my nuff

Teman Pengganti

Masa nak balik rumah tengahari tadi dengar lagu ni kat Suria.fm tapi tak tau apa nama penyanyinya ngan tajuk lagu tu... Pastu tak  sempat dengar sampai habis.... Otw nak blik ofis plak dengar lagi lagu tu... kali ni dapat dengar sampai habis.... Sampai ofis terus google cari lirik...Memang best dan mendalam maknanya....  Jom kita hayati liriknya....




Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz250bPWE6S

Selepas Raya, Atasi Masalah Toksin Berlebihan!#/atasi-masalah-toksin-berlebihan

Selepas Raya, Atasi Masalah Toksin Berlebihan!#/atasi-masalah-toksin-berlebihan

Help Send These Kids to School!

Help Send These Kids to School!

Mama, Saya Dah Pandai....

Semalam masa mama keluar amik barang kat kete, saya kan tengah baring depan tv... tapi macam boring je asyik kena baring atas narita tu.... saya pun pusing kanan pusing kiri.... pastu saya dapat meniarap sendiri... mama suka x? Suka kan.... Pasni saya nak belajar mengensot plak... Bleh 'tolong' mama kat dapur kan.... Tapi mesti mama dah pasang pagar kan.... Huhuhu....




Saya Doakan Semoga Cepat Selesai

Pagi tadi lalu kat situ memang bas tu dah rosak. Betul2 kat simpang empat nak menghala ke Jerantut.
Pastu tengah hari tadi nak balik kedai, nampaknya bas tu masih tersadai kat situ.. Tapi dah ada orang datang repair.
Ain harap semoga selesai cepat sebelum tiba waktu orang nak balik kerja.
Kalo tak, confirm jem kat situ... huhuhu... Tambah pulak dengan cuaca yang tak bape nak cerah ni...
Jangan lah hujan lebat macam ari tu...
Ya Allah, permudahkan segala urusan ku....


PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


Jom ramai-ramai join segmen ni... Mana tau kalo ada rezeki bleh dapat hadiah...
 Nak join klik kat gambo kat atas ye...

Raya 2012 - Hari Raya Ketiga dan seterusnya

Raya ketiga familiy ibu amirul ada kat Kepis... Seronok lah kan dapat balik kampung halaman sendiri.

Raya ketiga
Duk rumah je...
Tunggu family adik beradik ayah datang...
Masa tu ayah yang masak makan tengah hari... Menu utama gulai telur itik campur ngan pucuk ubi, ada sambal belacan, ikan masin dan ayam goreng....
Petang tu ain kuar ge Bahau sebab nak beli barang nak masak... Kali ni ayah nak masak Kurma Daging Kerbau...
Malam tu juga adik Ain, Ima n family balik.... memang best lah...

Raya keempat
Kali ni nak pergi beraya plak
Pergi raya sampai ke Tembangau 1. (Dah lama tak pergi situ sejak arwah pak lang meninggal).
Ingat nak singgah rumah dik ji tapi dia tak kat rumah.. Wife ngan anaknya Cayang Amani ada kat seremban. Amani masih tak sihat lagi... Cian dier...

Raya kelima
Family ibu amirul ge Ulu Bendul... Tapi Baby Firas tak ikut... Rasa macam tak sedap nak bawak baby ge tempat macam tu... So biar gambar kat bawah ni yang bercerita plak...
Sampai ulu bendul terus mandi... pastu ge taman ular sawa plak









Diam Adalah Emas


Walau apa pun orang buruk-burukkan kita sama ada perkara tu benar atau tidak, lebih baik kita diam.
Dan kalau ada orang yang menyampaikan apa yang orang buruk-burukkan kita, lebih baik kita tutup telinga. Tak payah ambil tau perkara apa yang orang buruk-burukkan kita. Dari menambah sakit hati lebih baik kita tak payah dengar.

Sebabnya:
~ Tak nak ada rasa benci terhadap orang yang mengata kita terutama sekali kalau orang itu antara yang kita sayang.
~ Kita tak tahu niat orang yang menyampaikan kepada kita, sama ada baik (sebab nak bagi tau orang yang kita sayang tu talam dua muka dan selalu kutuk kita) atau niat yang tidak baik (saja nak melaga-laga kan kita).
~ Kita tak pasti sejauh mana kebenarannya antara orang yang genuine mengutuk kita ngan orang yang menyampaikan kepada kita.

Rumusannya, bila ada orang yang mengutuk kita atau ada orang menyampaikan kutukan orang kepada kita, tutup mulut dan pekakkan telinga. Tapi yakinkan hati dengan kuasa Allah SWT kerana Allah lebih Maha Mengetahui dan satu hari nanti kebenaran yang sejati pasti akan terserlah.
Insyaallah....

Raya 2012 - Hari Raya Kedua

Jom sambung lagi cerita pasal raya...
Petang raya pertama tu kami sekeluarga pergi ke Felda Lepar Utara 3 rumah kakak TTK yang no 2. Tahun ni kak da payah nak gerak ke sana kemari sebab baru saja menerima cucu baru pertengahan ramadhan lalu.. Jadi nya kami berkonvoi 4 buah kereta ke sana.. Sebab kan kat Padang Piol tak de air, kami duk kat situ sampai malam... usai solat Isya' baru balik ke Padang Piol.

Hari raya kedua plak, rentetan dari tak de air tadi... family ibu amirul 'lari' ke Kampung Baru Jerantut. Kat situ rumah Kak Bani. Sampai sana baru lah boleh bermandi manda... hahaha.. Tak lama lepas tu family Kak Mie, Kak Chik ngan Dik Ji pun sampai...

Ada kisah menarik kat rumah Kak Bani ni atau nama jolokannya De' Kampung Farm. Abg Zul suami Kak Bani memang minat membela haiwan ternakan... Segala jenis ayam, itik, angsa, burung ada kat situ. Kucing dalam sangkar pun ada... Ain memang kagumlah dengan keseriusan abg Zul terhadap haiwan ternakan tu...

Kami duk kat situ sampai petang.. Lepas menjamu mee goreng special abg Zul baru kami bertolak balik ke Temerloh... Aik balik Temerloh dah? Haa  Laaa sebab kat Padang Piol tak de air. Ikut plan TTK malam tu tidur kat Temerloh, pagi esoknya baru balik Kepis. Tapi selepas 'berdiskusi' TTK setuju balik Kepis malam tu jugak. Tu pun nyaris-nyaris tak jadi sebab hujan lebat.. Tapi An tak kigho, domi mak ayah tocinto, hujan lobek camno pun an ghodah yo...
Dan malam tu juga kami sampai ke kampung halaman yang dirindui Felda Kepis, Bahau, Negeri Sembilan..



Nyenyak Firas Tidur... Dah Sampai Umah Atuk Ujang Sambung lagi tidur

Raya 2012 - Hari Raya Pertama

Salam aidilfitri untuk semua....Rasanya belum terlambat lagi kan...
Hmmm... sebenarnya masih tercari-cari mood kerja ni... almaklum lah seminggu lebih cuti raya... Siap 'rasuah' TTK lagi minta dia cuti lama sikit tahun ni... hehehe tengkiu abang...
So tahun ni giliran beraya di rumah mertua kat Padang Piol Jerantut... dekat je dari Temerloh, dalam sejam perjalanan. Petang Sabtu lepas Asar kami dah gerak ke sana.. TTK pulak kebetulan buka kedai separuh hari je... Semata-mata nak settle barang yang orang tempah.
Sampai kat Padang Piol ramai yang dah ada, family Kak Mie, family Kak Chik, family Dik Ji, Ucu ngan anak-anak Kak Bani. (Kak Bani ngan hubby masa nak buka nanti baru sampai).

Malam Raya
Lepas berbuka, selesai je solat maghrib TTK ngan Abg Zam suami Kak Chik mengeluarkan 'bahan letupan' untuk memeriahkan malam raya... memang syok lah... nak nak ada bunga api yang berdas das tu... Tapi anak-anak kecil meraung sekali lah sebab ketakutan...
Kami kaum-kaum ibu sibuk mengasingkan isi ngan tulang ikan.. sebab Kak Mie kata juadah hari raya tahun ni Laksa Penang a.k.a Laksa Asam..
Sambil-sambil tu mak mertua keluarkan kuih raya ngan lemang untuk mentong-mentong di malam hari... Malam tu juga kami bedok-bedok sampul duit raya sebab ipar duai ngan anak sedara Ain ada hobi mengumpul sampul duit raya...
Tengah sibuk-sibuk malam tu, tetiba black out... Apa lagi tambah kecoh lah... Nasib baik kejap je... Kalo tak mesti TTK frust sebab tak dapat tengok Arsenal main sampai habis...

Pagi Raya
Sebabkan Ain ada 3 hero yang nak diuruskan pagi-pagi ni. so awal-awal lagi ain dah ge mandi. Nanti tak de lah terkocoh-kocoh ngan anak-anak nanti... Kebetulan baby Firas dah bangun... Ngan baby Firas sekali mandi awal.. Hehehe... Sebelum pergi Solat Sunat Hari Raya.. Kami bersalam-salaman ngan agih-agihkan duit raya... Dan paling best sesi bergambar lah... Tahun ni tema baju raya family Ibu Amirul ialah kelabu....



Kelabu pilihan kami tahun ini... Cian Firas, kena angkat dari buai semata-mata nak bergambar

Keluarga Kak Mie... Biru........


Sebahagian Cucu-cucu Hj Said dan Hjh Halimah


Buah Hati ku... Faiz ngan Fahim


Cayangggggg.... Cian Amani... Raya tahun ni dia tak sihat....



...:::Aku Berlindung Dengan Allah Dari Syaitan Yang Direjam:::...

Tadi masa bw, terbaca entry ni kat blog ABE tentang perbualan Rasulullah SAW dengan syaitan...
Allahu Akbar
Rasa bergetar hati bila baca tentang janji syaitan untuk menyesatkan manusia. Namun sebagai hambanya kita kena berusaha untuk melawan segala godaan syaitan. Tapi dalam perbualan tu ada benda yang buatkan Ain risau teramat sangat dan terasa sukar sangat untuk berubah kearah itu...

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Astagfirullahnalazim.... terasa payah sangat untuk berlaku ikhlas dalam setiap perbuatan....


...:::Ibu, lamanya ambil penyapu:::...

Suatu pagi di hari minggu...

5.00 pagi
Hmmm... dah kul 5 pagi, kena bangun ni... Alahai bersepahnya bilik... Nak kena kemas ni... Masa cuti ni je bleh buat... Masa kerja tak sempat dah... Nak ge ambil penyapu kat dapur dulu...

Keluar dari bilik masa turun tangga
Eh napa pasu bunga ni senget, betul kan kejap... Berabuk dah bunga-bunga ni, ambik kain lap dulu bunga-bunga tu... Haa ok pun...

Sampai anak tangga yang terakhir
Alamak bila masa pulak budak-budak ni susun mainan kat tangga ni, Hmmm sabar je lah.. Kutip mainan tu masuk dalam bakul mainan...

5.50 pagi
Allahu Akbar Allahu Akbar
Dah masuk waktu Subuh, baik mandi ngan solat dulu...

6.00 pagi
Selesai solat turun balik nak ambil penyapu... Lalu kat ruang tamu...
Alahai... Nape lah bersepah-sepah ni... Dengan naritanya, selimut, bantal, bantal peluk pun ada... Ish ish tak leh ke tangok tv tu tak yah nak baring-baring... Duduk jelah kat sofa tu...
Kemas jap... Lipat narita ngan selimut.. Angkat sekali ngan bantal letak dalam bilik... Betulkan sofa yang tunggang terbalik tu... Susun surat khabar dengan majalah... Betulkan pasu bunga....Lap habuk-habuk yang ada.... Hmmm ok dah

7.30 pagi
Masuk dapur nak ambil penyapu... Terpandang singki penuh ngan cawan...
Laaa.... ni mesti tengah malam tadi minum tapi tak reti-reti nak basuh sendiri... Basuh cawan dulu.. kemas singki... letak balik pinggan mangkuk yang dah siap basuh kat rak, bersihkan singki.

Masa nak ambil penyapu... Nampak pulak mesin basuh
Alamak kain yang basuh malam tadi tak sidai lagi... Keluarkan kain dari mesin masuk dalam bakul. Pastu sidai kat luar....

Dah siap sidai, nak masuk rumah nak ambil penyapu...tapi...
Amboi bersepahnya depan rumah ni... Selipar ngan kasut tak susun... Lantai berpasir... Sapu dulu, susun selipar ngan kasut... Nampak pulak bunga.... Siram dulu... bersihkan daun yang gugur... Cabut rumput sikit...

9.30 pagi
Masuk rumah... baru je nak ge dapur....
Uwwwwaaaaaa.... Alahai... baby dah bangun plak.... Naik atas, pujuk baby.... bagi susu... Pastu mandikan baby... bagi susu lagi... pastu tidurkan.... 

11.00 pagi
Pergi dapur nak ambil penyapu.... tapi
Nampak peti ais... Hmmm... hari ni nak masak apa untuk makan tengahari ni... keluarkan ayam dan sayur letak kat singki....

Ambil penyapu dan masuk bilik untuk dikemas.... Hmmm... Lamanya nak ambil penyapu tu...
Tapi cerita tu tak habis kat situ je... Lepas bilik di kemas... banyak lagi tugas yang menanti... huhuhu....

...:::Banyaknya Duit Tu...:::....

Tak mau cite panjang-panjang. Jom kita tengok antara koleksi duit yang disimpan oleh biras Ain ni... Teruja sangat bila tengok duit-duit tu.






Satu Ringgit

Lima Ringgit

Sepuluh Ringgit

Sepuluh Ringgit

Dua Puluh Ringgit

Lima Puluh Ringgit

Lima Puluh Ringgit Lama

Lima Puluh Ringgit Edisi Komanwel 98

Lima Puluh Ringgit Edisi 50 Tahun Kemerdekaan

Seratus Ringgit



       
Zaman British
 
Duit Zaman Jepun



Kat bawah ni antara duit dari luar negara...






Tu tak termasuk duit edisi baru tahun 2012 dan koleksi duit syiling...



...:::Petua Untuk Wanita-Bhgn 4:::...


Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah kahwin nanti.


Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Petua Untuk Wanita Bhgn 1, Bhgn 2, Bhgn 3

...:::Lagi Cerita Tentang Menutup Aurat:::...

 



Masa blogwalking tadi, jumpa artikel ni... So Ain minta dari TUAN RUMAH untuk share kan kat sini.

Satu komen di artikal yahoo menarik minat aku ..

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

Renung-renungkan lah ye.... Kita tak perlu jadi baik Untuk menyampaikan sesuatu baik.

...:::Petua Untuk Wanita - Bhgn 3:::...




Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dari hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. JIka boleh jadikan ia amalan setiap hari.



Suara Perindu
Elakkan dari banyak makan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.


Petua Untuk Wanita Bhgn 1, Bhgn 2

...:::Perbualan Ustaz Dengan Seorang Gadis Yang Tidak Menutup Aurat:::...

Ain dah lama nak wat entry pasal kepentingan menutup aurat ni. Tapi Ain bukan lah seorang yang begitu arif tentang hukum hakam menutup aurat. Jadinya Ain minta tolong En.Google untuk dapatkan info supaya dapat dikongsikan untuk sama-sama kita memperbaiki diri sendiri.

Liberal Gurlz :

“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”



Sumber dari nizarazu



...:::Betul Ke Keputusan Aku Ni:::...

Semalam Ain ada buat satu keputusan yang agak mendadak.
Tanpa berbincang dengan sesiapa pun.
Hanya ikut kan kata hati.
Tapi natijahnya sampai sekarang Ain dok fikir betul ke keputusan yang Ain buat semalam tu.
Nak patah balik tak boleh dah.
Nanti dah dapat hasilnya, macam mana plak nak bagi orang yang sepatutnya Ain tanya pendapatnya dulu. Huhuhu....
Tak pelah biar lah masa yang tentukannya.
Dan Ain harap ia tak mengecewakan sesiapa tapi akan menggembirakan semua orang.
Nak tau keputusan apa yang Ain buat?
Tunggu......
Dah dapat hasilnya nanti Ain akan kongsikan kat sini.

...:::Petua Untuk Wanita - Bhgn 2:::...





Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur



Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

 

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff