my nuff

Akhirnya Sampai Juga

Sebenar nya Ain dah lama order benda ni tapi tak dapat-dapat juga. Dan tadi sampai juga benda yang ditunggu-tunggu
Nak tau apa dia


:
:


:
:


:
:

Haaa nilah.... Sampai sudah... Sepatutnya ada lima tapi dapat empat je, sebab pembekal call Ain bagi tau buku yang lagi satu tu tak de stok lagi... Huhuhu
"Bila Sena Kembali Berbunga 2" cepat lah sampai...


Mesti kengkawan tertanya2 kenapa order buku tajuk yang sama sampai dua kan???
Haaa ni lah nak citer ni... Meh sini nak cito cikit...
Ekceli tahun 2013 akan datang ni, Ain bercadang nak buat segmen Giveaway... Nak bagi novel tu lah..
Ombak Rindu
dan
Adam & Hawa

ok tak ok tak....

Tapi taknak lah sengsorang je... Ain nak ajak kengkawan blogger lain untuk jadi sponsor.
So, pada kengkawan blogger lain yang sudi nak jadi rakan sponsor bleh:
email Ain - fkay1914@gmail.com
twitter - @norainujang

Segmen up follower dengan sepantas kilat II


Jom tambah follower lagi. Nak join bleh klik banner atau di SINI
Syarat-syarat penyertaan semuanya ada disitu....

Selamat Tinggal 2012



Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa yang berlaku tahun 2012 yang melibatkan Ain dan keluarga dan juga rakan sekerja...


Mac 2012
  • Bercuti di Cameron Highland (21-22 Mac 2012)


April 2012
  • Kelahiran Muhammad Amirul Firas (14.04.2012)

  • Kawan sekerja meninggal dunia - Allahyarham En.Rosli bin Saleh (27.04.2012)
Mei 2012
  • Perkahwinan anak saudara Nur Hidayatul Salwa dan Najib

Julai 2012
  • Majlis Merisik Adik Nurul Dayana

Ogos 2012
  • Raya Kelabu (19.08.2012)


September 2012
  • MSuite Johor Bahru - Kursus cum Bercuti (25-28.09.2012)


Oktober 2012
  • Majlis Hari Lahir Amirul Faiz(02.10.2012)


  • Rumah dipecah masuk - kereta hilang (22.10.2012)

  • Majlis Konvoksyen Amirul Faiz (30.10.2012)

November 2012
  • Dapat Anugerah SUB pertama untuk Cawangan Bahagian Audit Sekolah Terbaik (02.11.2012)
  • Kereta yang hilang ditemui semula di Batu Caves dalam keadaan yang mendukacitakan (16.11.2012)

  • Bukit Gambang Resort City - Menyuarat cum Main Air (23-24.11.2012)


Disember 2012
  • Percutian di Desaru, Kota Tinggi, Johor (09-10.12.2012)


  • Majlis Pertunangan Anak Saudara Nurul Hanani dan Aniq (22.12.2012)

  • Kelahiran Anak Saudara Baru Umar Anfal
 

 









Menu Baru Firas

Semalam Ain cuba bagi Firas makan telur rebus. Telur rebus tu Ain lenyekkan dan Ain tambahkan sedikit madu. Amboi... berselera Firas makan. Macam tak cukup sebiji telur.
"Cukup tu dik, tak boleh banyak-banyak". Dan petang semalam Ain bagi Firas makan sebiji lagi telur rebus. Bukan apa, mulanya nak tengok kot-kot Firas ada tindakbalas ngan telur ni macam allergy ke... Tapi Alhamdulillah... Setakat ni tak ada pulak.



Firas Dah Lasak, Mesti Nak Berdiri



Menu Baru Firas



Tafsiran Al-Faatihah

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan (hari akhirat)

5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan.

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang telah Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Jika alasan sebuah pernikahan adalah karena mencari kepuasan nafsu belaka, Maka setiap pasangan akan sering bertengkar ketika kepuasan di kamar tidur sudah tidak lagi didapatkankan.

Jika alasan sebuah pernikahan adalah karena kekayaan,
Maka setia pasangan bakal bubar ketika salah satunya mengalami kebangkrutan.

Jika alasan sebuah pernikahan adalah karena kecantikan / ketampanan fisik semata,
Maka setiap pasangan bakal lari jika rambut mulai beruban dan muka sudah mulai keriput.

Jika alasan sebuah pernikahan adalah karena kepribadian semata,
Maka setiap pasangan akan lari jika pasangannya berubah menjadi buruk tingkah lakunya.

Jika alasan sebuah pernikahan adalah hanya karena cinta,
Maka setiap pasangan akan dengan mudah jatuh cinta dan terpikat pada hal-hal yang lebih menarik baginya,

Dan jika sebuah ikatan pernikahan adalah semata-mata diniatkan karena IBADAH kepada ALLAH SWT,
Maka sesungguhnya ALLAH SWT bakal senatiasa melimpahkan rahmat serta hidayah-Nya kepada semua pasangan.

Ketahuilah bahwa ALLAH SWT mencintai setiap hamba-NYA melebihi cinta seorang ibu kepada anaknya. Dan tiada balasan bagi pasangan yang demikian selain akan mendapatkan ridha dari-Nya, baik itu di dunia maupun di akhirat. Insyaallah.

Terima Kasih Firas


Malam tadi Ain demam, badan sejuk semacam. Dah pakai sweater ngan selimut tebal pun sejuk lg. Sampai sekarang demam tak kebah lagi. Tapi apa kena mengena ngan Terima Kasih pada Firas. Seperti hari-hari sebelumnya, memang setiap 4 pagi Firas akan terjaga dan main sekejap. Dan malam tadi, mamanya memang tak larat nak celik mata. Tapi Firas macam faham mamanya tak sihat. Dia hanya main sendiri. Ada kalanya Ain tengok dia hanya duduk kat birai katil perhatikan mama dan abang2nya tidur. Bila dia dah ngantuk, dia minum susu dan tidur semula. (Firas dah pandai pegang botolnya sendiri)
Tq sayang.

Suami Curang: Apa Nak Buat Dengan Perempuan Tu

Kalau kita tengok kat dalam drama kat TV, biasanya bila isteri tau suami ada perempuan lain kat luar, si isteri akan ge serang perempuan tu kan. Tapi tu semua cara lama. Ada juga yang buat pilihan tak nak kenal langsung dengan perempuan tu.

Tapi amat jarang yang pergi jumpa perempuan tu dengan cara yang baik. Cara baik??? Susahkan. Tapi yang susah tu lah yang banyak kelebihannya. Bila dapat tau suami ada skandal lain, cuba ambil pendekatan ni. Pergi berkenalan dengan perempuan tu, kalau boleh buat dia sebagai kawan. Tengok apa yang lebihnya perempuan tu yang kita tak da sampai suami cari perempuan tu. Mana yang kurang cepat-cepat baiki.

Kalau kita berkawan dengan perempuan tu dengan IKHLAS secara sendirinya akan terbit rasa bersalah dalam hatinya kerana cuba merampas suami kita. Dengan sendirinya juga perempuan tu akan tinggal kan suami kita. Macam biasalah, suami yang curang ni bukannya hebat sangat pun. Kalau dah tak ada perempuan yang kat luar tu nak layan dia, takkan bolehnya dia nak curang kan..

Tak Boleh Bungkus Lauk

Kengkwan penah tak pegi kedai makan nak bungkus lauk, tetiba makcik kedai tu sound, “Tak boleh bungkus hari ni, tukang masak tak de.” Errr… apa kena mengena bungkus lauk dengan tukang masak tak de. Sebal gak wei bila makcik tu kata camtu. Tapi tak pelah kan. Dah tak de rezeki makcik tu nak dapat duit Ain kan. Pegi lah bungkus lauk kat kedai lain kan.

Spontan Khamis - Dugaan

DUGAAN UNTUK IBU BAPA ADALAH ANAKNYA SENDIRI
DUGAAN UNTUK ANAK ADALAH IBU BAPANYA SENDIRI
DUGAAN UNTUK ABANG/KAKAK ADALAH ADIKNYA SENDIRI
DUGAAN UNTUK ADIK ADALAH ABANG/KAKAKNYA SENDIRI
DUGAAN UNTUK ISTERI ADALAH SUAMINYA SENDIRI
DUGAAN UNTUK SUAMI ADALAH ISTERINYA SENDIRI
DUGAAN UNTUK SAHABAT ADALAH SAHABATNYA SENDIRI

Suka suki di Pantai Batu Layar

Baru2 ni Ain ngan Family ge bercuti kat Desaru. Bukan Ain anak beranak je tapi ngan semua ahli keluarga belah suami. Destinasi utamanya nak bercuti kat Lotus Desaru, tapi sebelum check in kitorang bersuka suki (ada ke perkataan suka suki? errr.. belasah jelah...) di pantai Batu Layar. Gile best. Akak ipar ada arrangekan sukaneka utk semua. Ginilah tak mo nak citer panjang. Jom tengok suka suki we olls….

Anak sapa lah ni....

Peace ucu..- Barisan kakak2 dan adik ipar


"Awat lah depa ni?" - Ibu Mertuaku


With My Hubby


Onyomat geset go..... kepit jangan tak kepit


Fahim....


Fahim lagi


Bergambar sekeluarga di dalam air


tak bawak baju ganti punya pasal, bila balik semua kena duk belakang hilux


Pendatang dengan izin... hehehe


Selamat Hari Ulangtahun Ayah

22 Disember lalu genap lah usia ayah 54 tahun. Semoga ayah akan terus dikurniakan kesihatan dan rahmat dari Allah swt. Kak long mewakili adik-adik merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kasih sayang ayah selama ini. Kami juga menyayangi ayah sampai bila. Walau apa pun keadaannya, ayah tetap ayah kami sampai bila-bila. Kami sayang ayah….

Kek Untuk Atuk Tapi Cucu Tolong Potongkan


Esok Orientasi Faiz

Ain tak tau lah Faiz rasa ke tak apa yang Ain rasa, yang pasti Ain tak dapat bayangkan macammana Faiz esok. Esok Hari orientasi untuk tahun 1 Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh. Faiz akan diberikan kelas, berkenalan dengan cikgu-cikgunya, melawat kawasan sekolah mungkin.
Huwaaaa tu baru orientasi ko, yang real nanti camna? 2 haribulan ni start sekolah.
Camna Faiz dalam kelas nanti, kalau waktu rehat pandai ke dia beli makanan sendiri, kalau ada budak-budak nak buli dia boleh ke dia defend dirinya sendiri. Manja lagi ke, takut kena marah sikit dah nangis. Wolaweh.... tak dapat nak bayangkan.... Serahkan je lah kat Tuhan.
"Ya Allah, kau lindungilah anak-anak ku bila mana mereka jauh dari pandangan mataku.."

Anak Saudara Baru - Umar Anfal


Semalam biras Ain selamat melahirkan cahaya mata yang keduanya. Tahniah Siti. Bayi lelaki seberat 4kg ni dilahirkan pada 25 Disember 2012 jam 9.55 pagi. Kiranya sebayalah ngan....
 sidia ni ha.... beza bulan je....

Al-Faatihah - Mukadimah

Surah Al-Faatihah turun di Mekah dan dinamakan Al-Faatihah (Pembukaan) keran surah ini surah yang pertama dalam susunan Mushaf. Surah ini surah yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w secara lengkap. Ia mencakup seluruh kandungan Al-Quran, yang kemudian diperjelaskan secara terperinci di dalam surah-surah yang berikutnya. Kandungan Al-Quran meliputi persoalan tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, ancaman terhadap mereka yang ingkar dan berbuat jahat, keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahagiaan dan jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai. Al-Faatihah mencakupi isi Al-Quran secara ringkas sehingga surah ini juga disebut Ummul Kitab (Induk Kitab)

Selamat Bertunang Nani dan Aniq

Hari Sabtu 22/12/2012. Termetrailah janji antara dua hati. Anak saudara Ain, Nurul Hanani bt Hamzah telah dirisik dan ditunang kan dengan buah hatinya Aniq atau nama sebenarnya Zul Ikin Affendi (siyes, Ain baru tau nama penuhnya masa majlis tu, sebab sebelum ni panggil dia Aniq je.)


Dengan hantaran RM10000, perjanjian tunang diikat selama 1 tahun sebelum hari pernikahan mereka.


Biasalah kan bila ge kenduri tunang ke kahwin ke, barang hantaran antara benda menarik yang nak ditengok.


Ni lah Nurul Hanani binti Hamzah a.k.a Kak Chik Nani


Ni adik Ain, Si Shirah, Mak, nape tutup muka plak


Cucu saudara, Sibulat Izwan...


Firas ngan Ucu nye... Aloloooo


My Hubby pun nak posing gak... bersama abang iparnya Cikgu Zul...


Hantaran bagi kedua-dua belah pihak


Perbincangan antara wakil dua keluarga...Setuju..........


Cincin disarungkan ke jari manis oleh bakal ibu mertua


Cium tangan minta restu...


Yeahhh... Kak Chik dah jadi tunang orang.... Jangan kone kone... hehehe


Dua bentuk cincin, Cincin risik dan cincin tunang


"Fahim nak amik gambar ngan Kak Chik"

Gubahan ni memang menarik perhatian

Yang ni pun...


"Alaa Pak Teh ni.... " Pak Teh nye pasal, Mak Teh ngan Nani tak tengok depan, Pak Teh je...


Bila boleh masuk ni. takkan duduk kat luar je...


Yeah... Akhirnya dia menjadi tunanganku. Yaaaaaaaaa Hoooooooooooo....


BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff