my nuff

Ammar Oh Ammar....

Pelajar tunjuk punggung pada gambar PM dibuang kolej

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.
Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.
Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.
"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.
"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.
"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.


Ain ingatkan budak yang kena tangkap tu budak bangsa bukan melayu... Yelah mana nampak muka kan... Tengok warna kulit je.... Rupa-rupa nya budak melayu kita.... adoi yai... sadis betullah.
Nape lah ko buat cam tu dik.. Awak tu muda lagi... Patutnya time belajar tu, belajar lah kan.... Wat pe lah buang masa terlibat ngan benda-benda tu.... Tak pasal-pasal kena buang kolej.... Lepas ni sah sah lah adik susah nak masuk mana-mana IPTA atau IPTS... Cam na ngan masa depan adik... Lain lah orang yang suh adik wat keje bodoh tu nak support hidup adik sampai bila2...
Kesian mak ayah adik kat kampung tu... Camna lah agak nya diorang nak hadapi masyarakat setempatkan...
Tok PM kita tu rasa nya dah cukup terbuka dah... Kalo tak puas hati ngan dia bleh je anta mesej kat FB atau Twitter dia... apa ada susahnya....
Hmmm.... Lain kali sebelum buat apa-apa fikir panjang dulu ye...

3 comments:

~didiey~ said...

dia melayu kak..
hmm...sebelum bertindak kene fikir dulu.xsuka cmne pown jgn wt sesuka hati...

psst~tolong like boleh???
http://ezatichumel.blogspot.com/2012/09/help-me-to-like-these-please.html

Yana Aina said...

bdk skrg buat sesuatu perkara tak fikir pnjng. fikir diri sdr. yg kene tempias fmly jgk nnt. apalh nk jdi.

faizal said...

budak 2 nak tunjuk dia lagi hebat dr kawan2 dia.sebelum buat apa2 fikir dulu undg2.aku rasa baik malaysia nie jd huru hara kecil.biar golongan yg nak merdeka bru nie rasa susahnya bila berperang.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff