my nuff

...:::Faiz kena pakai cermin mata:::...

Baru-baru ada doktor mata datang ke sekolah Faiz dan periksa mata kanak-kanak di situ. Hasilnya, Faiz kena pergi jumpa pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.  Dan semalam Ain bersama TTK bawa Faiz ke HoSHAS sebab nak jumpa pakar mata tu.
Macam biasa hospital kerajaan kan memang terkenal dengan birokrasinya. Mula-mula kena ambil nombor untuk pendaftaran. Kena tunggu untuk sampai giliran. Bila dah daftar dapat nombor lain pula. Tunggu lagi untuk dipanggil jumpa pakar.
Bila dah masuk dalam bilik pemeriksaan tu, Faiz diarah kan untuk buat ujian mata. Faiz kena baca nombor yang ada kat depan dari jarak yang ditetapkan. Faiz memang kenal nombor dan dia tiada masalah untuk itu. Tapi masalahnya Faiz tak boleh ditekan. Dia akan jadi takut. Daripada kenal nombor tu langsung tak boleh baca. Terpaksa papa dia tolong tunjukkan nombor tu satu-satu.
Lepas selesai tu, tunggu lagi untuk jumpa doktor pula. Dan kali ni Faiz kena buat ujian mata macam tadi tapi dengan bantuan cermin mata khas. Selain tu, doktor tu juga guna satu alat khas untuk mengesan tahap penglihatan Faiz. Dan hasilnya mata kanan Faiz rabun berbanding mata kirinya. Doktor tu kata Faiz kena pakai cermin mata tapi pemeriksaan yang selanjutnya akan diadakan sebulan lagi.
Masa balik dari hospital tu TTK mula bising kat Faiz. Sebab Faiz tak suka makan sayur dan satu perkara yang menjadi kerisauan kami ialah hobi dia yang suka main game di hp dan laptop. Faiz diam je lah.
Dan masa buka semalam, TTK belikan air lobak susu untuk Faiz.
Tapi kami masih memikirkan cara macam mana nak bagi mata Faiz ok balik. Sebab rasa macam tak patut anak sekecil pakai kaca mata. Macam mana ye??????


Surat rujukan ke pakar mata

1 comment:

nini said...

kesiannya kecik-kecik dah pakai cermin mata...akak bagi faiz makan lobak selalu....bagi cerah mata...=D

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff