my nuff

...:::Bila Suami Jadi Suri Rumah:::...

Zaman sekarang ni suami jadi suri rumah dan isteri keluar bekerja bukan perkara yang ganjil. Macam contoh terdekat blogger terkenal En.Ben Ashaari yang memilih untuk menjadi Mr.Mama demi anak kesayangannya Qhalif Iman. Tapi bukan lah duduk rumah sesaja je. Ada kerja yang dia boleh buat dari rumah untuk jana pendapatannya. Ok kita tinggal dulu pasa En. Ben, sebab bukan itu yang Ain nak fokuskan.

Ada juga suami yang jadi suri rumah sepenuhnya dan pendapatan keluarga di jana oleh si isteri. Tapi janganlah sampai kualiti diri sebagai seorang suami lebih rendah daripada isteri. Memang di atas kertas kadang-kadang si isteri berkelulusan tinggi dan bergaji tinggi tapi itu hanya sekadar di atas kertas. Hakikatnya suami tetap suami yang perlu dihormati oleh isteri sampai bila-bila.
Kalau pun kelulusan suami lebih rendah dari isteri, tapi si suami boleh tunjukkan kualiti diri yang lain. Jadi lelaki budiman dan beriman. Cukup untuk menjadikan isteri tadi tunduk pada suami dalam apa keadaan sekali pun. 

Yang menjadi masalahnya sekarang bila si suami dah duduk rumah dan isteri keluar bekerja, terus hilang ciri-ciri seorang lelaki dan suami. Ini adalah kerana si suami merasakan si isteri boleh melakukan apa saja sehingga semua tanggungjawab di letak atas bahu isteri tu. Satu perkara yang suami selalu lupa ialah isterinya itu seorang wanita biasa. Walaupun IQ wanita tu tinggi, EQ mereka tetap rendah daripada lelaki. Bila mereka penat atau bosan, tiada lagi keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Ego isteri menjadi tinggi dan memandang rendah pada suaminya. Sampai satu tahap si isteri hilang hormat pada suami. Kalau dah macam tu macam mana rumahtangga nak berkat.

Oleh itu, wahai suami yang bergelar MR.Mama, walaupun tanggungjawab mencari rezeki telah beralih kepada isteri, tugas sebagai ketua keluarga tetap milik anda.


1 comment:

محمد شهريل القنيطري said...

betul tu...jgn sampai tugas utama seorang suami pon diabaikn...ermmm

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff