my nuff

...:::Pak Cik, kenapa tak puasa?:::...

Tengahari waktu rehat tadi, macam biasa Ain pergi kedai sebab bagi peluang TTK rehat dan solat. Dalam perjalanan tu, berhenti kat lampu isyarat. Kat depan kereta Ain, ada sebuah kereta lain. Sambil tunggu lampu tukar hijau, macam biasa mata melilau memandang keindahan alam. Tetiba pemandu kereta depan tu keluarkan tangan dan mengetik puntung rokok. Cuba bersangka baik. "Bukan orang Islam kot, walaupun dalam hati was was sebab warna kulit tangan tu tak macam orang bukan Islam''. Bila kereta dah jalan, atas sifat ingin tahu yang kuat sangat, Ain potong kereta orang tu. Adoi yai...Seorang lelaki melayu yang umurnya layak di panggil pak cik.

Mulalah hati berkata-kata a.k.a membebel.
Nape pak cik tak puasa, pak cik sakit ke,
Tapi takkan sakit kot sebab orang sakit tak boleh hisap rokok.
Pak cik tak malu ke hisap rokok depan orang bulan puasa ni.
Kalau pun pak cik ego sangat dengan Tuhan sampai tak nak ikut perintahNya,
pak cik jagalah nama baik isteri dan anak-anak pak cik,
Macam mana cucu pak cik nak belajar puasa kalo atuk sendiri tak puasa
(Huhuhu kurang pahala puasa ain hari ni)

Lepas tu macam biasa lah kan, dah kutuk pak cik tu berbakul2 baru sedar diri. Ish... Macam mana kalo pak cik tu memang bukan Islam. Kat sini kan banyak orang asli, rupa diorang pun sama je macam orang melayu.. Hmmm sekali lagi hati cuba bersangka baik...


No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff