my nuff

Raya 2012 - Hari Raya Pertama

Salam aidilfitri untuk semua....Rasanya belum terlambat lagi kan...
Hmmm... sebenarnya masih tercari-cari mood kerja ni... almaklum lah seminggu lebih cuti raya... Siap 'rasuah' TTK lagi minta dia cuti lama sikit tahun ni... hehehe tengkiu abang...
So tahun ni giliran beraya di rumah mertua kat Padang Piol Jerantut... dekat je dari Temerloh, dalam sejam perjalanan. Petang Sabtu lepas Asar kami dah gerak ke sana.. TTK pulak kebetulan buka kedai separuh hari je... Semata-mata nak settle barang yang orang tempah.
Sampai kat Padang Piol ramai yang dah ada, family Kak Mie, family Kak Chik, family Dik Ji, Ucu ngan anak-anak Kak Bani. (Kak Bani ngan hubby masa nak buka nanti baru sampai).

Malam Raya
Lepas berbuka, selesai je solat maghrib TTK ngan Abg Zam suami Kak Chik mengeluarkan 'bahan letupan' untuk memeriahkan malam raya... memang syok lah... nak nak ada bunga api yang berdas das tu... Tapi anak-anak kecil meraung sekali lah sebab ketakutan...
Kami kaum-kaum ibu sibuk mengasingkan isi ngan tulang ikan.. sebab Kak Mie kata juadah hari raya tahun ni Laksa Penang a.k.a Laksa Asam..
Sambil-sambil tu mak mertua keluarkan kuih raya ngan lemang untuk mentong-mentong di malam hari... Malam tu juga kami bedok-bedok sampul duit raya sebab ipar duai ngan anak sedara Ain ada hobi mengumpul sampul duit raya...
Tengah sibuk-sibuk malam tu, tetiba black out... Apa lagi tambah kecoh lah... Nasib baik kejap je... Kalo tak mesti TTK frust sebab tak dapat tengok Arsenal main sampai habis...

Pagi Raya
Sebabkan Ain ada 3 hero yang nak diuruskan pagi-pagi ni. so awal-awal lagi ain dah ge mandi. Nanti tak de lah terkocoh-kocoh ngan anak-anak nanti... Kebetulan baby Firas dah bangun... Ngan baby Firas sekali mandi awal.. Hehehe... Sebelum pergi Solat Sunat Hari Raya.. Kami bersalam-salaman ngan agih-agihkan duit raya... Dan paling best sesi bergambar lah... Tahun ni tema baju raya family Ibu Amirul ialah kelabu....



Kelabu pilihan kami tahun ini... Cian Firas, kena angkat dari buai semata-mata nak bergambar

Keluarga Kak Mie... Biru........


Sebahagian Cucu-cucu Hj Said dan Hjh Halimah


Buah Hati ku... Faiz ngan Fahim


Cayangggggg.... Cian Amani... Raya tahun ni dia tak sihat....



1 comment:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff