my nuff

...Mudah Percaya Kat Orang Ke Atau Mudah Kena Tipu:::...

Macam biasa waktu rehat tengahari Jumaat ni, Ain kena jaga kedai sebab TTK nak ge solat Jumaat. Lagipun rehat Jumaat kan lama... Sampai 2.45... Tengah dok shok tengok Kasyaf Imani kat Astro Ria(kedai dah ada TV, pasang astro lagi) tetiba ada sorang wanita termengah-mengah datang. Oleh kerana dia bangsa lain, so mula-mula tu Ain tak bape paham le apa dia cakap. Mana tak nya, dah le cakap slanga lain, laju plak tu. Tambahan plak tak bg tumpuan sangat.
"Tadi saya pergi ATM Petronas, tapi kad sudah kena telan. Boleh tak pinjam 10 ringgit. Saya mahu pergi Mentakab. Nanti saya bagi balik".
Ain amik purse, kuar kan duit 10 ringgit terus bagi tanpa banyak soal. Ni kalo ain cite ngan TTK confirm kena bebel ni. Mesti dia kata ain mudah sangat caya kat orang. Senang sangat orang nak tipu Ain. Huhuhu...
Tapi tak kisah lah... 10 ringgit je kot... Mana tau dia betul-betul terdesak nak guna duit... Kalo ada rezeki orang tu pulangkan... Kalo tak, anggap sedekah je lah kan....

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff