my nuff

...:::Huhuhu Rindunya:::....

Assalamualaikum semua,
Pagi ni Ain rasa rindu sangat dengan hero Ain yang dua orang tu. Dah 5 hari tak jumpa. Sebabnya diorang ni ada kat Kepis. Ahad lepas kan Ain kena ge kursus, so sebab kan tak da orang yang leh jaga Ain hantar hero berdua tu ke kampung. Patutnya semalam atuk diorang nak hantar balik, tapi atas sebab yang tak dapat nak elak, atuk tak boleh hantar. Lepas bincang2 ngan TTK akhirnya Ahad ni baru nak jemput diorang. Argggggggghh.... Lama lagi tu. Dah termimpi2 dah kat hero yang berdua tu.
Cite pasal hero berdua tu, semalam Ain call nenek diorang tanyakan perihal hero berdua tu. Hahaha... Nenek cerita tentang kenakalan hero berdua tu. Akuarium ikan atuk penuh dengan batu. Kejar ayam dengan kayu. Gunting bunga nenek. Huhuhu.. Nenek ngan atuk hanya mampu urut dada bila tengok tingkah cucu.
Kalau ikut kan lepas ni memang tak nak ge kursus lagi. Asyik kena tinggalkan hero berdua tu je.

Cubitanrasa: Abg Faiz, Adik Fahim, mama rindu sangat....

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff