my nuff

...:::Kursus Oh Kursus:::...

Assalamualaikum semua....
Akhir nya dapat duduk ngan selesa untuk conteng2 kat blog ni. Yelah kan 3 hari sebelum ni kena ge kursus kat Marang. Kursus yang Ain kena ge kali ni Kursus ePerolehan. Tak tau lah kenapa Ain kena panggil ge kursus ni. Sebabnya bukan tak tau pun pasal eP tu. Dah buat pun. Bila dirisik2, rupanya penggunaan eP kat tempat Ain ni masih belum sampai tahap yang dikehendaki. Dalam erti kata lain kira kurang gunalah. Bis tu nak guna macam mana kalau tak de keperluan kan... Oklah tak pelah. Ge jelah kursus tu. Bukan kena bayar apa2 pun. Bayar sewa cadar je RM8 sebab duk kat hostel BTPN tu.
Sesuatu yang menarik perhatian Ain masa kursus tu. Attitude orang-orang yang keje Gomen ni. Memang lah majoriti peserta kursus orang2 yang kategori senior yang lagi 5-6 tahun nak bersara. Tapi semuanya lemah je. Ain tak nak lah komen lebih2 sebab mungkin Ain belum sampai ke tahap itu, so Ain tak paham apa yang mereka rasa. Tapi bukan ke sebagai kakitangan awam kena lah bersedia terima semua perubahan. Tapi rata2 nya diorang ni selesa ngan situasi lama. Tak nak terima perubahan.
Bila ditanya kenapa " Hmmm malas lah, dah tua2 ni nak buat semua tu",. Huhuhu tapi gaji nak tiap2 bulan.
So, secara keseluruhannya kursus tu memang menariklah walaupun Ain dah tau.

Cubitanrasa: Mulai ari ni tak nak guna perkataan 'aku' lagi.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff