my nuff

...:::Bayi koma disyaki didera pengasuh:::...





ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila koma akibat mengalami pendarahan dalam otak dipercayai didera di rumah pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 20 Jun lalu, bapa mangsa, Amriizwan Ibrahim, 29, berkata isterinya, Rosmira Ramli, 28, menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anak mereka, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, menangis dan tidak lama kemudian tidak sedarkan diri dengan keadaan tubuhnya kebiruan serta tidak bernafas.
“Isteri saya dan pengasuh kemudian membawa anak sulung kami itu ke Hospital Kulim (HK) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Doktor terbabit memberitahu anak saya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen berikutan tersedak susu selain disyaki anak saya didera.
“Bagaimanapun, doktor berusaha menyelamatkan anak saya dan meminta kami merujuk kes ini ke HSB untuk pemeriksaan lanjut,” katanya yang ditemui di HSB, di sini, semalam.
Beliau berkata, dia dan isterinya terus membawa anak mereka ke HSB pada hari kejadian dan anaknya menjalani pembedahan kira-kira jam 11 malam.
“Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan dua belah mata menyebabkan anak saya koma hingga sekarang,” katanya.
Amriizwan berkata, dia kesal kerana pengasuh itu tidak memberitahu punca kejadian dan tidak datang menjengok anaknya di hospital apatah lagi untuk meminta maaf.
“Saya kesal dengan kejadian ini kerana dia satu-satunya anak tunggal kami. Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang selepas ini,” katanya.
Menurutnya, pengasuh berkenaan menjaga enam kanak-kanak termasuk anaknya yang berusia empat bulan hingga tiga tahun.
Menurutnya, mereka baru dua bulan menghantar anak mereka ke rumah pengasuh itu memandangkan kedua-dua mereka bekerja.
“Biasanya isteri saya akan menghantar anak kami pada jam 9.30 pagi dan mengambilnya semula kira-kira jam 9.30 malam.
“Selain bayi kami, pengasuh itu menjaga lima kanak-kanak lain yang berusia empat bulan hingga tiga tahun,” katanya.
“Saya pasrah dengan ketentuan Allah dan berdoa anak saya akan kembali sedar dan sembuh seperti biasa kerana kami amat menyayanginya,” katanya.
Dia membuat laporan di Balai Polis Langgar, di sini, berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Adoi yai.... Apalah dosa anak kecil tu... Memang tak leh terima kalo baby besar tu kena dera... Ain ada gak tengok berita ni kat TV malam tadi.. Memang sadis..Baby besar tu kena pakai alat penafasan yang besar gedabak tu, pastu ada kesan operate kat kepala.... Huhuhu...

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff