my nuff

...:::Ni Air Kelapa ke air Masak?:::....

Petang semalam TTK beli 2 jenis air. Air lobak susu (sebab mata faiz dah nak rabun, klik sini kalau nak tau ceritanya) ngan air kelapa. Air lobak susu tu ok lah rasanya. Tapi air kelapa tu buat Ain tertanya-tanya. Ni air kelapa ke air masak. Dah lah warnanya tak macam air kelapa pun. Jernih semacam je. Lepas tu secarik isi kelapa pun tak de. Tu tak pe lah. Tapi bila rasa, alamak........ Ni air kelapa ke air masak? Tawar semacam je.
Tak tau lah, peniaga bazar Ramadhan ni suka ambil kesempatan masa bulan puasa ni. Patutnya kalau nak berniaga makanan ni kena lah betul-betul. Buat macam tu kan menipu nama nya. Rezeki berniaga tadi pun dah tak berkat. Sebab tu lah Ain jarang beli makanan kat bazar Ramadhan, lebih baik masak sendiri. Kalau tak sedap pun puas hati sebab masak sendiri. Ni kalau beli, dah lah mahal tapi tak sedap pulak. Sabar je lah.

Gambar Hiasan


4 comments:

Shahril Nasir said...

kalo dlm gambar mmg nampak air kelapa..hehe

aNiss :):) said...

anis pun selalu mcm tuu, beli air kelapa,tapi rase cm air masak :(

Kerabu Jantung said...

Memang ramai peniaga mengambil kesempatan, terutamanya di musim perayaan..

KJ pernah terkena beli bubur lambuk bila balik nak makan, rupanya dah basi.

Beli ikan bakar , nampak cantik dan sungguh menyelerakan, bila makan baru tahu ikan tu dah tak berapa elok

Peniaga yang menipu pelanggan memang tak akan bertahan lama!

Kancil 8349 said...

tulah...teruk betul perangai mereka nie

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff