my nuff

...:::Mari Mengenali Rasulullah S.A.W - Hikmah dan Pengajaran Penting -




Dari bahagian sejarah keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang dipaparkan di atas dapat di ambil beberapa prinsip dan pelajaran yang penting, antaranya ialah :

Pertama
Bahawa dalam nasab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia tersebut terdapat beberapa dalil yang jelas bahawa Allah s.w.t mengutamakan bangsa Arab dari semua manusia dan mengutamakan kabilah Quraisy dari semua kabilah yang lain. Perkara ini dengan jelas dapat kita ketahui melalui hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Selain itu juga terdapat hadis-hadis lain yang semakna, di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah berdiri di atas mimbar kemudian bersabda yang bermaksud:

"Siapakah aku?". Maka para sahabat menjawab: "Engkau adalah rasul Allah. Semoga keselamatan dicurahkan ke atasmu". Baginda bersabda: "Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk (manusia), kemudian Dia (Allah) menjadikan mereka dua kumpulan, lalu menjadikan aku di dalam kumpulan yang terbaik. Kemudian menjadikan mereka beberapa kabilah dan menjadikan aku termasuk dalam kabilah yang terbaik. Kemudian Dia (Allah) menjadikan beberapa rumah dan menjadikan aku di dalam rumah yang terbaik dan paling baik jiwanya".

Ketahuilah bahawa diantara akibat dari mencintai Rasulullah s.a.w ialah mencintai kaum dan kabilah di mana Rasulullah itu dilahirkan. Bukan dari aspek individu dan jenis tetapi dari aspek hakikat semata. Ini kerana hakikat Arab Quraisy telah mendapat kehormatan dengan bernasabnya Rasullullah s.a.w kepada kabilah itu. Hal ini bertentangan dengan adanya orang-orang Arab atau Quraisy yang menyimpang dari jalan Allah dan berlaku kemerosotan tahap keislamannya kerana penyimpangan dan kemerosotan ini secara automatiknya akan memutuskan dan menghapuskan kaitan sandaran antara mereka dan Rasulullah s.a.w.

Bersambung.........

Sumber dari : Buku Mengenali Rasulullah S.A.W, Susunan Ustaz Johari Yaman, Terbitan NMR

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff