my nuff

Raya 2012 - Hari Raya Kedua

Jom sambung lagi cerita pasal raya...
Petang raya pertama tu kami sekeluarga pergi ke Felda Lepar Utara 3 rumah kakak TTK yang no 2. Tahun ni kak da payah nak gerak ke sana kemari sebab baru saja menerima cucu baru pertengahan ramadhan lalu.. Jadi nya kami berkonvoi 4 buah kereta ke sana.. Sebab kan kat Padang Piol tak de air, kami duk kat situ sampai malam... usai solat Isya' baru balik ke Padang Piol.

Hari raya kedua plak, rentetan dari tak de air tadi... family ibu amirul 'lari' ke Kampung Baru Jerantut. Kat situ rumah Kak Bani. Sampai sana baru lah boleh bermandi manda... hahaha.. Tak lama lepas tu family Kak Mie, Kak Chik ngan Dik Ji pun sampai...

Ada kisah menarik kat rumah Kak Bani ni atau nama jolokannya De' Kampung Farm. Abg Zul suami Kak Bani memang minat membela haiwan ternakan... Segala jenis ayam, itik, angsa, burung ada kat situ. Kucing dalam sangkar pun ada... Ain memang kagumlah dengan keseriusan abg Zul terhadap haiwan ternakan tu...

Kami duk kat situ sampai petang.. Lepas menjamu mee goreng special abg Zul baru kami bertolak balik ke Temerloh... Aik balik Temerloh dah? Haa  Laaa sebab kat Padang Piol tak de air. Ikut plan TTK malam tu tidur kat Temerloh, pagi esoknya baru balik Kepis. Tapi selepas 'berdiskusi' TTK setuju balik Kepis malam tu jugak. Tu pun nyaris-nyaris tak jadi sebab hujan lebat.. Tapi An tak kigho, domi mak ayah tocinto, hujan lobek camno pun an ghodah yo...
Dan malam tu juga kami sampai ke kampung halaman yang dirindui Felda Kepis, Bahau, Negeri Sembilan..



Nyenyak Firas Tidur... Dah Sampai Umah Atuk Ujang Sambung lagi tidur

1 comment:

Mrs Velentine said...

bby mmg kuat tidur kan..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff