kerusi. Doktor minta TTK pegang bahu Faiz dan aku diminta pegang kepala Faiz. Doktor mula menyuntik bius pada keliling gigi yang hendak dicabut. Selesai suntikan Faiz diarahkan berkumur lagi. Dan bermula proses cabutan gigi. Aku dan TTK diarahkan berada di posisi yang sama seperti tadi. Dalam masa 5 minit, kedua-dua batang gigi Faiz selesai dicabut. Tiada setitik air mata pun yang keluar dari mata Faiz, mungkin kesan dari bius tadi yang buatkan dia tak rasa sakit. Sebagai ganjaran aku bungkuskan Ayamas untuk Faiz.


cubitanrasa: kesian tengok Faiz nangis bila dia dah mula rasa sakit bila bius hilang...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff