my nuff

Di Bandar Itu

Di bandar itu
Bermula lah kehidupan sebenar
Sebagai isteri dan juga ibu
Di bandar itu
Ku belajar untuk sentiasa dihadapan
Supaya tidak ketinggalan
Di bandar itu
Jiwa ku semakin keras
Dek tekanan untuk menerus kehidupan
Di bandar itu
Aku seperti aur
Yang perlu cari jalan keluar dari kesesakan
Aku harus tinggalkan bandar itu
Bukan kerana tidak tahan dengan tekanan atau kesesakan
Tapi kerana bandar itu
Telah mencoretkan kisah duka
Kisah yang yang akan terus terpatri dalam lipatan kenangan
Kisah yang telah merubah aku sepenuh
Kisah yang telah menjadi aku seorang yang lain
Dan kisah yang aku takkan lupa hingga akhir hayat ku
Walau berkali-kali ku cuba melupakannya
Dan esok
Kaki ini akan kembali jejak di tanah bandar itu
Atas tuntutan hidup bandar itu akan ku kunjungi
Walaupun seketika tapi cukup untuk membuatkan
Luka lama kembali membengkak.......

2 comments:

Sue-Rya Qistina said...

wow! nice sgt sis :)
buat sendiri eh?

Norain Ujang said...

YE SUE, AKAK WAT SENDIRI HEHEHE

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff