my nuff

...:::Assalamualaikum:::...

Lama betul tak menjenguk blog ni.... Ni semua akibat perubahan hormon yang ketara sebab pregnant... Masa tu memang malas nak buka blog... Malas nak buat perkara-perkara rutin... Sekarang ni dah kembali pada asal.
Yang sebenarnya, minggu ni minggu ketiga Ain naik kerja selepas 2 bulan cuti melahirkan. Ain ambil 2 bulan je, macam tak sanggup cuti lama-lama. Hahaha... Boleh tak macam tu? Boleh lah kan. Walaupun kakitangan kerajaan boleh cuti 3 bulan sebab melahirkan, tapi Ain rasa kalau tak ada keperluan buat apa nak cuti lama-lamakan...
Ok cerita pasal anak baru, Alhamdulillah, Ain dikurniakan Amirul yang ketiga. Yang ketiga ni Ain namakan Muhammad Amirul Firas.. Lahir pada 14 April yang lalu. Berat Firas masa lahir 3.75kg. Dilahirkan secara normal. Syukur pada Tuhan sehingga hari ini Firas berada dalam keadaan yang sihat.
Jadinya untuk permulaan ni, tu aje yang boleh ceritakan. Tentang Firas yang menyebabkan perubahan hormon yang ketara dalam badan Ain.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff