my nuff

...:::Faiz Oh Faiz:::...

Ini kisah putera sulung Ain, Amirul Faiz. Umur dia sekarang nak masuk 6 tahun. Jadinya, dia dah mula bersekolah Tadika. Dah mula belajar mengenal huruf dan nombor. Bab pelajaran di usia Faiz sekarang hanya sebagai pengenalan sahaja. Biarlah belajar dari bawah. Ain tak harapkan dia terus pandai membaca cemerlang lebih dari rakan sebaya yang lain. Serius Ain cakap, sebagai ibu Ain tak teruja sangat untuk menjadikan anak-anak Ain luar biasa dari rakan-rakan sebaya mereka. Biarlah mereka belajar mengikut kemampuan mereka dan bukan ikut kemahuan orang lain. Tapi sekiranya mereka dikurniakan oleh Allah swt suatu yang anugerah yang menjadikan mereka luar biasa, syukur Alhamdulillah...
Berbalik pada Faiz ni, kecenderungan dia lebih kepada gadget yang ada game, tak kisah lah handphone ke, tablet ke, laptop ke, apa2 je lah yang ada game. Taksub nya dia pada game ni sampaikan kalau dia jumpa saudara mara yang ada phone canggih sikit, tanpa segan silu dia akan pinjam semata-mata nak main game. Yang lebih hairannya, bagi lah kat dia phone jenis apa pun, tau lah dia nak cari game dan lagi terkejut dia boleh main game tu sampai level yang tertinggi. Ain tak tau lah itu bakat yang perlu diasah lagi atau pun yang perlu dipadamkan. Hmmm... Musykil... Musykil....


No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff