my nuff

...:::Betul ke dia atau????:::...

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

29 Julai 2012

PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.
"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.
"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.
Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.
"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.
Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

Berita ni tengah hangat diperkatakan sekarang... Pada mulanya, Ain anggap macam berita kematian yang biasa-biasa je seperti berita yang lain. Tapi kali ada lainnya.
Pagi tadi singgah kedai TTK macam biasa. Sambil tunggu Fahim ambil gula-gula, Ain baca tajuk-tajuk akhbar. Yang menarik perhatian akhbar KOSMO. "Suami Syazleza Ditahan Polis".
Bila baca nama suami tu Norazman Bashah.
"Eh, macam biasa dengar lah nama ni" pastu tengok gambar.
 
 


"Ye ke? Macam lain je, sebab muka dia lebar sikit, tak macam 19 tahun dulu". Pastu selak lagi tengok gambar dia kahwin... "Haaa yang ni sama, memang sah dia"...
 

Dia Norazman Bashah bin Azam Bashah... Sahabat masa sekolah rendah dulu.... Apa yang berlaku antara dia dan arwah isterinya hanya dia dan Allah swt saja yang tahu... Wallahualam....
 
Sumber berita : Sinar Harian

2 comments:

Aziela said...

Macam tak percaya kalau Man yang buat. Sepanjang yang kami kenal dia, dia adalah seorang lelaki yang sangat bak, patuh pada apa2 undang2 sekalipun dan seorang yang periang juga. Hormat pada semua orang dan sayang isteri dia. Janganlah dia barubah...

ain1914 said...

Tulah karakter dia masa sekolah dulu... sopan dan hormat orang lain... hmm... entah lah

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff