my nuff

Msuite... hmmm best nye...

Sekarang ni ain ngan anak2 ada kat JB sebab ain ada kursus. Sebab kan firas masih bf, so ain kena bawak semua sekali. Tp TTK tak ikut lah... kat jb ni kami stay kat msuite. So untuk keselesaan mak, adik dan anak2, ain amik suite.

Ok lah... mlm ni x de apa aktiviti... maybe nak bwk adik pusing jb ni. Esok masa ain kursus dia bleh survey cr tpt mkn sendiri.







Sesat....

Dah bape tahun tinggalkan tempat ni, banyak yang berubah. Tadi masa nak ge beli makanan, boleh sesat. Huhuhu. Sedih betul. Sib baik signboard ada...

Dulu Ain Pun Camtu Juga

On the way nak balik ofis tadi terdetik rasa syukur yang teramat sangat. Yelah kan, Ain ada dalam kereta, ber ekon, ada bumbung. Tak panas. Tapi mereka dua beranak hanya naik motor. Dalam keadaan panas berdenting tu. Tu mujur kalo mereka sempat sampai ke rumah sebelum hujan.
Teringat Ain satu ketika dulu, Ain pun camtu gak. Masa form 1 Ain dah duduk asrama. Kebetulan masa form 1 tu Ain kena sekolah sesi petang. Jadi, bila hujung minggu nak balik rumah ayah kena jemput sebab lepas habis sekolah kul 6 petang mana ada bas dah. Ayah lah yang datang amik Ain kat sekolah. Turun dari tangga sekolah dah nampak ayah kat bawah pokok. Terus berkejar pergi kat ayah. Ayah sarungkan topi keledar. Topi keledar biasa saja tanpa penutup muka.
Masa tu ayah hanya bawak motor kapcai NN4346 warna biru. Ayah tak de lesen dan motor pun tak de roadtax. Jadinya dari pekan Batu Kikir tu kami akan meredah kampung-kampung dan kebun getah dalam remang senja tu. Kadang-kadang lampu motor tak hidup, tapi ayah dah stanby lampu celait (lampu picit). Ayah akan pastikan menjelang Maghrib mesti sampai ke rumah.
Tapi sekarang, Alhamdulillah, zaman itu telah berlalu. Ayah dah ada lesen memandu. Dah ada dua kereta lagi, walaupun bukan kereta mewah tapi itu sudah memadai.

Jom Tambah Follower



Dah lama cik Lulu ni tak wat segmen...
So pada kengkawan yang berminat nak join dan tambah follower a.k.a sabahat, bleh klik banner cik Lulu tu...

Di Bandar Itu

Di bandar itu
Bermula lah kehidupan sebenar
Sebagai isteri dan juga ibu
Di bandar itu
Ku belajar untuk sentiasa dihadapan
Supaya tidak ketinggalan
Di bandar itu
Jiwa ku semakin keras
Dek tekanan untuk menerus kehidupan
Di bandar itu
Aku seperti aur
Yang perlu cari jalan keluar dari kesesakan
Aku harus tinggalkan bandar itu
Bukan kerana tidak tahan dengan tekanan atau kesesakan
Tapi kerana bandar itu
Telah mencoretkan kisah duka
Kisah yang yang akan terus terpatri dalam lipatan kenangan
Kisah yang telah merubah aku sepenuh
Kisah yang telah menjadi aku seorang yang lain
Dan kisah yang aku takkan lupa hingga akhir hayat ku
Walau berkali-kali ku cuba melupakannya
Dan esok
Kaki ini akan kembali jejak di tanah bandar itu
Atas tuntutan hidup bandar itu akan ku kunjungi
Walaupun seketika tapi cukup untuk membuatkan
Luka lama kembali membengkak.......

Orang Lelaki Pun Kena Tutup Aurat

Ku Lepaskan Mereka Dengan Mata Yang Berkaca



Hari ni Faiz ngan Fahim balik kampung ikut Memey diorang... Huhuhu sedihnya... Yang pasti sepanjang petang ni mood Ain mesti tak berapa baik... Pssst... Pada TTK harap bersabar ye...
Faiz ngan Fahim balik kampung naik kete Memey. Diorang gerak dari kedai sebab Memey tunggu kat kedai.. Naluri keibuan kan... Walaupun dah puas lambai melambai tetap nak follow juga... Ain bawak kete lain follow kete Memey... Bila di lampu isyarat, lambai melambai lagi... Beberapa meter nak sampai simpang yang memisahkan kami, mata mula berkaca, dada mula nak pecah.
Akhirnya bila sampai di persimpangan.. hon dibunyikan.. lambai melambai lagi... dan air mata pun tumpah... Uwaaaaaaaaaaaaaaaa........


Muara Hati Adam Dan Hawa



Puas dok pikir apa lah yang nak ditepek kat blog ari ni. Nak cite pasal mimpi malam tadi? Tak tau nak citer camna, yang ingat malam tadi mimpi pergi tanah perkuburan dan ada pengkebumian jenazah beramai-ramai. Entah lah camna nak citer pun tak tau...
Pastu tadi dok belek pesbuk... Ada yang posting rangkap pertama lagu Muara Hati OST drama Adam dan Hawa, Kebetulan plak Ain memang tengah layan citer tu... So apa kata kita hayati lirik lagu tu...

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Kenapa Tak Boleh Pandu Kereta Laju-laju





1. Bila dah penat mata jadi mengantuk, jadi bahaya memandu laju takut-takut terlelap masa memandu

2. Kita tak tahu apa yang akan berlaku didepan kita seperti :
- Orang atau haiwan melintas
- Kereta di depan berhenti mengejut
- Kereta di depan menukar arah dengan tiba-tiba

3. Jangan yakin sangat dengan kondisi kenderaan kita, takut-takut ada kerosakan yang kita tak perasan yang boleh menyebabkan kemalangan.

4. Kalo memang tak sayang kan duit sebab bayar saman, tolong lah hargai nyawa insan-insan yang naik kereta bersama anda.

Kenapalah Dengan Ain Hari Ini

Pagi ni bangun awal dari biasa, bersantai-santai, tak kelam kabut. Kemas beg anak macam biasa, gosok baju. Siapkan anak-anak dan pergi kerja. Tapi bila sampai ofis, alamak....

Nape bleh jadi camni. Huhuhu.. lepas punch card, buat apa yang patut, pastu balik umah balik untuk tukar kasut. Huhuhu. Moral dari apa yang berlaku pagi, jangan letak kasut yang hampir sama struktur dan fesyen berhampiran...
Dan ini bukanlah entry untuk memalukan diri sendiri tapi sebagai ingatan untuk lebih peka dan berhati-hati....

Ada apa dengan KPop

Tadi pergi makan tengahari ngan adik. Kat kedai makan tu seorang remaja juga pelanggan kedai makan tu. Remaja tu betul-betul menarik perhatian Ain. Setakat pakai jeans ngan tshirt lengan singkat yang tu tak ada apa yang pelik, rambut disanggul ala-ala penyanyi KPop pun tak pelik lagi, yang peliknya bila remaja mengenakan bingkai kaca mata tanpa cermin (bleh bayang tak) ngan ada corak hello kitty kat tepi bingkai tu. Bingkai kaca mata tu tebal dan berwarna coklat... Alamak.... Pesen apa ni....

Mungkin Ain yang ketinggalan zaman, sebab cari kat google ada cermin mata tu...

Tapi Ain memang tak boleh terima budaya Kpop ni. Puas lah adik-adik Ain dok tunjukkan drama-drama pelakon kpop ni, lagu-lagu diorang... tapi still tak leh masuk gak... Dan yang terbaru fenomena Gangnam Style... Huhuhu... Lagi lah ntah apa-apa.. Bila dengar lagu tu, dok Joja joja... hehehe. Tengok klip dia plak... Adoi yai.. apa yang best sangat pun Ain tak tau... Dok kangkang kangkang... Hmmmm

Bukannya Ain tak pernah tengok langsung drama korea ni, tapi masa zaman remaja dulu ada juga drama korea yang betul-betul meninggalkan kesan macam Winter Sonata, Autumn In My Heart.
Pada peminat Kpop, Ain minta maaf ye, Ain tak jumpa lagi mana 'seni'nya hiburan Kpop ni.

BLOGLIST KESUMA ANGSANA


Segmen yang Ain nk join hari ni ialah Bloglist Kesuma Angsana. Macam biasa sapa nak join, bleh klik kat banner tu ye.
Kenapa Ain join ni dan follow K.A, sebabnya K.A ni pun follower Ain gak. Dan dengan menggunakan nama KESUMA ANGSANA, hmmm memang cukup menarik perhatian. Ada rahsia disebalik rahsia......

Kasut Sekolah Faiz

Kasut nie dah lama beli.dah dekat 9 bulan agaknya.Bru 2 3 kali pakai lepas 2 Faiz lebih suka pakai selipar je ge tadika.Pagi tadi cikgu faiz beritahu yang esok ada lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh.

Mulalah kelam kabut cari balik kasut 2,sebab memang dah tahu kasut 2 agak kotor sedikit.Biasalah budak tadika mana tahu lagi nak jaga kasut agar x kotor.Dapat main tanah kasut kemana stokin kemana.

Puaslah sental kasut 2 agar hilang kesan tanah.Nanti basuh lambat takut lambat pulak kering.X sempat pulak nak kapur nanti.Tengok cuaca pun hari nie cerah je.Sempat tengah hari  nie kering dan terus letak kapur kasut.


Nak cepat kering punya hal,jemurlah kasut 2 atas Van ayah dia.hehehe.Esok bolehlah Faiz pakai kasut 2 dengan senyuman.harap2 dia kontrollah gigi dia.Dah besar anak aku sorang nie.

Alpha Lipid LifeLine

Sekarang ni Ain sedang menggunakan produk kesihatan ni. Adik Ain yang cadangkan. Mulanya Ain nak guna Alpha Lipid Sd2. Almaklumlah, lepas bersalin mestilah nakkan badan yang cantik balik. Tapi ada kekangan yang menyebabkan Ain tak boleh ambil SD2 iaitu Ain masih lagi menyusukan Firas dan Ain mengamalkan pil perancang.
Berbalik pada Alpha Lipid Lifeline ni, memang teramat sesuai untuk working mother macam Ain ni. Lepas seminggu mengamalkan nya, Alhamdulillah, masalah keletihan tu dah kurang. Jadi, jom kita tengok apa lagi yang kebaikan Alpha Lipid Lifeline ni. Ni Ain amik dari http://www.alphalipid.net/

Kandungan yang boleh anda perolehi didalam Alpha Lipid LifeLine

Kandungan Vitamins

Vitamin A - Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12 - Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6 - Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin C - Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D - Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
Vitamin E - Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

--------------------------------------------------------------------------------

Kandungan Minerals

Folic Acid - Pembentukan darah (merah) baru.
Magnesium - Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
Iron - Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Sodium - Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
Kalsium - Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid "monopous" akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
Potassium - Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Rata-rata kesihatan kita semakin hari semakin menurun, ini adalah disebabkan faktor yang tidak dapat kita elakkan seperti faktor meningkat usia dan faktor persekitaran termasuk udara yang kita sedut setiap saat.
Begitu juga dengan cara pemakanan kita yang tidak menyihatkan dengan makanan ringan, makanan yang berlebihan lemak dan gula.
Penggunaan alatan elektorik disekeliling kita termasuk Telefon Bimbit, Microwave dan Penghawa Dingin.
Kekurangan Vitamin, Mineral dan Antibodi didalam tubuh.
Kurang bersenam, sehinggakan ada diantara kita yang langsung tidak pernah bersenam.
Tekanan kehidupan dirumah dan ditempat kerja.

Berapakah harga yang perlu dibayar untuk menjaga kesihatan Anda dan Keluarga?

Harga satu tin (450g) Alpha Lipid LifeLine ini hanyalah RM180 sahaja. Dengan khasiat yang berbagai untuk kesihatan tubuh kita dan keluarga, ia merupakan minuman kesihatan yang paling lengkap dan paling murah di pasaran.



Psssssst.... Kalo ada yang berminat boleh email Ain (fkay1914@gmail.com)

Bila Faiz Berkaca Mata

Sebelum ni Ain ada citer pasal Faiz kena jumpa pakar mata dalam entry INI.
Balik dari hospital terus ge kedai cermin mata. Dan bila dah siap dan dipakai oleh Faiz... Hmmm gitu lah rupanya...


Tapi Ain takkan bagi dia pakai selalu... sebab masalah matanya hanya silau bukan rabun. Jadi, Ain bagi dia pakai masa tengok tv atau masa main game kat pc atau tab. Sebab kalo bagi dia pakai selalu, takut2 cermin mata tu tak tahan lama. Ce tengok perangai si Faiz ni... Memang tak leh duk diam....


Hehehe.... Yang ni gambar bonus... Bila dah tengok abg pakai cermin mata, mestilah siadik pun nak cuba gak. Bergambar dengan cermin mata abang Faiz...

Segmen Follow Follow by Amy Fendi


Segmen follow follow lagi... sesapa nak join bleh macam biasa bleh klik banner tu ye...

Cara-cara (Ain salin sepenuhnya dari empunya blog)


# Follow blog Amy Fendi *wajib

# Buat satu entry tajuk "Segmen Follow Follow by Amy Fendi"

# Copy & Paste banner di atas. Linkkan semula ke entry ini .

# Ceritakan pengalaman yang tak dapat korang lupakan dalam hidup korang. *sunat

# Nyatakan sama ada korang nak header atau cursor sebagai Hadiah jika terpilih

# Siap? Hantarkan link entry korang tersebut ke comment di bawah.

Pengalaman tak boleh dilupakan : Melahirkan ketiga-tiga AMIRUL
Kalau terpilih : nak hadiah cursor

Adakah Kita Orang Yang Tepat Untuk Beri Pendapat

Pernah tak kengkawan hadapi situasi bila nak buat sesuatu keputusan yang kadang kala memerlukan pendapat dari orang lain. Contohnya dalam membuat keputusan yang melibatkan kos yang besar seperti beli rumah atau pelaburan...

Untuk meminta pendapat atau pandangan seseorang tentang keputusan kita, kita mesti kenal pasti sama ada orang tu jenis positif atau negatif atau natural....

Meh nak cite dulu tentang orang negatif dulu. Orang negatif ni, orang yang suka mengatakan tidak atau orang yang menganggap semuanya tak betul. Orang ini jenis yang hanya memilih jalan selamat dan tidak suka akan risiko...Tambahan plak jika terdengar khabar tidak baik tentang apa yang nak diputuskan...

Orang yang positif plak adalah sebaliknya... Orang jenis ini akan menyetujui segala keputusan kita... Berani tanggung risiko... Tak kira risiko tinggi atau rendah... Baginya apa saja keputusan ada risikonya... Dan jika keputusan yang dibuat salah... Tak apa... Itu adalah lumrah...

Orang yang natural pula adalah orang yang buat kita berfikir banyak kali sebelum sesuatu keputusan dibuat. Orang ini akan membentangkan segala baik buruk jika sesuatu perkara itu diputuskan...Yang boleh kita jadikan panduan sebelum sesuatu keputusan dibuat...

Jadi, kita ni kategori orang yang macam mana... layak kah kita dijadikan tempat orang untuk merujuk minta pendapat.. Kerana jika ada seseorang datang pada kita dan minta pandangan kita contohnya nak beli rumah, makna separuh dari hati orang itu memang nak beli rumah tu... Sebab kalo dia taknak beli rumah tu, dari awal lagi dia katakan tidak tanpa perlu pendapat dari sesiapa...Jadi kita kena bijak main 'tarik tali' agar orang tu tidak pulang dengan hati yang kecewa walaupun pada dasarnya, pendapat kita tu membantah keinginannya...

Harith Iskandar Terbaik.......



Kengkawan mesti kenal sapa Harith Iskandar kan, stand up comedian yang terkenal. Kalo dulu, bila orang kata Harith Iskandar ni kelakar, Ain puas pikir apalah yang kelakarnya... Tengok dia berlakun pun macam boring je.
Tapi baru2 ni Ain tengok Lawak ke Der yang ditayangkan kat Astro masa hari raya ari tu (hehehe, mana sempat nak tengok secara langsung kat IB). Yang ada Nabil sebagai pengacara, Jozan, Boboy ngan si Harith Iskandar ni. Lawak Nabil, Jozan ngan Boboy dah biasa tengok tapi Harith Iskandar ni, Ain tak penah tengok dia buat lawak. Bila dah tengok... Perghhhhhhh........ Terbaik... Walaupun buat lawak sorang-sorang tapi memang kelakar dan BERISI. Tu yang penting kan.... Tak lama lagi ada Lawak Ke Der yang keduakan... Hmmm kalo lah boleh tengok life.


Pssstttt.... Tengok teater secara life memang impian dari dulu lagi.... tapi tak tercapai lagi... Kalo lah ada insan yang boleh tolong realisasikan impian tu...... Hmmmmmmmm

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?- Ustaz Azhar Idrus

Sempena hari Jumaat yang mulia, meh Ain nak kongsikan sesuatu untuk kita sebagai muhasabah diri dan semoga kita tak termasuk dalam golongan itu. Insyaallah.

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian



Tafsir Mimpi - Ular

sumber - google


Masa bw tadi Ain terbaca pasal kawan blogger ni Mrs Velentine mimpi ular yang banyak. Ain pun pernah gak mimpi macam tu. So, Ain google lah cari tafsiran mimpi tu. Tapi jangan percaya sangat . Cuma jadikan sebagai pedoman untuk kita sentiasa berhati-hati.

Mula-mula Ain jumpa kat SINI - Kalo mimpi ular yang banyak, kita akan panjang umur dan diberi kebahgiaan.

Kat SINI pun sama, kalo mimpi jumpa ular yang banyak maksudnya panjang umur.

Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui.
Sumber hotreload2u.blogspot.com

Hmmm.... Kalo camtu tawakal je lah pada Allah Swt. Kalo mimpi tu mendatangkan kebaikan, syukur Alhamdulillah, jika sebaliknya semoga Allah beri pertolongan kepada kita untuk menghadapi segala musibahnya.

Mama, saya dah lima bulan



Hari ni mama bawa saya pergi klinik untuk pemeriksaan kesihatan sempena umur saya 5 bulan. Saya ok je. Kalau dapat jalan-jalan memang saya suka. Tak kisah lah mama nak bawa pergi mana pun.

Tapi saya rasa hari ni hari sakit sedunia, ramainya orang kat klinik. Kesian kat mama saya, dua tiga kali pusing cari tempat letak kereta. Akhir nya mama nekad parking kat tepi bangunan walaupun kat situ tak boleh letak kereta. Nak buat camna kan, kalo parking jauh-jauh, nanti saya kena panas kan.

Dek terlampau ramai orang, masa nak daftar pun lama, apa tah lagi nak tunggu dipanggil masuk dalam bilik rawatan. Mama hilangkan boring dengan tengok tv, mama nak main game kat tab, tapi saya tak bagi. Tangan saya pun nak tepuk atas tab. Sementara tunggu tu, 2 kali saya ajak mama masuk bilik menyusukan bayi. Saya lah bayi yang nak disusukan tu kan. Bis tu lama sangat tunggu kan, dah penat gelak, penat lompat tak dipanggil jugak...

Bila dah masuk bilik rawatan, mama terus bogelkan saya. eeeeee malunya. Mestilah kena buka baju semua sebab nak timbang. Ok. Berat saya naik sikit. Dari 6.5kg naik jadi 7.1kg. Oklah tu kan. Kalo terlebih naik nanti takut obes plak..Tinggi saya 61cm. BMI 17.

Lepas mama pakai kan baju sume, mama duk kat ngan misi. Misi tu tanya mama macam, saya dah boleh meniarap ngan menelentang ke, dah boleh tegakkan kepala ke, dah boleh genggam benda ke. Mama kata semua saya dah boleh buat. Yee haaaaaa......

Sampai part ni yang paling takut ni. Kena enjet. Huwaaaaaaaaaaaaa. Ceh konon. Mengikut rekod saya tak pernah nangis camtu lagi bila kena cucuk. Merengek kejap je. Sebab terkejut. Jadi selepas kena cucuk, boleh saya ngan mama balik. Bukan balik rumah, mama hantar saya ge tak tempat Mak Nor, mama plak pergi kerja. Mesti nak makan terus tu, sebab dari pagi tadi mama tak makan lagi. Cian mama.


Mama, teng teng tu apa?

Dalam dok kalut Faiz ngan Fahim berebut nak main game kat tab, Ain cakap ngan diorang.
"Masa mama kecik2 mana ada main tab ke komputer ke, mama main teng teng ngan kengkawan"
Pastu anak-anak ni pakat gelak...
"Hahaha, teng teng tu apa, macam main loceng tu ke.. teng teng teng"

Huhuhu tu lah anak-anak sekarang, mana tau dah permainan tradional masa kita kecik-kecik dulu kan.
Ingat masa kecik-kecik, bila petang je kumpul ramai-ramai. Lokasi tu tak kisah. Umah sesapa pun bleh. Sebab main kat laman umah je kan... Duk felda mana ada taman permainan. Yang ada pun kat tadika. Tu pun kalo masuk diluar waktu sekolah kena menyusup bawah longkang sebab pintu pagar berkunci.

Antara permainan yang Ain ngan kengkawan selalu main macam teng teng, getah, baling selipar, baling tin, galah panjang, konda kondi ngan rondes. Semua permainan tu tak perlu kan apa-apa kos pun.
Kalo main teng teng, lukis kotak kat atas tanah je. Camtu gak kalo main galah panjang.
 
galah panjang


Cara mainnya, bagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama yang akan cuba melintasi kotak sambil dihalang oleh kumpulan kedua. Cara menang akan dikira bila ada ahli kumpulan yang berjaya melepasi kota halangan tu




teng teng

Baling 'buah' dalam kotak dan lompat ikut kotak yang ada. Tapi tak boleh lompat dalam kotak yang ada buah. pemain dikira kalah jika terpijak garisan atau keluar dari kotak.




Kalo main baling selipar atau tin plak sam juga. Nak main balik selipar pakai lah selipar yang ada. Nak main baling tin plak kutip jelah tin susu. Cara main nya hampir sama. Bagi kepada dua kumpulan. Lepas tu ketua kumpulan ossum sapa yang 'jalan' dulu. Kumpulan A baling selipar/tin yang dibina sampai roboh. Bila roboh, kumpulan A lari sebab kumpulan B akan baling selipar kepada pemain, sapa yang kena akan dianggap mati. Sementara tu, ahli kumpulan A akan berusaha bina semula selipar atau tin yang roboh tadi.




Sekarang ni, mana ada lagi anak-anak yang nak main permainan tu. Mungkin ada tapi susah nak jumpa.
Baik diorang main pemainan ni.



Rabu Tanpa Kata - Anak-anak Sekarang

Orang Kata Kalau Nakkan....

Dulu orang tua-tua selalu cakap, kalau nakkan anak dara orang , tawan dulu hati mak ayahnya. Kenal keluarga sidara dulu.

Situasi Dulu
Bila ada sibujang yang tertawan hati dengan sidara lain benar situasinya. Jumpa tepi jalan, sibujang usik-usik manja. Sidara pula tersipu-sipu malu, jalan tunduk muka. Sibujang dan sidara jalan beriringan tapi sibujang jalan tepi jalan sini yang sidara jalan tepi jalan sinun. Hanya diam tapi senyum bersimpul-simpul. Bila sampai rumah, sidara lari-lari anak naik ke atas. Sibujang pula,
"Assalamualaikum pakcik".
Sibujang borak-borak kosong tapi berisi dengan ayah sidara. Sambil borak, sibujang terjeling-jeling, terjenguk-jenguk cari dara idaman. Tapi pertemuan tak abis disitu. Sibujang selalu bertandang ke rumah, bukan jumpa sidara tapi terus-menerus memasang umpan untuk menawan hati mak ayah sidara. Sampai satu tahap,
"Bujang, kau sudi tak kalau pakcik jodohkan kau dengan Dara anak pakcik".
Hati sibujang bagai melompat sampai ke langit, sidara pula macam nak jerit kesukaan tapi ditahan dek adab dan sopan.

Situasi Sekarang
Boboi ngan gegel bertemu. Baru dua kali jumpa terus terdetik ,
"oh, boboi lah lelaki yang diciptakan untuk gegel"
Keluar dating tak kira masa. Tu mak ayah tak tau lagi.
Bila boboi hantar gegel balik rumah, keluar dari kereta pun tak sudi.
Yang si mak gegel terintai-intai kat tingkap. Ayah gegel pulak buat-buat keluar rumah. Kot kot lah boboi nak bersalaman dan bertegur sapa.
NANNNNNN HADOOOOOOOO
Boboi terus start enjin kete terus blah..
Dalam hati boboi berkata,
"Aku nak kat anaknya, bukan mak ayah nya"......

Jom Naikkan Trafik Blog!

Mak Dara wat segmen Jom Naikkan Trafik Blog. Pada yang berminat bleh klik banner tu ye.. Sebelum 6 petang ni..


Pada yang sudi melawat blog ibu amirul ni, meh nak citer apa yang ada kat blog ni.
Blog ni adalah salah satu medium untuk bercerita tentang hal sendiri yang dirasakan boleh dikongsikan untuk tatapan umum. Terutama sekali cerita tentang anak-anak.
Tak terbatas tentang peribadi je. Kadang-kadang ada gak komen-komen atau luahan rasa berkisarkan isu-isu semasa tak kira lah tragedi ngeri ke, politik ke, hiburan ke, apa-apa jelah. Mana-mana cerita yang terkesan kat hati ni akan Ain kongsikan dalam blog ni.
Pada yang sudi menerjah blog Ibu Amirul terima kasih diucapkan. Tambah berbesar hati kalau yang datang berkunjung ni terus follow blog ni. Apapun salam perkenalan dari Ain a.k.a Ibu Amirul untuk semua..

Faiz Jumpa Doktor Pakar Mata

Semalam hampir seharian Ain kat HoSHAS sebab bawak Faiz jumpa pakar mata. Memang menguji kesabaran.
Dah le kat hospital payah cari parking. Dua tiga kali pusing. Tapi berkat kesabaran dapat gak parking betul-betul depan klinik pakar. Alhamdulillah.
Bila masuk plak... Umang aiii.... ramainya orang... Tu baru kat kaunter pendaftaran...
Sampai je terus amik nombor. Ce tengok, no giliran Ain 1303 tapi no yang baru dipanggil 1182... Pergh bapok lamanya nak tunggu... ni baru kul 10.44... Ada dekat sejam lebih baru dipanggil ni...

Ramai kan orang

Ada yang kena berdiri pun...

Seperti yang dijangkakan memang kena tunggu. Faiz plak bleh hilangkan boring dia ngan main kat playground yang ada kat situ.. Tapi takkan Ain pun nak main kat playground tu jugak... Buruk beno rupa nya...

Pukul 11.57 baru lah dipanggil untuk pendaftaran... Grrrrrrrr..... Baru pendaftaran tu... Selesai pendaftaran terus pergi ke klinik pakar Oftalmologi - segala masalah pasal mata memang ke rujuk ke situ...
Bila dah bagi kat biru kat kaunter situ, Faiz terus berlari ge main kat playground yang ada kat situ plak.
Tak lama lepas tu Faiz dipanggil untuk diagnosis... Dia kena baca nombor yang ada kat depan.. Dah sudah diorang suh tunggu lagi...

Lepas 15 minit baru Faiz dipanggil kali ni masuk bilik lain plak jumpa ngan doktor. Sekali lagi kami bertemu dengan Dr. Shara Wahida. Doktor yang sama diagnosis Faiz masa pertemuan pertama sebulan yang lalu..
Faiz kena wat prosedur yang sama macam dulu tapi kali setitik ubat dititikkan dalam mata Faiz. Pada hemat Ain, ubat tu mesti pedih sebab Faiz cepat-cepat nak kesat ubat tu... Tapi berkat kepakaran doktor tu dia boleh handle Faiz dari gosok matanya ngan tangan. Bila dah dititik dengan ubat tu, kena tunggu setengah jam. Doktor kata bagi mata kembang. Macam mana yang dikatakan kembang pun Ain tak tau. So sambil nak tunggu tu kami pergi ke kantin isi perut.

Lepas makan kami naik semula dan jumpa dengan doktor Shara tadi. Dia check sekali lagi. Dan keputusan diperolehi. Faiz kena pakai cermin mata ,bukan sebab rabun tapi silau. Ini mesti sebab main game punya pasal lah tu. Huhuhu


Slip ni kena bawak masa nak buat cermin mata Faiz nanti.

Oklah, cukup sampai sini dulu. Apa yang jadi lepas tu, bila Faiz ge buat cermin mata dan macam mana rupa Faiz pakai cermin mata, Ain akan citer kat entry lain k...

Drama Pilihan - Jane Jamilah


Malam minggu lepas Ain sempat tengok drama ni - Jane Jamilah lakonan Sofea Jane. Malam tu Ain layan drama tu sorang-sorang sebab TTK ngan anak-anak dah tidur.

Kalau ikutkan drama tu cerita biasa je. Perihal rumah tangga. Tentang suami main kayu tiga, tentang isteri yang leka dengan dunianya sendiri sampai abai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dan tentang anak yang sering berasa hati dek kesibukan mak ayah nya.

Tapi intipati drama tu nak tunjukkan macammana Jamilah mengawal emosinya bila dapat tau suaminya Khalid ada kekasih lain. Jamilah tak terus menerus serang suami atau Diana (kekasih Khalid). Tapi Jamilah cuba mendekati Diana dan menjadikan Diana sabagai kawan. Dalam pada masa yang sama dia belajar dengan dari Diana macammana melayan Khalid dan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk menawan kembali hati suaminya sekaligus hati anaknya sekali. Tapi ada juga bahagian dalam drama ni yang menunjukkan Jamilah kalah dengan emosinya bila Diana bagi tau yang Khalid ajak dia kahwin. Yelah kan wanita mana yang tak terluka bila suaminya nak kahwin lain. Tapi berkat ketenangan dan kesabaran, akhirnya Jamilah berjaya mempertahankan rumah tangganya.

Satu perkara yang Ain belajar dari drama ni ialah komunikasi antara suami isteri. Walaupun kita suami isteri duduk serumah tidur sekatil, tak semestinya kita boleh berbual sepenuhnya dengan suami kita kan. Yelah kan, bila balik kerja, masing-masing dah penat. Suami sibuk layan tv. Isteri pulak sibuk ngan kerja rumah ngan anak-anak lagi. Lepas tu tidur. Pagi esok masing-masing dah kelam kabut nak pergi kerja kan.

So, apa lagi kita gunakan kemudahan yang ada sekarang ni. Agak-agak ada kelapangan kat ofis bolehlah sms suami tanya khabarnya. Tak pun, boleh guna fesbuk ke twitter ke, whats up ke. Tapi jangan lah nak gaduh pun guna lama sosial. No no no tak baikkkkkkkk.........

Oklah panjang benar Ain berceloteh pagi-pagi Isnin ni. Nanti kita sambung citer lagi.. Banyak lagi nak story ni... Pasal anak-anak, pasal isu semasa sekarang...

25 PESAN IMAM SYAFIE

Imam Syafie merupakan seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin. Beliat telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara kelebihan beliau beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak. Beliau telah mula mengajar dan memberi fatwa ketika berumur 15 tahun...Hebatnya zaman remaja beliau berbanding zaman remaja masa kini...

Marilah kita bersama renungkan nasihat beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. InsyaAllah :


1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3.Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4.Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.

5.Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6.Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7.Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8.Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9.Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.

10.Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara yakni yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12.Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.

15.Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16.Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.

17.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.

18.Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.

19.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.

21.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.

22.Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23.Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24.Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

Ammar Oh Ammar....

Pelajar tunjuk punggung pada gambar PM dibuang kolej

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.
Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.
Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.
"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.
"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.
"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.


Ain ingatkan budak yang kena tangkap tu budak bangsa bukan melayu... Yelah mana nampak muka kan... Tengok warna kulit je.... Rupa-rupa nya budak melayu kita.... adoi yai... sadis betullah.
Nape lah ko buat cam tu dik.. Awak tu muda lagi... Patutnya time belajar tu, belajar lah kan.... Wat pe lah buang masa terlibat ngan benda-benda tu.... Tak pasal-pasal kena buang kolej.... Lepas ni sah sah lah adik susah nak masuk mana-mana IPTA atau IPTS... Cam na ngan masa depan adik... Lain lah orang yang suh adik wat keje bodoh tu nak support hidup adik sampai bila2...
Kesian mak ayah adik kat kampung tu... Camna lah agak nya diorang nak hadapi masyarakat setempatkan...
Tok PM kita tu rasa nya dah cukup terbuka dah... Kalo tak puas hati ngan dia bleh je anta mesej kat FB atau Twitter dia... apa ada susahnya....
Hmmm.... Lain kali sebelum buat apa-apa fikir panjang dulu ye...

Pagi Yang Kelam Kabut

Pagi ni memang agak kelam kabut sikit. Bangun macam biasa. Lepas solat, duduk lipat kain dulu, kang kul 6.30 baru bleh bersiap nak ge keje, kejut anak-anak. Sebabnya awal lagi, nanti lepas lipat kain ni, bleh kemas beg anak-anak ngan iron baju.

Tengok dok lipat kain, tetiba telepon bunyi. Dari ringtone yang dah di set up, Ain tau tu panggilan dari TTK.

"Ma, van rosak lagi, langsung tak leh nak start. Ni pa ada kat tepi jalan hala ke Mentakab."

"Habis tu camna, nak wat apa ni?" Ain tengah blur lagi masa tu.

"Ma datang amik papa, bawak kete kancil, pastu papa hantar mama balik umah. Papa bawa kancil pegi pasar.Nanti mama bawak kete lagi satu ge keje."

Ain apa lagi amik tudung, capai sweater. Kejut adik Ain suh tengokkan anak-anak. Amik beg ngan kunci kete terus ge tempat yang TTK bagi tau tadi...

Sib baik tak jauh lagi. dan nasib baik gak TTK keluar agak lewat sikit ke pasar hari ni. Dibuatnya dia kuar awal macam biasa kul 4.30 pagi, pastu van rosak plak, tak ke haru. Sekurang-kurangnya kul 6 lebih tadi kete dah banyak kat jalan... Kalo kul 4.30 td, sunyi woooooooo........ mana ada kete pagi2 tu...

So, sampai rumah kul 6.30.... pergh.... kelam kabut wei.... beg anak-anak tak kemas lagi, baju tak iron, anak-anak tak bangun lagi.... Apa lagi ala-ala lipas kudung kaki tangan bekerja.... Sib baik anak-anak tak meragam pagi... Dari yang kecik sampai yang besar... Tq cayang-cayang mama semua....

Tapi satu rutin harian kena cantas lah... Biasa nya sebelum ge keje ngan taska singgah kedai dulu... tapi hari ni tak sempat lah....

Dan kesudahan Ain sempat sampai ofis kul 7.49pg.... Alhamdulillah.... Tak kisah kalo terlambat sikit, tapi seboleh-bolehnya taknak lah punch card tu merah kan.....

Kenapa dia jadi macam tu

Masa tengah beratur beli makanan kat kantin pagi,
gedegangggggggggg........ bunyi kerusi jatuh
semua orang pandang ke arah bunyi
(biasa lah kan org Malaysia, rasa ingin tahu tu tinggi sangat, hehehe)
Ada sorang wanita dewasa terbongkok-bongkok menaikkan balik kerusi yang jatuh tu....
Psssttt.... Ain jangan pandang lama-lama.. tu Datin tu
Err... Kalo datin pun napenya
Datin tu tak bape nak 'sihat' sikit...
Haaaaaaa.......
Cite tu tak abis di kantin je...
Masa nak naik ofis kebetulan satu lif ngan 'datin' tadi..
Sempat lah Ain tengok lagi...
Hmmm.... Memang persis seorang Datin walaupun sebenarnya dia bukan datin pun
Gayanya, barang kemasnya, hand bag nya, kasutnya, spek mata hitamnya, ada organizer yang terselit pelbagai jenis pamplet....
Kalo pandang pada zahirnya, memang tak sangka yang wanita dewasa tu tak bape nak 'sihat'
Masuk je ofis, terus sambung cerita lagi...
Teman-teman ofis yang lama tau pasal datin tu mula bercerita
Dulu....
Dia seorang yang pegawai berpangkat tinggi...
Isteri kepada seorang yang dikenali
Tapi atas sebab tekanan dek masalah yang tak dapat dikenal pasti
Dia hilang kawalan dan jadi macam tu...
Huhuhu kesian dia.....

Rabu Tanpa Kata - Jinak-jinak merpati


Ni kereta ke lori sampah?

Waktu rehat tengahari tadi, Ain ge cuci kete. Biasa lah Ain hantar kereta ge cuci bila kete tu dah kotor tahap gaban punya.. Baru lah berbaloi nak bayar upah cuci kete kan. Takkan nak hantar kete yang tengah berkilat plak kan... Tapi kondisi kete Ain tadi memang teruk lah kan... Hahaha... Nak wat camna kete ibu dan anak-anak.... Banyak lah kulit2 cekelat dalam tu kan....

Gosok kuat sikit dik ye... bagi berkilat

Oh kancil buah hati ku
kapet tu vacuum bg hilang sama itu habuk la.....


BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff