my nuff

...:::Dah Buat Wasiat Ke Belum:::...

Semalam Ain pergi bank. Almaklumlah hari gajjjjj..... So kena settlekan semua liabiliti yang ada. Huhuhu... Tengah dok tunggu giliran tu... tetiba ada plak awek cantik gebu duk sebelah... Dia bukan nak tunggu giliran tapi nak bercerita tentang buat wasiat ngan Amanah Raya Berhad (ARB)... Dia tanya harta apa yang Ain ada macam simpanan ke, rumah ke, kereta ke... Rupanya dia nak citer pasal PERANCANGAN HARTA MELALUI WASIAT.

KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA
1. Pembahagian harta ditentukan sendiri
2. Harta terpelihara, tidak terjual atau tergadai
3. Mempercepatkan pentadbiran harta pusaka
4. Mengurangkan pertikaian waris-waris
5. Melunaskan hutang pewasiat dengan hak Allah SWT
6. Membayar semua hutang pewasiat semasa hidup sama ada terhadap manusia, bank dan sebagainya
7. Membenarkan isteri atau anak-anak perempuan mendapat hak yang sewajarnya untuk menampung kehidupan.
8. Perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengebumian pewasiat
9. Membayar zakat
10. Upah gaji, sekiranya meninggal dunia sebelum menunaikan haji.

Pastu dia tunjukan perbezaan antara orang berwasiat dengan tidak berwasiat

                            APABILA MENINGGAL DUNIA


                                    ASET DIBEKUKAN

MATI BERWASIAT                                      MATI TANPA WASIAT

Memohon Geran Probet                                  Memohon Surat Kuasa Mentadbir

ARB sebagai pentadbir                                    Perlantikan Pentadbir

                                                                       Mengumpul Maklumat

                                                                       Dua Penjamin

Pelunas Hutang                                                Pelunas Hutang

Harta Sepencarian                                           Harta Sepencarian

Wasiat - Amal Jariah

Pembahagian Faraid                                        Pembahagian Faraid

Jangkamasa 2 -6 bulan                                   Jangkamasa 2 - 10 Tahun

Kos Murah - RM350 seumur hidup               Kos Mahal - Bayar peguam dll


Hmmm... dulu ingatkan orang yang buat wasiat ni orang kaya-kaya, rupanya semua orang bleh buat wasiat. Tapi ain dah tengok pengalaman orang yang tak de wasiat meninggal dunia, untuk tuntut harta si mati, anak-anak kena naik turun mahkamah, pejabat tanah lah, kena angkat sumpah lah... huhuhu... payah payah. Ain dah cite ngan TTK pasal benda ni. Dia ok je, sekarang ain tengah nak susun ayat camna nak explain ngan mak ayah ngan mertua. Sensitif gak ni... Kalo silap cakap macam-macam tanggapan yang keluar.

1 comment:

- abdul hadi abdul muti - said...

betul tu. wasiat ni penting so that waris-waris tak bergaduh sebab harta. hancur keluarga sebab harta. acanne?

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff