my nuff

...:::Kot ye pun nak cepat, agak-agaklah wei:::...

Pagi-pagi dah ada benda yang wat Ain hangin... Dah le hari ni tak tau kenapa Firas meragam plak dalam kete.. Tapi tak de hal lah tu... dah sah-sah lah budak kecik kan...Tapi yang buat perangai seorang wanita dewasa... Macam ni kisah nya...
Biasalah pagi-pagi Ain akan hantar anak-anak ke Taska. Kat taska ni memang tak de parking, kena park kete kat bahu jalan. Macam Ain yang kena uruskan 3 orang anak serentak, memang lah ambil masa sikit.. Sambil dukung Firas nak keluar kan beg anak-anak lagi. Nak tunggu Faiz ngan Fahim kuar kete lagi.. Kalo anak-anak tu macam mat tiarap tak pe gak, sekali cakap terus ikut. Ni dengan terkial-kial nak pakai selipar, nak pegang gula-gula lah. Tapi benda tu tak jadi apa dah ngan Ain... Dah biasa sangat. Sebab bukan Ain je yang macam tu, ramai lagi parent yang hantar anak ke taska akan rasa situasi tu..
Tapi wanita dewasa ni tak bape paham kot. Dengan jalan sempit tu dia nak gak lalu dengan kete beso dia tu, bagi lah can Ain ngan anak-anak lepas dulu. Masa dia lalu tu memang sipi lagi nak kena Fahim. Eeee sabar jelah...Malas nak kecoh lebih-lebih, Ain terus hantar anak-anak masuk Taska. Dalam hati Istigfar banyak-banyak.
Lepas hantar anak-anak, Ain selisih dengan wanita dewasa ni, anak dia sorang je. Patutnya Ain yang pandang dia ngan tak puas hati.. tapi dia plak yang tunjuk muka ketat kat Ain.. Hmmm... Ain tahan lagi hati... Cuba pujuk hati " Wanita dewasa ni ada JK kot"... Tak pe lah...
So Ain masuk kete terus ge keje. Lalu sebelah kete dia nampak ada seorang wanita tua dalam tu.. maybe mak dia.. Cuba positifkan lagi anggapan "Agaknya dia nak cepat sebab nak hantar mak dia ge hospital kot". Hmmm...
Tulah jalan yang Ain maksudkan, parking kat bahu jalan je. (Ni pandangan dari tingkap bilik kat ofis Ain ke Taska)

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff