my nuff

...:::SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+ :::...


Wah join segmen lagi.... Bleh tambah followers a.k.a sahabat..
Syarat-syaratnya kat bawah ni (Copy sepenuhnya dari empunya blog)

SYARAT-SYARATNYA

# Ada blog & Blogger Malaysia SHJ
# Follow [ HERE ] & Tekan [ HERE ] *tunggu habis loading baru pangkah JUJUR
# Follow blog ni kalau sudi . Akan follow korang automatic [ cepat / lambat shj ]
# Buat entri ' SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+ '
# Copy header Izzah dan linkkan ke Segmen ni :)
# Ehemm , mesti ada follower bawah 1000 laa ye ? Hihii , yang lebih tuu dah tak boleh join , tapi kalau nak follow para peserta, dialu-alukan :)
# Tulis berapa follower korang sekarang dalam entri , macam Izzah
FOLLOWERS : 580
# Tag sekurangkurangnya 3 , ajak ramai ramai laa , lagi besh ! dan pastikan mereka tau
#] Tamat 31 Ogos 2012 [ MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! ]
# Hantarkan link entri kat kotak komen , tempat lain tak terima ! Sertakan sekali , id follower

Yang berminat bleh klik kar banner tu sebab ada hadiah sekali... Jeng jeng jeng

Followers Ain : 77

Nak tag:

...:::Betul ke dia atau????:::...

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

29 Julai 2012

PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.
"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.
"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.
Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.
"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.
Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

Berita ni tengah hangat diperkatakan sekarang... Pada mulanya, Ain anggap macam berita kematian yang biasa-biasa je seperti berita yang lain. Tapi kali ada lainnya.
Pagi tadi singgah kedai TTK macam biasa. Sambil tunggu Fahim ambil gula-gula, Ain baca tajuk-tajuk akhbar. Yang menarik perhatian akhbar KOSMO. "Suami Syazleza Ditahan Polis".
Bila baca nama suami tu Norazman Bashah.
"Eh, macam biasa dengar lah nama ni" pastu tengok gambar.
 
 


"Ye ke? Macam lain je, sebab muka dia lebar sikit, tak macam 19 tahun dulu". Pastu selak lagi tengok gambar dia kahwin... "Haaa yang ni sama, memang sah dia"...
 

Dia Norazman Bashah bin Azam Bashah... Sahabat masa sekolah rendah dulu.... Apa yang berlaku antara dia dan arwah isterinya hanya dia dan Allah swt saja yang tahu... Wallahualam....
 
Sumber berita : Sinar Harian

...:::Segmen : Bloglist Ogos Permata Perjuangan:::...


Salam Ramadhan semua,
pagi-pagi ni jum kita join segmen waalid.
Boleh kita berkenal-kenalan di alam maya ni....
Salam perkenalan semua...
Pada yang berminat boleh klik kat banner tu



...:::Pak Cik, kenapa tak puasa?:::...

Tengahari waktu rehat tadi, macam biasa Ain pergi kedai sebab bagi peluang TTK rehat dan solat. Dalam perjalanan tu, berhenti kat lampu isyarat. Kat depan kereta Ain, ada sebuah kereta lain. Sambil tunggu lampu tukar hijau, macam biasa mata melilau memandang keindahan alam. Tetiba pemandu kereta depan tu keluarkan tangan dan mengetik puntung rokok. Cuba bersangka baik. "Bukan orang Islam kot, walaupun dalam hati was was sebab warna kulit tangan tu tak macam orang bukan Islam''. Bila kereta dah jalan, atas sifat ingin tahu yang kuat sangat, Ain potong kereta orang tu. Adoi yai...Seorang lelaki melayu yang umurnya layak di panggil pak cik.

Mulalah hati berkata-kata a.k.a membebel.
Nape pak cik tak puasa, pak cik sakit ke,
Tapi takkan sakit kot sebab orang sakit tak boleh hisap rokok.
Pak cik tak malu ke hisap rokok depan orang bulan puasa ni.
Kalau pun pak cik ego sangat dengan Tuhan sampai tak nak ikut perintahNya,
pak cik jagalah nama baik isteri dan anak-anak pak cik,
Macam mana cucu pak cik nak belajar puasa kalo atuk sendiri tak puasa
(Huhuhu kurang pahala puasa ain hari ni)

Lepas tu macam biasa lah kan, dah kutuk pak cik tu berbakul2 baru sedar diri. Ish... Macam mana kalo pak cik tu memang bukan Islam. Kat sini kan banyak orang asli, rupa diorang pun sama je macam orang melayu.. Hmmm sekali lagi hati cuba bersangka baik...


...:::BIG CONTEST 1ST TIME"SAYA NAK KAD RAYA DARI KEDAH" :::...


Jom kita join contest ni... Klik header tu k...
Bleh tambah-tambah kenalan lagi

Pastu tag sahabat ini

...:::Sheila Rusly & Umie Aida bidas kenyataan Abby Abadi:::...


27 Jul - Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.

Betul tu .... Setuju sangat, kena yakin ngan rezeki Allah


Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.
Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.
Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.

Kalo kita IKHLAS berubah kerana Allah SWT, Insyaallah, pasti ada jalan yang memudahkan perjalanan hidup kita
Sumber : Yahoo

...:::Mama, saya nak buat pacak:::...

Hmmm.... Anak-anak sekarang pun dah pandai request nak fesyen rambut apa bila disikat... Ikut kan aje... Kalo tak ada yang yang perang pagi-pagi senin ni...

Rambut cikit je... Jadi pacaknya pun tak bape jadilah


Yang ni memang menjadi....


Alamak.... Yang ni? Saya belum tumbuh rambut lagi lah mama... Camna nak buat pacak...


...::: Buat Baik Perpada-pada?:::...

Ada pepatah melayu bagi tahu ' Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali'. Pasal buat jahat tu memang tak boleh dah kan... Tang buat baik berpada-pada tu... Kenapa perlu ada batasan dalam melakukan kebaikan... Sebab takut kita buat baik ngan musuh ke atau tak nak orang ambil kesempatan sebab kita terlalu baik...
Bagi Ain bila kita buat baik tak yah lah nak pilih orang ke, masa ke, tempat ke. Terutama kalo ada orang minta tolong ngan kita. Oh, sebab kat orang tu tak ada kepentingan kita atau bagi faedah pada kita, kita tak yah tolong.  Atau sebab kan orang tu suka ambil kesempatan atas kebaikan orang, kita dah reject awal-awal bila dia datang minta tolong. huhuhu tak mo lah buat macam tu.
Bila kita buat baik pasti balasannya pun baik. Itu sudah semestinya. Bila kita melapangkan kesempitan orang lain, Insyaallah satu hari nanti bila kita dalam kesempitan pasti ada jalan untuk melapangkannya... Kena yakin ngan janji Allah SWT lah ye...
Ce kita ikut Sunnah Rasulullah yang selalu berkelakuan baik ngan semua orang wa i mal dengan orang yang nak bunuh dia sekali pun.... Ain selalu mengingatkan diri sendiri sentiasa berkelakuan baik tapi kadang-kadang tu yang terbabas juga. Huhuhu...
Jom kita sesama muhasabah diri ye...

...:::Sejarah Berulang Kembali:::...

Dulu masa zaman 90-an  dah ada cite katun Dragon Ball ni... Memang best.. Ingat lagi setiap hari sabtu ngan ahad jam 9.30 pagi mesti dah duk depan tv tengok cite ni.. Masa tu cite ni kuar kat TV2. Dulu yang semesti nya ada depan tv waktu tu Ain ngan adik-adik. Tambah seronok lagi bila mak ngan ayah pun join sekali... Mak bleh berenti jap wat keje rumah... Yang ayah plak bleh balik jap dari menoreh semata-mata nak tengok dragon ball. Pastu ge balik kebun getah... Memang best sangat masa tu... Hehehe...
Sekarang cite Dragon Ball ni kuar kat Astro plak saluran 616... Pukul 9.00 mlm setiap Isnin hingga Jumaat rasanya...(Sabtu Ahad jarang tengok tv waktu malam sebab TTK nak tgk bola.. Huhuhu). Sekali lagi sejarah berulang. Kali ni Ain ngan TTK yang bergelar mak ngan ayah duduk ngan anak-anak tengok Dragon Ball... Hehehe


Masa Goku kecik-kecik


Goku dah besar dan ada anak, Picolo pun jadi kawan Goku masa ni


Musuh-musuh Goku, Cell ngan Filza


...:::Dah Buat Wasiat Ke Belum:::...

Semalam Ain pergi bank. Almaklumlah hari gajjjjj..... So kena settlekan semua liabiliti yang ada. Huhuhu... Tengah dok tunggu giliran tu... tetiba ada plak awek cantik gebu duk sebelah... Dia bukan nak tunggu giliran tapi nak bercerita tentang buat wasiat ngan Amanah Raya Berhad (ARB)... Dia tanya harta apa yang Ain ada macam simpanan ke, rumah ke, kereta ke... Rupanya dia nak citer pasal PERANCANGAN HARTA MELALUI WASIAT.

KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA
1. Pembahagian harta ditentukan sendiri
2. Harta terpelihara, tidak terjual atau tergadai
3. Mempercepatkan pentadbiran harta pusaka
4. Mengurangkan pertikaian waris-waris
5. Melunaskan hutang pewasiat dengan hak Allah SWT
6. Membayar semua hutang pewasiat semasa hidup sama ada terhadap manusia, bank dan sebagainya
7. Membenarkan isteri atau anak-anak perempuan mendapat hak yang sewajarnya untuk menampung kehidupan.
8. Perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengebumian pewasiat
9. Membayar zakat
10. Upah gaji, sekiranya meninggal dunia sebelum menunaikan haji.

Pastu dia tunjukan perbezaan antara orang berwasiat dengan tidak berwasiat

                            APABILA MENINGGAL DUNIA


                                    ASET DIBEKUKAN

MATI BERWASIAT                                      MATI TANPA WASIAT

Memohon Geran Probet                                  Memohon Surat Kuasa Mentadbir

ARB sebagai pentadbir                                    Perlantikan Pentadbir

                                                                       Mengumpul Maklumat

                                                                       Dua Penjamin

Pelunas Hutang                                                Pelunas Hutang

Harta Sepencarian                                           Harta Sepencarian

Wasiat - Amal Jariah

Pembahagian Faraid                                        Pembahagian Faraid

Jangkamasa 2 -6 bulan                                   Jangkamasa 2 - 10 Tahun

Kos Murah - RM350 seumur hidup               Kos Mahal - Bayar peguam dll


Hmmm... dulu ingatkan orang yang buat wasiat ni orang kaya-kaya, rupanya semua orang bleh buat wasiat. Tapi ain dah tengok pengalaman orang yang tak de wasiat meninggal dunia, untuk tuntut harta si mati, anak-anak kena naik turun mahkamah, pejabat tanah lah, kena angkat sumpah lah... huhuhu... payah payah. Ain dah cite ngan TTK pasal benda ni. Dia ok je, sekarang ain tengah nak susun ayat camna nak explain ngan mak ayah ngan mertua. Sensitif gak ni... Kalo silap cakap macam-macam tanggapan yang keluar.

...:::Yea yea Dah Dapat:::...

Hari tu saja gatal-gatal ge klik kat HeartBeat. Nak tengok apa benda yang ada... Tetiba hati berkenan nak buat sesuatu... Terus order dan dapat dah hari ni... Seronoknya.... Tapi letak kat opis je... Tak leh bawak balik nanti berebut....

depan


belakang


...:::Cantik Tak???:::...



Cantik tak? Pokok ni Ain bleh tengok dari tingkap bilik opis Ain.. Masuk je bilik terus nampak pokok tu... Sekarang ni pokok tu tengah berbunga dan tunggu masa nak gugur... tapi Ain tak tau nama pokok ni.. Maybe AYAHSU tau kot.. Dia kan pakar pokok... hehehe

...:::SEGMEN SIMPLE AYUEJEAN : JUADAH WAJIB RAMADHAN:::...


Jom join segmen ni. Klik header tu k

 So, hidangan wajib bila bulan puasa ialah murtabak... Kena beli sebab kegemaran TTK dan anak-anak...
 

...:::Bersyukurlah dengan apa yang ada:::...

Suatu hari Ain tengah memandu kancil tercinta.. Berhenti kat trafic light... Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti sebelah... Fuyoooo.... Honda CRV tu... Merah berkilat... "Huhuhu, bilalah dapat pakai kereta tu".
Opppsss.... Astagfirullahalazim......
Kita selalu menginginkan sesuatu yang lebih dari apa yang kita ada. Dari jalan kaki nak ada basikal, dah ada basikal nak motorsikal, dah ada motorsikal nak kereta plak. Dah ada kereta nak kereta mewah plak... Kalo camtu sampai bila nak cukup.. Dan bila kita tak dapat mula kita mengeluh, menyalahkan takdir.  
Ce bila kita tengah bawak kancil tu jangan pandang CRV tu, tapi pandang motorsikal yang berhenti kat trafic light tu... Barulah kita tenang, bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang-kurangnya dapat gak naik kancil. Kalo naik motor, dah le tak bumbung. Berpanas berhujan...

Sama gak ngan diri kita... dikurniakan cukup sifat... wajah ayu dan tampan... Tapi still tak puas hati... nak gak ge cucuk sana sini. Kalo rasa susah hati sangat ce tengok orang yang kurang upaya tu... Nak jalan susah, nak pakai make up mata tak nampak... Bersyukurlah dengan kurniaan Allah swt... dah perfect dah tu...
Percaturan Allah swt tiada sapa yang tahu, mungkin jika kita dikurniakan harta melimpah ruah atau wajah yang cantik dan kacak, kita mungkin bukan diri kita sekarang. Mungkin kita akan jadi lupa diri, bongkak. Hilang sifat rendah diri atau hilang harga diri.
Hmmm... marilah kita pikir-pikirkannya....


...:::Mengenali Rasulullah SAW - Puasa Ramadhan Pertama:::...


Pada bulan Sya'ban tahun kedua hijrah, Allah SWT mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan kepada umat Islam. Sebelum ini, Rasulullah SAW berpuasa sebanyak 3 hari pada tiap-tiap bulan. Puasa adalah di antara tiang agama dan kefarduannya yang menyempurnakan perjalanan sistem Islam. Manusia diciptakan dengan sifat cintakan diri sendiri dan melakukan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri walaupun dengan mengabaikan keperluan-keperluan golongan lemah dan miskin. Oleh itu, mereka memerlukan dorongan yang akan mendorongnya membantu mereka yang lemah dan tidak mampu. Tidak ada dorongan yang lebih berkesan melainkan daripada sama-sama merasai lapar dan dahaga. Ini kerana dengan merasai kedua-duanya melalui puasa yang dilakukan akan melembutkan hati dan mendidik akhlaknya. Dengan itu, mereka dengan mudah akan menghulurkan bantuan.
Oleh sebab itu juga, Allah SWT mewajibkan zakat fitrah selepas berpuasa. Dengan itu kamu akan melihat manusia mengeluarkannya dengan jiwa yang pemurah dan kasih sayang yang benar.

...:::Alhamdulillah:::...

 Jumaat lepas ada wakil LPPKN datang opis. Kita orang memang minta wakil tu datang sebab nak wat medical check up sebelum bulan pose... Nak kena tengok kandungan gula ngan kolestrol dalam badan... So Ain pun tak lepaskan peluang ni... Sebab nya lepas bersalin ari tu belum lagi buat pemeriksaan kesihatan yang sepenuhnya...Hasilnya Alhamdulillah semua nya dalam keadaan terkawal...Cuma nak turunkan berat badan sikit... Memang le BMI ok... tapi dalam keadaan berat sekarang banyak baju yang tak leh pakai lagi... huhuhu....

...:::Ada Perayaan Apa Mereka Hari Ini:::...

Tengah dok sibuk-sibuk wat keje... tetiba ada plak bunyi serunai ngan tabla... aik rasanya kat opis ni ada kaum melayu ngan cina je... sapa plak yang minat dengar muzik tradisional kaum tu... Rupa-rupanya ada perarakan kat jalan raya... Ada perayaan apa ek?


...:::BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H:::...






Yee Haaa.... En.Ben buat segmen lagi khas untuk bulan ramadhan ni. Pada yang nak join segmen ni bleh klik kat header tu....
Kepada rakan blogger lain yang sudi berkenalan ngan Ain amatlah dialu-alukan... Bleh kita konsi pendapat kan.. Tapi Ain nak maklumkan awal-awal.. Ain ni blogger amatur je... Posting yang biasa-biasa je...
Apa-apapun... Salam perkenalan dan Salam Ramadhan....

...:::Mari Mengenali Rasulullah S.A.W - Hikmah dan Pengajaran Penting -




Dari bahagian sejarah keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang dipaparkan di atas dapat di ambil beberapa prinsip dan pelajaran yang penting, antaranya ialah :

Pertama
Bahawa dalam nasab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia tersebut terdapat beberapa dalil yang jelas bahawa Allah s.w.t mengutamakan bangsa Arab dari semua manusia dan mengutamakan kabilah Quraisy dari semua kabilah yang lain. Perkara ini dengan jelas dapat kita ketahui melalui hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Selain itu juga terdapat hadis-hadis lain yang semakna, di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah berdiri di atas mimbar kemudian bersabda yang bermaksud:

"Siapakah aku?". Maka para sahabat menjawab: "Engkau adalah rasul Allah. Semoga keselamatan dicurahkan ke atasmu". Baginda bersabda: "Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk (manusia), kemudian Dia (Allah) menjadikan mereka dua kumpulan, lalu menjadikan aku di dalam kumpulan yang terbaik. Kemudian menjadikan mereka beberapa kabilah dan menjadikan aku termasuk dalam kabilah yang terbaik. Kemudian Dia (Allah) menjadikan beberapa rumah dan menjadikan aku di dalam rumah yang terbaik dan paling baik jiwanya".

Ketahuilah bahawa diantara akibat dari mencintai Rasulullah s.a.w ialah mencintai kaum dan kabilah di mana Rasulullah itu dilahirkan. Bukan dari aspek individu dan jenis tetapi dari aspek hakikat semata. Ini kerana hakikat Arab Quraisy telah mendapat kehormatan dengan bernasabnya Rasullullah s.a.w kepada kabilah itu. Hal ini bertentangan dengan adanya orang-orang Arab atau Quraisy yang menyimpang dari jalan Allah dan berlaku kemerosotan tahap keislamannya kerana penyimpangan dan kemerosotan ini secara automatiknya akan memutuskan dan menghapuskan kaitan sandaran antara mereka dan Rasulullah s.a.w.

Bersambung.........

Sumber dari : Buku Mengenali Rasulullah S.A.W, Susunan Ustaz Johari Yaman, Terbitan NMR

...:::Bayi koma disyaki didera pengasuh:::...





ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila koma akibat mengalami pendarahan dalam otak dipercayai didera di rumah pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 20 Jun lalu, bapa mangsa, Amriizwan Ibrahim, 29, berkata isterinya, Rosmira Ramli, 28, menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anak mereka, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, menangis dan tidak lama kemudian tidak sedarkan diri dengan keadaan tubuhnya kebiruan serta tidak bernafas.
“Isteri saya dan pengasuh kemudian membawa anak sulung kami itu ke Hospital Kulim (HK) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Doktor terbabit memberitahu anak saya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen berikutan tersedak susu selain disyaki anak saya didera.
“Bagaimanapun, doktor berusaha menyelamatkan anak saya dan meminta kami merujuk kes ini ke HSB untuk pemeriksaan lanjut,” katanya yang ditemui di HSB, di sini, semalam.
Beliau berkata, dia dan isterinya terus membawa anak mereka ke HSB pada hari kejadian dan anaknya menjalani pembedahan kira-kira jam 11 malam.
“Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan dua belah mata menyebabkan anak saya koma hingga sekarang,” katanya.
Amriizwan berkata, dia kesal kerana pengasuh itu tidak memberitahu punca kejadian dan tidak datang menjengok anaknya di hospital apatah lagi untuk meminta maaf.
“Saya kesal dengan kejadian ini kerana dia satu-satunya anak tunggal kami. Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang selepas ini,” katanya.
Menurutnya, pengasuh berkenaan menjaga enam kanak-kanak termasuk anaknya yang berusia empat bulan hingga tiga tahun.
Menurutnya, mereka baru dua bulan menghantar anak mereka ke rumah pengasuh itu memandangkan kedua-dua mereka bekerja.
“Biasanya isteri saya akan menghantar anak kami pada jam 9.30 pagi dan mengambilnya semula kira-kira jam 9.30 malam.
“Selain bayi kami, pengasuh itu menjaga lima kanak-kanak lain yang berusia empat bulan hingga tiga tahun,” katanya.
“Saya pasrah dengan ketentuan Allah dan berdoa anak saya akan kembali sedar dan sembuh seperti biasa kerana kami amat menyayanginya,” katanya.
Dia membuat laporan di Balai Polis Langgar, di sini, berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Adoi yai.... Apalah dosa anak kecil tu... Memang tak leh terima kalo baby besar tu kena dera... Ain ada gak tengok berita ni kat TV malam tadi.. Memang sadis..Baby besar tu kena pakai alat penafasan yang besar gedabak tu, pastu ada kesan operate kat kepala.... Huhuhu...

...:::Misi Pertama Selesai:::...




Malam tadi Ain ajak adik Ain keluar... Nak ge beli baju raya... Faiz ngan Fahim ikut sekali... TTK duk umah jaga Firas.. Lagi pun TTK nak tengok bola.. Huhuhu...
Misi cari baju raya ni, Ain mulakan dengan mencari baju melayu. Untuk TTK, Ain bawak sampel baju melayu dia yang lama.. (hehehe, peluk tiap-tiap malam pun still tak leh agak saiz)...
Tempat pertama Ain pergi ke butik Renees... Bukan apa.. Saja nak tengok situ dulu sebab Ain ada member card.. Untung-untung bleh dapat diskaun.
Hasil persetujuan semua, tahun tema baju raya ialah kelabu... Tu adalah pilihan TTK sendiri...
Bila sampai kat Renees apa yang dicari ada kat situ.. Apa lagi rembat lah 3 pasang baju melayu. Tapi untuk Firas plak tak de saiz... Tak pe Firas... nanti bila mama nak cari baju mama, mama beli untuk Firas sekali. Tapi nanti tak dapat lah sama ngan abg2. Tak pe.. tak pe.. lagipun Firas bukan bleh berjalan lagi... So tak pe kalo tak sedondon dengan abg-abg..
Dah sudah tu.. anak-anak request nak beli kasut plak... Hmmm tak pe lah dah alang-alang keluar baik beli terus... Lagi pun kedai kasut tu sebelah Renees je... Hehehe... So dapat lah sorang sepasang kasut dengan tema angry bird...

3 pasang baju melayu


kasut faiz


kasut fahim



...:::Eeeerrrrrrr:::...

Tak tau nak letak apa tajuk posting pagi-pagi ni. Tapi tergedik-gedik gak nak bercerita kat sini tentang apa yang Ain nampak tadi masa on the way nak ge keje.

Dari jauh Ain nampak ada kereta MPV hitam dengan motor berenti tepi jalan ngan. Yang bawak MPV tu seorang LELAKI DEWASA dan yang bawak motor dua orang BUDAK SEKOLAH PEREMPUAN. Tak tau apa yang telah berlaku, tapi dari riak lelaki tu macam marah sangat. Dia keluar kereta dengan cekak pinggang. Dan budak perempuan tu hanya menikus ketakutan. 

Ada banyak andaian yang bermain kat kepala Ain masa tu. 
1. Mungkin budak perempuan tu bawak motor dengan cara yang merbahaya dan mengganggu pemanduan lelaki tu
2. Mungkin lelaki tu prihatin sangat sebab budak2 tu tak pakai halmet.
3. Mungkin budak tu anak lelaki tu, pastu kantoi plak bawak motor member ge sekolah.

Pastu sambil bawak kete Ain dok pikirkan kejadian tu. Macammana kalo yang menunggang motor tu budak lelaki, macammana reaksi LELAKI DEWASA tu. Atau macammana plak kalo yang bawa motor tu ORANG TUA, macam tu juga ke lagak LELAKI DEWASA tu.


...:::Dia Juara Masterchef Selebriti Yang 1st:::...



Seperti yang dijangkakan. Dato Fazley menang. Perghh... Memang terbaik.
Malam tadi satu family dok tercongok depan tv sebab nak tengok masterchef. Tapi Ain tak de lah sejam penuh duk depan tv tu. Almaklum lah working mom. Banyak benda nak kena settle kan sebelum tido. Huhuhu...
Berbalik pada masterchef ni, hmmm dah bleh agak D.F yang akan menang. Ye lah dia kan pakar masak western.. tapi masakan kampung pun dia ok gak kan.. Resepi Istana Menanti yang dia menang masa peti saji misteri tu masakan kampung. Pure Negeri Sembilan... hahaha... Banggo an...
Tahniah untuk D.F sebab dapat menyumbang RM57500 untuk Yayasan Jantung Malaysia. Hai.... bila lah Ain dapat menyumbang macam tu punya banyak...
Yang best nya.. masa malam tadi, peserta masterchef yang lain pun datang gak... seronok nya. (Ceh macam ada kat situ je... pada hal tengok kat tv je). Ain ngan TTK tercari-cari mana double A. Nape tak enterframe.. dah nak abis tu baru dia kuar ngan Raja Azmi kalo tak silap... Tapi kenapa rupa dia macam tu... Huhuhu....(ooppsssss tak nak cakap lebih2. sapa yang tengok dia tau lah kan...)

...:::Saya Dah 3 Bulan:::...

14 Julai lalu usia saya genap 3 bulan. Nak tau apa yang saya dah pandai buat? Saya dah pandai senyum, bila orang panggil saya pandang, saya dah boleh buat bunyi aaaa uuuuu ooooo. Bila mama dukung saya tak payah tampung kepala sebab leher saya dah kuat. Yeh yeh...
Hari ni mama bawa saya pergi klinik. Buat pemeriksaan kesihatan dan ambil suntikan DTa/DT (dos2), Hib (dos 2), IPV (dos 2). Eeee takutnya.
Sampai je kat klinik mama daftar dulu dan ambil nombor. Lepas tu tunggu untuk dipanggil ke bilik rawatan. Saya tidur masa tu. Masa saya tido saya uu huksss... Tapi saya tak nak bangun. Bila mama nak buka baju saya sebab nak timbang baru tau ada uu huksss... hehehe... sorry mama... sebagai balasannya mama basuh pakai air sejuk... huhuhu... padan muka saya...
Bila dah selesai saya masuk bilik pemeriksaan. Saya timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit kepala. Hasilnya berat saya sekarang 6.19kg, tinggi saya 61cm dan lilitan kepala 40cm. Nurse tu kata saya normal. Alhamdulillah..
Selesai semua tu tiba masa untuk disuntik... Adoi ai.... Saya jerit kejap pastu ok dah... Bila keluar nak ge farmasi amik ubat demam jumpa papa ngan abang Fahim.. Abg Fahim sakit perut. Dia kena cirit birit... Cian abang...
Oklah abang... mama ngan adik tak leh teman kan abg, abg duk ngan papa ye. Adik nak ge sekolah balik, mama nak pergi keje. Bye abang... kita jumpa kat rumah ye...




...:::Janji Termeterai - Merisik:::...

Minggu lepas Ain ada bg tau kat SINI yang Ain nak balik kampung atas urusan penting. Rentetan pada tu, satu perjanjian telah termeterai. Pasangan dua sejoli akan disatukan dalam tahun ni juga. Atas pemintaan ayahanda Majlis Pertunangan akan diteruskan sekali dengan Majlis Pernikahan. Perkara ni memang telah diketahui oleh kami adik beradik kecuali pasangan dua sejoli. Hahaha kesian... Kebetulan pulak pihak sana juga bersetuju sangat dengan cadangan tu. Bagaimana pun tarikh belum ditetapkan lagi akibat kekangan kerja dari pihak sana. Hmmm... seronoknya nak buat kenduri kahwin...


Cincin Risik

Tersarung di jari manis bukti diri telah ada yang 'mengintai' untuk dipunyai

...:::Seronoknya Balik Kampung:::...

Perkara yang paling menggembirakan bagi anak yang duduk di perantauan ialah bila dapat balik kampung, jumpa mak ayah sendiri. Sama lah macam Ain gak. So Jumaat lepas seperti yang dijanjikan, habis waktu kerja terus bertolak balik kampung (Felda Kepis, N.Sembilan). Sebab kan balik rumah Ain sendiri untuk satu malam je, pakaian yang nak dipacking tak payah banyak sangat. Hanya pack baju TTK dan anak2 je. Baju Ain??? Hmmmm... Seperti biasa Ain sebat je baju sesapa yang ada kat sana nanti. kuikuikui....



Ni je barang yang perlu dibawa


Beg isi pakaian TTK dan anak2


Beg susu Fahim dan Firas


Selimut ngan bantal (untuk anak2 tido dalam kete). Kain buai dan spring (palang buai tak yah bawak sebab kat kepis dah ada....


...Mudah Percaya Kat Orang Ke Atau Mudah Kena Tipu:::...

Macam biasa waktu rehat tengahari Jumaat ni, Ain kena jaga kedai sebab TTK nak ge solat Jumaat. Lagipun rehat Jumaat kan lama... Sampai 2.45... Tengah dok shok tengok Kasyaf Imani kat Astro Ria(kedai dah ada TV, pasang astro lagi) tetiba ada sorang wanita termengah-mengah datang. Oleh kerana dia bangsa lain, so mula-mula tu Ain tak bape paham le apa dia cakap. Mana tak nya, dah le cakap slanga lain, laju plak tu. Tambahan plak tak bg tumpuan sangat.
"Tadi saya pergi ATM Petronas, tapi kad sudah kena telan. Boleh tak pinjam 10 ringgit. Saya mahu pergi Mentakab. Nanti saya bagi balik".
Ain amik purse, kuar kan duit 10 ringgit terus bagi tanpa banyak soal. Ni kalo ain cite ngan TTK confirm kena bebel ni. Mesti dia kata ain mudah sangat caya kat orang. Senang sangat orang nak tipu Ain. Huhuhu...
Tapi tak kisah lah... 10 ringgit je kot... Mana tau dia betul-betul terdesak nak guna duit... Kalo ada rezeki orang tu pulangkan... Kalo tak, anggap sedekah je lah kan....

...:::Balik Kampung Hohoho Balik Kampung:::...

Pergh tak sabar tunggu petang ni. Nak balik kampung. Tapi balik kali ni bukan saja-saja. Sebab ada tangan yang nak memetik bunga di taman larangan ayahanda ku... hahaha... Tu yang excited jadi berganda-berganda...
Maknanya bila dah termetrai perjanjian, tak lama lagi akan ada kenduri kawin le... dah lama ayah tak buat kenduri kawin... last sekali masa kawin adik Ain tahun 2008... hahaha seronoknya walaupun penatkan...






...:::Nape Suke Tengok Citer Ni:::...



Sejak azali lagi Ain memang gile citer hindustan, terutama sekali filem SRK.. Tapi cite hindustan lain pun Ain layan gak... Dulu suke tengok maybe sebab hero ngan heroin dia yang kacak dan cun, pas tu ngan lagu-lagu yang mengasyikkan... Tapi bila dah agak dewasa ni, Ain pandang sudut lain bila tengok citer hindustan ni.

1. Pakaian
Ain perasan pelakon wanita dalam citer hindustan ni cukup bangga ngan pakaian tradisi mereka. Kalo diorang ge oversea pakai sari, pergi majlis anugerah pakai sari. Walaupun telah ditambah elemen moden tapi asas nya tetap sari kan.
Ce tengok cite Melayu, buat shooting kat oversea ada ke yang pakai baju kurung. Ada ke artis pompuan yang pakai baju kurung atau kebaya ge majlis anugerah. Hmmm... Mungkin ada tapi jarang kan....

2. Budaya dan Negara
Diorang junjung tinggi budaya diorang. Adat resam tetap dijaga. Adab sopan orang muda terhadap orang yang lebih tua. Kasih sayang anak dan ibu. Dan macam-macam lagi. Yang mana bila Ain tengok adegan tu mesti mengusik jiwa sampai kuar air mata . Huhuhu. Lagi satu tentang betapa mereka bangga dengan negara mereka.

3. Kepercayaan mereka pada Tuhan mereka.
Adegan ni mesti tak tinggal dalam mana-mana cite hindustan. Betapa mereka begitu mempercayai dengan kuasa Tuhan mereka. Mereka percaya kuasa Tuhan mereka boleh mengubah apa saja keadaan, yang mana bila Ain tengok macam tak logik je
Tapi yang sebenarnya bila Ain fikir-fikir kan, bila kita dah letakkan kepercayaan yang kuat pada Tuhan kita, apa saja boleh berlaku dengan kuasa Nya.

Tapi sekarang ni citer hindustan dah tak bape nak best tengok, terlampau moden sangat. Lagu-lagu nya pun banyak dipengaruhi oleh elemen muzik barat. Pakaian pun dah lain. Tiada lagi nilai2 kekeluargaan.. Hmmm agak bosan. Macam tak de beza bollywood dan hollywood.

Sekarang Ain suka layan drama hindustan je macam kat bawah ni. Tapi culas gak. Sebab drama hindustan ni macam sinetron indonesia tu. Episod sampai beratus-ratus. Cite meleret-leret. Tetiba ada adik beradik kembar lah.. yang mati hidup semula lah.. hahaha..



...:::Tengok SUKMA Live Dr Tingkap Ofis:::...

Sekarang ni kan tengah berlangsungnya SUKMA kat Kuantan Pahang... So ada plak acara sukan yang boleh tengok dari tingkap ofis... Apa lagi, peluang yang ada jangan dilepaskan... Tapi sukan apa yek... Jeng Jeng Jeng...



Abg Polis Dah Memulakan Tugasnya


Anak-Anak Taskanita dan Tabika Kemas Dah Mula Berdiri Ditepi Pagar dan Lereng Bukit


Dah Bertambah Ramai Dan Menanti Dengan Sabar


Kereta Pengiring Jalan Dulu


Yea Yea Dah Mula


Terbaik.........



BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff