my nuff

...:::Moga Begitu Adanya Buat Selamanya:::...

Semalam, masa nak balik rumah ngan anak2, adalah orang jual aiskrim selang 2 buah rumah dari rumah Ain. Alaaa... orang yang jual aiskrim naik moto tu. Mula nya Ain nak slow kan kete bagi penjual aiskrim berlalu dulu. Tapi ada plak suara halus kat belakang. "Mama, nak elim,". Rupanya adik fahim nampak penjual aiskrim. So, nak tak nak kena lah beli aiskrim tu. Tapi bukan Ain yang pegi beli tapi abang Faiz. Bagi duit kat dia. Malangnya bila abang Faiz nak ge beli, penjual tu kata, aiskrim dah abis. Tapi abang Faiz tak berganjak dari tempat tu. Tambahan plak adik Fahim pun ikut abang dia sekali. Mungkin kesian tengok wajah anak2 kecil tu, penjual aiskrim sedaya upaya mengorek aiskrim dengan skop aiskrim, bila dah penuh satu, dihulurkan pada abang Faiz. Ain sangkakan bila dah dapat aiskrim tu abang Faiz akan terus makan tapi sebaliknya telah berlaku. Aiskrim yang pertama tu dihulurkan kepada adik Fahim. Terkedu seketika Ain pada masa tu. Bila dapat aiskrim yang kedua, kuantiti aiskrim yang ada dalam dalam kon tu kurang sedikit dari adik Fahim punya. Tapi abang Faiz tak merungut pun. Terima kasih kepada penjual aiskrim tu sebab aiskrim tu tak perlu dibayar.
Jauh disudut hati Ain mendoakan kasih sayang antara dua beradik ni takkan putus hingga akhir hayat mereka.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff